Tuesday, August 31, 2010

Debat Bersama Calon AMK Pusat

Panas : Tujuan Ape Tun M, Najib dan Daim campurtangan Pemilihan KeADILan 2010…..

Pemilihan MPP KeADILan pada November ni jadi agenda utama UMNO…tujuan ape Tun M, Najib dan Daim memainkan peranan belakang tabir dalam urusan rumahtanggan KeADILan.
Sumber telah memaklumkan bahawa 3 orang utama UMNO benar-benar mahukan MPP KeADILan yang baru mengikut chai mereka…kita tunggu maklumat lanjut serta peranan mereka pada pemilihan cabang KeADILan dalam bulan September nanti..dan siapakah proxy mereka didalam KeADILan kini..???

"Mereka bersalah kerana daftar parti baru," kata Saifuddin

Tue, Aug 31, 2010

saif-di-parlimen PETALING JAYA: Jawatankuasa Disiplin PKR Keadilan telah membentangkan laporan berhubung kes penubuhan Parti Cinta Sabah dan mendapati bahawa kesemua 12 orang yang terlibat adalah bersalah dalam membuat pendaftaran parti baru kepada pendaftar pertubuhan (ROS) walaupun kemudiannya telah menarik balik pemohonan tersebut.
Setiausaha Agung PKR, Saifuddin Nasution Ismail berkata, kes ini telah dikemukakan sebagai aduan baru pada bulan Jun apabila pengadu mendapat pengesahan daripada pihak Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia.

Beliau berkata, setelah diteliti dan dibincang laporan tersebut,
Majlis Pimpinan Pusat (MPP)PKR yang bersidang pada 29 Ogos telah bersetuju mengesahkan keputusan Jawatankuasa Disiplin Keadilan untuk menggantung 12 anggota parti berikutan aduan penubuhan Parti Cinta Sabah.
Penggantungan tersebut berkuatkuasa dari 4 Januari hingga 3 Januari tahun depan, katanya dalam satu kenyataan semalam.
Namun demikian, katanya, fasal 27.4 perlembagaan Parti memperuntukkan bahawa kesemua 12 anggota tersebut boleh membuat rayuan kepada MPP bermula semalam dan pihak MPP bersedia menyegerakan rayuan untuk dipertimbangkan kerana untuk tidak memprejudiskan penglibatan mereka dalam pemilihan parti 2010.

Monday, August 30, 2010

Rafizi Umum Pencalonan Ketua AMK Esok


SHAH ALAM 31 Ogos - Ketua Eksekutif di Pejabat Penasihat Ekonomi Negeri Selangor, Mohd Rafizi Ramli akan mengumumkan pencalonan beliau bertanding jawatan Ketua Angkatan Muda KEADILAN Malaysia  esok.
Beliau menjadi calon pertama yang mengisytiharkan hasrat secara rasmi untuk menentang Ketua AMK, Shamsul Islandar Mohd Akin.
Didamping itu Mohd Rafizi juga dijangka mengumumkan barisan 'Kabinet Bayangan' beliau yang akan bersama-sama bertanding sebagai satu pasukan.
Satu sidang media akan diadakan disebuah restoran bersebelahan ibu pejabat Parti Keadilan Rakyat (KEADILAN) di Tropicana, Petaling Jaya pada pukul 11.00 esok
Mohd Rafizi, 33, yang merupakan bekas pegawai kanan di Petronas Carigali Sdn Bhd dan Pharmaniaga Berhad di lantik ke jawatan sekarang pada Disember 2009.
Beliau dilahirkan pada 14 September 1977 di Besut, Terengganu dan mendapat pendidikan awal di Sekolah Rendah Sultan Ismail, Kemaman (1984 – 1989) serta Kolej Melayu Kuala Kangsar (1990 –1994).
Mohd Rafizi berkelulusan Ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan Elektrikal dan Elektronik dari Universiti Leeds serta lulus sebagai akauntan bertauliah dari Jeffreys Henry Chartered Accountants, London.
Setiausaha AMK, Zulfikar Ali Ariffin ketika dihubungi berkata beliau mengalukan-alu anggota 
AMK untuk bertanding mana-mana jawatan dalam sayap itu.

"Inilah budaya demokrasi yang kita mahu suburkan di dalam AMK dan juga KEADILAN. Setiap ahli 
berhak memilih dan dipilih.

"Hanya saya ingin berkongsi pendapat ahli peringkat akar umbi biarlah pertandingan untuk apa sahaja jawatan bebas daripada budaya 'wahyu' kerana ini akan menjadi penghalang kepada usaha memantapkan KEADILAN sebagai sebuah parti masa depan," kata Zulfikar.

Dari Pejabat Setiausaha Agung Parti Keadilan Rakyat

KENYATAAN MEDIA
30 Ogos 2010

Jawatankuasa Disiplin Keadilan telah membentangkan laporan berhubung kes penubuhan Parti Cinta Sabah dan mendapati bahawa kesemua 12 orang yang terlibat adalah bersalah dalam membuat pendaftaran parti baru kepada ROS walaupun kemudiannya telah menarik balik pemohonan tersebut.

Kes ini telah dikemukakan sebagai aduan baru pada bulan Jun 2010 apabila pengadu mendapat pengesahan daripada pihak Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia.

Setelah diteliti dan dibincang laporan tersebut, Majlis Pimpinan Pusat Keadilan yang bersidang pada 29 Ogos 2010 telah bersetuju mengesahkan keputusan Jawatankuasa Disiplin Keadilan untuk menggantung 12 anggota Keadilan berikutan aduan penubuhan Parti Cinta Sabah.

Penggantungan tersebut berkuatkuasa dari 4 Januari 2010 hingga 3 Januari 2011.

Namun demikian, Fasal 27.4 Perlembagaan Parti memperuntukkan bahawa kesemua 12 anggota tersebut boleh membuat rayuan kepada Majlis Pimpinan Pusat bermula hari ini dan pihak Majlis Pimpinan Pusat bersedia menyegerakan rayuan untuk dipertimbangkan kerana untuk tidak memprejudiskan penglibatan mereka dalam Pemilihan Parti 2010.


SAIFUDDIN NASUTION ISMAIL
Setiausaha Agung
Parti Keadilan Rakyat

Dihantarkan kepada anda melalui

BIRO KOMUNIKASI
PARTI KEADILAN RAKYAT
A-1-09, Merchant Square
No. 1, Jalan Tropicana Selatan 1
47410 Petaling Jaya

KUMPULAN 12 ADALAH PENGKIANAT PARTI…

ADAKAH ahli KEADILAN tahu……………
Bermula di Pensiangan, kita merdekakan anggota KEADILAN dari penjajah yang sudah bankrap idealisma perjuangan dan kini menjadi pengemis.
Ada pemimpin politik Sabah yang menjadi pengacau di setiap parti yang dia menjadi anggota. Kini dia dalam KEADILAN dan masih pengkhianat.
Jiwa merdeka anggota KEADILaN Sabah. Bangun dan bersihkan cabang dari Kumpulan 12 yang ditaja oleh tauke untuk menghancurkan parti.
Wujud dalang di belakang Kumpulan 12. Anggota KEADILAN sedia maklum siapa dia. Watak ini juga perlu dihapuskan di Sabah dan dalam parti.
Anggota KEADILAN Sabah harus bangun menentang Kumpulan 12 yang menubuhkan Parti Cinta Sabah. Mereka adalah pengkhianat yang mesti dilawan.

PKR Pertimbang Rayuan, Tarikh Disegerakan

Majlis Pimpinan Pusat Parti Keadilan Rakyat (PKR) akan menimbang rayuan penggantungan  keahlian 12 pemimpin PKR Sabah secepat mungkin bagi memelihara proses keadilan dan ketelusan parti. 


Timbalan Presiden PKR, Syed Hussin Ali berkata mereka yang berjaya dalam rayuan masing-masing akan dibenarkan mengambil bahagian dalam pemilihan parti yang akan bermula bulan depan.  

Seramai 12 pemimpin PKR berkenaan digantung keahlian untuk setahun kerana pembabitan mereka dalam pendaftaran sebuah parti baru dikenali sebagai parti Cinta Malaysia pada tahun lalu.

Syed Hussin berkata Majlis Pimpinan Pusat PKR menerima cadangan Jawatankuasa Displin untuk menggantung mereka, namun memberi ruang untuk mereka merayu keputusan itu.

"Digalakkan 12 individu itu merayu dan pertimbangan terhadap rayuan itu akan disegerakan memandangkan PKR sedang menghadapi pemilihan. Ini penting bagi mengetahui sama ada mereka ini boleh menyertai pemilihan atau tidak.

"Jadi, apa yang dihebohkan dalam web ini adalah tidak benar sama sekali," katanya kepada TV Selangor.

Sebelum ini sebuah portal berita melaporkan kononya MPP parti membuat keputusan untuk membatalkan hukuman penggantungan ke atas Sembilan daripada 12 pemimpin berkenaan.

Keputusan rayuan itu menjadi penentu samada mereka layak untuk bertanding dalam pemilihan parti yang dijadual bermula pada 18 September.

Tiga daripada 12 yang digantung itu dilaporkan bertanding jawatan ketua cabang Sepanggar, Putatan dan Keningau.

Pemilihan keADILan: Rebutan Kuasa dan Pengaruh.....

Parti Keadilan Rakyat (keADILan) baru-baru ini mengumumkan bahawa mereka bakal menjadi parti politik pertama di Malaysia untuk menjalankan pemilihan langsung untuk memilih barisan kepimpinan mereka.  Pucuk pimpinan tertinggi parti itu akan dipilih secara terus pada 17 September hingga 3 Oktober 2010.  Semua jawatan di peringkat cabang serta di peringkat Majlis Kepimpinan Tertinggi (MPT), termasuk jawatan Presiden, Timbalan Presiden, empat Naib Presiden dan 20 anggota MPT akan dipilih terus oleh ahli-ahli parti.
Antara beberapa desas-desus yang menjadi perbualan hangat di warung-warung kopi di Bangsar dan Petaling Jaya adalah berhubung dengan pengenalan amalan demokrasi yang lebih mendalam ini di Malaysia.  Kebanyakan keputusan pun dibuat sambil minum teh tarik di warung kopi.  Banyak persoalan yang tercetus apabila keADILan mengambil tindakan ini, antaranya amalan ini akan mempengaruhi pemilihan PAS dan DAP, sama ada amalan ini akan mempengaruhi mana-mana parti komponen Barisan Nasional, khususnya UMNO, dan mungkinkah amalan ini digunapakai untuk pemilihan barisan Kabinet suatu hari nanti?
Ketua AMK: Pertandingan empat penjuru
Selain itu, isu pencalonan juga menjadi topik hangat di kalangan anggota parti dan penyokong mereka.  Ada pihak yang mengatakan bahawa Nurul Izzah (ahli parlimen Lembah Pantai) tidak akan bertanding apa-apa jawatan kerana khuatir parti terus dilabel sebagai parti anak-beranak jika menang.  Isu yang lebih hebat daripada itu berkaitan isu pencalonan bagi jawatan Ketua Angkatan Muda, yang dijangka akan melihat pertandingan empat penjuru.  Isu ini menjadi modal sindiran hangat dalam twitter dan facebook beberapa nama besar dalam sayap pemuda itu.
Ada juga yang mendakwa barisan kepimpinan baru sudah pun diatur dan pemilihan yang bakal berlangsung hanya sekadar kelaziman untuk legitimasi.  Nama-nama yang menjadi sebutan ramai adalah Anggota MPT, Badrul Hisham Shaharin atau lebih dikenali sebagai Chegubard; seorang intelek muda, Rafizi Ramli; Ketua Angkatan Muda sekarang iaitu Shamsul Iskandar Md Akin (gambar kanan, kiri); dan penulis ucapan untuk Wan Azizah Wan Ismail, Ketua Cabang Parit Sulong Johor, Hasmi Hashim (gambar kanan, tengah) yang lebih dikenali sebagai Buddhi Hekayat penulis lirik lagu Ajaib yang dipopularkan oleh kugiran rock Spider.
Daripada nama-nama pemuda tersebut, hanya Badrul Hisham dan Hasmi Hashim sahaja yang boleh dikatakan popular di kalangan orang muda, sungguh pun bagi sebab-sebab yang berlainan.  Jika Chegubard dikenali dengan gaya streetfighter (pahlawan jalan raya) dalam berkonfrontasi dengan pihak dari parti lawan dalam arena politik, Buddhi Hekayat pula popular sebagai penulis lirik dan penyajak.  Persamaan kedua-duanya pula adalah semangat idealisme orang muda yang membara-bara, dan sikap rebel terhadap pucuk pimpinan parti.
Sebilangan ahli parti mendakwa Rafizi  (gambar kiri) adalah orang pilihan pucuk pimpinan parti, manakala Chegubard dan Hasmi pula adalah penghalang yang enggan mengikut telunjuk.  Yang jelasnya orang muda lebih cenderung menyokong Chegubard dan Hasmi Hashim, kerana mereka sering terlibat secara terus dengan orang muda, lantas lebih memahami kehendak dan keperluan generasi muda.  Ramai yang memandang enteng akan Hasmi Hashim dan menjangkakan pertandingan sengit di antara Chegubard dan Rafizi, sementara Shamsul Iskandar pula kurang menjadi tumpuan.
Chegubard dan Hasmi

Keserasian Chegubard dan Hasmi yang cuba mendekatkan diri orang muda dilihat sebagai kekuatan utama mereka dalam parti.  Jika Chegubard popular di kalangan anak muda, Hasmi pula lebih mesra dengan pimpinan-pimpnan mahasiswa dari universiti tempatan.  Barangkali gandingan kedua-dua pemuda ini adalah yang terbaik bagi kepentingan parti, namun pihak atasan parti lebih gemar akan Rafizi Ramli yang jarang dikenali orang muda.  Sementara Chegubard diramal untuk memenangi jawatan tersebut, Hasmi pula dijangka melakukan kejutan atau keajaiban dalam pemilihan nanti.

Chegubard (gambar kanan) dari Negeri Sembilan dan Hasmi di Johor.  Mereka sama-sama mempunyai jentera setia masing-masing, sungguhpun kadangkala puak berkepentingan akan sekali-sekala mengugut keluar parti dan masuk parti lawan.
Chegubard pernah menerajui kempen Black 14 (2004) yang menjelajah seluruh Negara berkempen untuk pemulihan sistem Negara dengan mengambil isu Anwar Ibrahim sebagai subjek utamanya.  Hasmi pula bergerak di belakang Institut Kajian Dasar dan Komuniti Jalan Telawi melalui program seni Apuke sekitar masa yang sama.  Hasmi juga petah dengan pendekatan politik gimiknya sebelum ini seperti manifesto Angkat Semangat Zaman dan sebelum itu Pencerahan.
Persaingan sengit di Sabah
Selain daripada itu Sabah juga menjadi tumpuan pemilihan kali ini kerana persaingan sengit dijangkakan bagi semua jawatan di 26 cabang.  Khabar angin hangat mengatakan terdapat dua kumpulan utama dalam keADILan Sabah, iaitu kumpulan yang pro-Jeffrey Kitingan dan kumpulan yang pro-Ansari Abdullah.  Cabang Kota Belud diura-urakan akan melihat pertandingan tiga pejuru oleh Saidil Simoil, Jalumin Bayogo dan Shukor Momin.  Jeffrey pula dijangka akan meninggalkan Cabang Keningau dan bertanding Cabang Pensiang menentang Danny Andipai.
Ansari yang merupakan Ketua Cabang Tuaran akan ditentang oleh Edward Linggu bekas Adun Temparuli.  Mozes Iking bapa kepada model Daphne Iking, yang menentang Joseph Pairin Kitingan di Tambunan dalam pilihan raya umum lalu pula dijangka bertanding di Cabang Keningau yang juga menjadi perhatian John Jinus Sibin.
Nampaknya cuaca politik Sabah jauh berbeza daripada di Semenanjung, mungkin kerana pucuk pimpinan pusat tidak dapat mengatur caturan mereka di negeri di bawah bayu itu.
Amalan demokrasi yang menjadi tunjang kepada keADILan telah melahirkan ramai penentang-penentang di dalam partinya.  Selain daripada pelbagai aliran pemikiran yang kritis, keADILan juga melihat pertembungan idea-idea tua dan muda.  Secara keseluruhanya ini adalah suatu perkembangan yang baik dari segi amalan demokrasi.  Sama ada ini adalah petanda yang baik kepada politik nasional, masih menjadi tanda soal dan hanya masa akan menentukannya.

*Faisal Mustaffa dan Lingswaran Singh ialah penulis bebas.

Digantung tetapi masih mahu bertanding..tajaan sape ye..!!!

Mon, Aug 30, 2010

keadilan5 KOTA KINABALU: Walaupun keahlian digantung, tujuh dari  12 pemimpin PKR Sabah mengemukakan kertas pencalonan untuk pemilihan jawatan ketua cabang parti pada 18 dan 19 September ini.
Mereka ialah  Daniel John Jambun (bahagian Sepanggar), Awang Ahmad Sah Awang Sahari (Putatan), Mozes Iking (Keningau), Paul Kerangkas (Ranau), Harry Manisit (Kudat), Innocent Makajil (Penampang) dan  Sylvester Balon (Papar).

Hanya Awang Ahmad Sah penyandang jawatan manakala Sylvester pemangku ketua bahagian Papar.
Di  Penampang calon  bagaimanapun, hanya calon yang ada hubungan dengan Jeffrey Kitingan menghantar borang pencalonan yang dilihat persaingan empat penjuru.
Sejam selepas mereka mengemukakan pencalonan, majlis pimpinan pusat PKR malam tadi membuat keputusan menggantung tiga dari 12 – Daniel John, Awang and Iking – setahun  berkuatkuasa pada 6 Jan lalu. Yang lain diberi amaran.
Ada 25 bahagian PKR di Sabah (pebih tujuh)  dan kebanyakannya  menyaksikan pertandingan satu lawan satu.
Dua dari mereka,  Rubbin Guribah dan Gonsubin Yosundang mahu menjadi timbalan ketua bahagian   Kota Belud dan Tenom.
Guandee Kohoi, Nicholas Guntobon and Nasir Samie tidak bertanding jawatan tinggi parti.
Lima orang, Daniel John, Awang Ahmad Sah, Mozes, Guandee dan Paul adalan calon  PKR dalam pilihanraya umum 2008.

Ps : Mesyuarat MPP pada 29hb.Ogos..panas dengarnya...ada yang balik awal serta ada pulak mesyuarat lepas mesyuarat...he.he..!!! panas...

Aktiviti PKR dan Pencalonan Kuala Krau

Sdr Ramli Lugan (kiri) dan Sdr Samri Kapor, Ketua Penerangan PKR Ranting Kg Pian bergambar di kedai Wan Kisam semasa lawatan saya dan Ramli ke kampong itu pada 27hb Ogos 2010
Wan Kisam Daud, Ketua PKR Ranting Kg Pian, sedang berniaga di kedainya di Kg Pian, Kuala Krau

Sdr Hafez Harun, Setiausaha PKR Cbg Kuala Krau merangkap Ketua AMK Cbg Kuala Krau membantu calon-calon mengisikan borang pencalonan, dan untuk mempastikan demokrasi subur di Cabang Kuala Krau, beliau telah pergi ke setiap ranting untuk mempastikan anggota-anggota mengisi borang pencalonan, malangnya di Cabang Kuala Krau semua jawatan dimenangi tanpa bertanding.
Ramli Lugan (berdiri) menang sebagai Naib Ketua PKR Cabang Kuala Krau apabila hanya beliau seorang sahaja yang mengisi borang pencalonan atas tiket Naib Ketua, dan disebelahnya, Srinivasan mendapati namanya tiada didalam senarai anggota dan apabila disemak namanya tersenarai didalam keanggotaan PKR Cabang Temerloh. Walaupun beliau tidak dapat bertanding kali ini, usaha sedang dibuat untuk memindahkan semula keanggotaannya ke Kuala Krau dan beliau akan pasti dilantik didalam Jawatankuasa yang dilantik. Sebelum ini beliau adalah Naib Ketua PKR Cabang Kuala Krau.
Srinivasan dan Ramli Lugan dan dibelakang Srinivasan itu adalah Sdr Basri Hok, Ketua PKR Ranting Kg Pasu yang menang tanpa bertanding didalam Jawatankuasa PKR Cabang Kuala Krau
Dari kanan: Sdr Mahmud Hassan, Naib Ketua PKR Cabang Kuala Krau, beliau tidak bertanding kali ini; Abdul Razak Haji Hussain mengekalkan jawatannya selaku Timbalan Ketua PKR Cabang Kuala Krau, Sdr Alias Yasak, menang tanpa bertanding sebagai Anggota Jawatankuasa PKR Cabang Kuala Krau.


Dari kiri: Noraini Md Isa, Naib Ketua Wanita PKR Cabang Kuala Krau tidak dapat bertanding kali ini kerana nama beliau tidak tersenarai didalam keanggotaan Cabang Kuala Krau dan apabila disemak namanya didalam senarai keanggotaan Cabang Temerloh, usaha sedang dibuat untuk mengembalikan namanya ke Kuala Krau; Letchmy Govindasamy menang tanpa bertanding sebagai Naib Ketua Wanita Cabang Kuala Krau. Depan dari kiri: Hajjah Hendon Jaafar, menang tanpa bertanding selaku AJK PKR Cabang Kuala Krau; Khalia Shaikh Mohamad (Lia) menang sebagai Ketua Wanita PKR Cabang Kuala Krau tanpa bertanding dan Ketua Wanita PKR Cabang Kuala Krau, Pn Zaida hanya bertanding dan menang tanpa bertanding AJK Wanita PKR Cabang Kuala Krau. Dibelakang Lia: Nooryati Ghani menang jawatan Timbalan Ketua Wanita Cabang Kuala Krau tanpa pertandingan.

Sunday, August 29, 2010

Pencalonan Di Tolak Kerana Sabotaj, Saksi Mendakwa Calon Ketua Cabang Kuantan Terbabit Wajar Salahkan Diri Sendiri Akibat Kes Tersebut !!



KUANTAN, 30 Ogos - Kemelut Calon Ketua Cabang Kuantan nampaknya semakin panas apabila, Mohd Romagan Md Ron (Megat) yang dikatakan telah ditolak kertas pencalonannya kini telah dipanggil oleh pihak tertentu di Ibu Pejabat PKR, Petaling Jaya hari ini. Dipercayai ia berikutan rasa tidak puas hati dan laporan yang telah dibuat oleh beliau terhadap perkara ini. Krew kami cuba menyiasat kesahihan dakwaan Megat bahawa borang pencalonannya disabotaj oleh pihak-pihak tertentu. Menurut satu sumber dalaman PKR cabang Kuantan, tindakan Megat mengatakan dirinya disabotaj seperti yang dilaporkan dalam blog ini amatlah "melucukan". "Tiada siapa yang mahu mensabotaj Megat. Kertas pencalonannya ditolak akibat kealpaan beliau sendiri yang lewat untuk mendapatkan nama pencadang dan penyokong. Bayangkan, beliau antara calon yang terawal mengambil borang pencalonan tetapi yang paling lambat menghantarnya", kata sumber itu. Beliau juga menegaskan Megat dipercayai gagal mendapatkan calon kerana terlalu "asyik" berkempen mengatakan majoriti ahli Melayu PKR cabang itu menyokongnya. "Saya berusaha mendapatkan pihak yang mahu mencadang dan menyokong beliau, sesudah dihubungi melalui telefon mengatakan beliau bermasalah atas perkara itu. Akhirnya ada pihak yang setuju berkerjasama iaitu Rizal dan Cheong", tambah sumber itu. Masalahnya, ketika itu masa proses pencalonan hampir berakhir dan saya sudah bagi tahu dia supaya datang awal bagi mengelakkan masalah teknikal berlaku kata sumber itu.


Cheong menyemak borang pencalonan Megat, di sebelahnya Rizal (berkupiah)
Apa yang menjadi problem katanya, sikap Megat yang tidak "serius" untuk menyuburkan amalan demokrasi itu sendiri. "Beliau sepatutnya bersedia lebih awal lagi dan bukannya pada masa kecederaan. Maka akhirnya berlaku masalah kepada borang yang sepatutnya dikemukakan sebanyak tiga salinan. Sedangkan Megat hanya ada satu borang sahaja. Inilah yang menimbulkan kekalutan apabila masalah seperti tandatangan asal, gambar calon dan perkara berkaitan dikenal pasti oleh pegawai penyelaras PKR terbabit. Akhirnya borang beliau dipercayai memang tidak lengkap dan tidak wajar diterima. Inila yang berlaku sebenarnya", tambah sumber berkenaan lagi.

Sabah 12: Tiga digantung, baki diberi amaran


Majlis Pimpinan Pusat (MPP) PKR telah menolak syor jawatankuasa disiplin untuk menggantung keahlian 12 pemimpin PKR Sabah, dan memutuskan untuk melepaskan sembilan daripada mereka dengan diberi amaran.

MPP bagaimanapun mengesahkan syor jawatankuasa disiplin untuk menggantung selama setahun keahlian presiden penaja Parti Cinta Sabah (PCS) Daniel John Jambun, timbalan presiden Awang Ahmad Sah dan setiausaha Moses Iking - semuanya aktivis kanan Sabah - tetapi mereka boleh merayu terhadap keputusan tersebut.

Hukuman ke atas mereka dijangka dikurangkan kepada separuh selepas rayuan dibuat dan dikebelakangkan kepada 3 Disember.

Ini adalah tarikh permohonan dibuat untuk mendaftar PCS di Kota Kinabalu dan dilaporkan telah ditarik balik dalam tempoh 24 jam.

Dengan itu, ketiga-tiga mereka masih layak untuk bertanding dalam pemilihan parti yang dijadualkan pada 18 September. Mereka masing-masing bertanding jawatan ketua cabang Sepanggar, Putatan dan Keningau.

Manakala hukuman ke atas sembilan orang lagi - yang turut disyorkan oleh jawtankuasa disiplin digantung keahlian selama setahun - diganti dengan diberi surat amaran.

Pemilihan PKR: Mampukah Adil, Bebas?

Tokoh sejarah negara, Prof. Khoo Kay Kim mempertikaikan kemampuan Pemilihan 2010 didalam PKR akan berjalan dengan adil dan bebas memandangkan terdapat isu-isu yang membabitkan kepimpinan parti tersebut yang masih belum selesai.
“Pemilihan yang berdasarkan akar umbi sememangnya baik kerana dapat mengelak dari berlakunya politik wang dan mengurangkan kewujudan kem-kem dan puak-puak dalam parti.
Tetapi kewujudan kem dalam mana-mana parti memang wujud sama ada dibuat pemilihan secara akar umbi atau melalui ketua-ketua yang dipilih. Ini sememangnya budaya dalam politik.”
Menurut beliau, sebagai ahli sejarah yang tidak condong kepada mana-mana pertubuhan politik, usaha memilih pemimpin melalui suara seluruh anggota parti disemua peringkat merupakan suatu sejarah kepada negara oleh sebuah pertubuhan politik.
“Sebagai orang luar saya meneydari telah wujud kem-kem dalam PKR yang masing-masing cuba untuk menjadi pemimpin. ada puak kiri dan ada puak kanan. Saya pun tak tahu siapa yang kanan dan siapa yang kiri tapi inilah gambaran yang ada. Bila wujud puak-puak dalam parti, sudah pasti sukar bagi diadakan pemilihan yang adil dan bersih.
Ada yang digantung kerana desakan dari pihak kanan atau jawatankuasa yang telah dilantik.Manakala keanggotaan dari sesebuah jawatankuasa tersebut dipilih terdiri dari puak kanan yang sudah tentu akan menekan pihak kiri atau pemimpin dari pihak kiri,” jelas Prof. Khoo.
“PKR perlu buktikan berlaku pemilihan yang adil dan bebas kerana ini akan memberi imej parti tersebut kepada rakyat. Malah saya yakin parti-parti politik lain samaada Pakatan atau BN mahu melihat perkembangan ini.
Rakyat sedang melihat banyak hal dalam PKR berhubung perlbagai isu yang dirujuk sebagai masalah dalaman yang masih belum berjaya diselesaikan.
Jangan biarkan rakyat menilai PKR sebagai sebuah parti yang terlalu ‘berpolitik’ sehingga mengabaikan matlamat memebela nasib rakyat,” jelas Khoo.
Sumber: Mingguan Era.

Ketua AMK : Lawan Chegubard Lawan!!

Oleh G Manimaran

KUALA LUMPUR, 29 Ogos – Perebutan jawatan ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK) - sayap pemuda Parti Keadilan Rakyat (PKR) dijangka jelas minggu ini apabila salah seorang bakal calon mengumumkan pendiriannya Rabu ini.

Rafizi Ramli yang pernah berada dalam AMK beberapa tahun lalu dijadual membuat pengumuman mengenai pendirian rasmi beliau sehari selepas sambutan Hari Kemerdekaan.

“Pendirian muktamad, ya (pada Rabu ini)... pendirian untuk menawarkan diri bersama-sama barisan adalah muktamad, saya dan rakan-rakan akan membuat pengumuman dalam masa terdekat minggu ini,” kata Rafizi kepada The Malaysian Insider hari ini.

“Tetapi sudah tentu kita perlu peka kepada suara akar umbi yang akan dizahirkan melalui proses pencalonan di cabang-cabang,” tambah beliau.

Rafizi mengesahkan akan bertanding jawatan itu akhir minggu lalu.

Mengenai teras menawarkan diri tanding jawatan ketua AMK, Rafizi berkata, persoalan kepelbagaian pendekatan untuk mendekati pengundi muda yang dianggarkan 4.6 juta orang dan menjadi penentu keputusan pilihan raya umum ke-13 hendak diberi keutamaan menerusi kepimpinan baru.

“Saya dan rakan-rakan saya rasakan AMK perlukan imej dan pendekatan yang pelbagai iaitu keluar dari imej tradisional yang dikaitkan dengan AMK selama ini agar boleh memikat pengundi-pengundi muda yang buat masa ini belum membuat keputusan,” kata beliau.

Katanya, persoalan ‘capturing their imagination’ ini sangat penting dengan membawa isu-isu yang dekat dengan golongan muda ke arus nasional dan perdana.

“Banyak isu ini bukan isu tradisional yang biasa dikaitkan dengan AMK... sebab itu AMK perlukan perubahan pendekatan, agar lebih berorientasikan kepelbagaian dalam menarik minat pengundi muda,” katanya lagi kepada The Malaysian Insider.

Berdasarkan pengumuman rasmi Rabu ini, penyandang ketu AMK, Shamsul Iskandar Mohd Akin dipercayai akan berhadapan dengan saingan dua anggota Majlis Pimpinan Pusat (MPP) PKR.

Seorang lagi ialah Badrul Hisham Shaharin.

Badrul Hisham dan Rafizi merupakan anggota MPP.

Ketika dihubungi The Malaysian Insider sama ada akan mempertahankan jawatannya, Shamsul Iskandar berkata, beliau akan mengumumkan pendiriannya dalam seminggu ini.

“Saya sedang memikirkan... akan membuat pengumuman dalam seminggu ini,” kata beliau.

Shamsul Iskandar juga dijangka akan mengumumkan barisan gandingannya minggu depan.

Difahamkan, kemungkinan beliau, seorang peguam, akan bertanding mempertahankan kedudukannya adalah tinggi.

Pemilihan kali ini dilihat sengit di sebalik proses pengundian secara langsung melibatkan setiap ahli parti.

Badrul Hisham, pemimpin dari Negeri Sembilan, yang mesra dikenali sebagai “Chegubard” tidak mengumumkan secara terbuka sama ada akan bertanding jawatan tersebut ataupun sebaliknya.

Bagaimanapun beliau yang disebut-sebut akan turut bertanding telah menyatakan hasrat itu di kalangan rakan dan penyokongnya.

Tinjauan The Malaysian Insider mendapati beliau telah secara tidak langsung melahirkan hasrat itu menerusi tulisan di blognya sejak beberapa hari lalu.

Malah, setakat ini beliau telah menulis dua ‘warkah’ bertajuk “Angin pemilihan makin terasa’ dan tiga lagi dijangka menyusul.

Dua lagi siri bertajuk “Siapa ‘chai’ che’GuBard ?” dan “Apa perancangan terhadap AMK? dan “Tuduhan che’GuBard tidak punya idealisma?” akan menyusul.

Dalam siri pertama, Badrul Hisham berkata, “dengan ini menyatakan pendirian dengan tegas tidak akan membuat pengumuman bertanding.”

“Kita memilih antara yang terbaik dalam keluarga, kenapa perlu heboh-heboh urusan dalam rumah kita.

“Lebih-lebih lagi dalam keadaan media arus perdana tidak sama sekali menyebelahi kita dan sentiasa umpama serigala lapar bersedia memanipulasi apa juga cerita kecil untuk menyerang parti,” katanya.

Dalam siri kedua pula, Badrul Hisham berkata, “Chegubard sudah menegaskan sebelum ini tidak akan umum bertanding.”

“Biar ‘adik-beradik’ anak muda dalam parti memutuskan,” kata Ketua Cabang Rembau ini.

Katanya, tumpuan harus diberi kepada persiapan jentera parti dalam mendepani pilihan raya khususnya di Sarawak yang terlalu hampir.

“Chegubard baru sahaja pulang dari Sarawak, negeri yang cukup berpotensi tetapi tidak ada cabang ‘rasmi’ AMK yang boleh bermesyuarat. Kenapa ini berlaku?” katanya.

Badrul Hisham berkata, jika “Chegubard hanya memberikan tumpuan berkempen pemilihan parti, tentu Sarawak tak termasuk medan kempen tetapi kerana melihat parti di sana perlu dibantu untuk mendepani pilihan raya, maka Sarawak tetap dikunjungi dan dalam masa terdekat Chegubard sudah berjanji dengan Abang Zul, calon di Saribas yang tewas 94 undi dalam pilihan raya yang lepas untuk turun membantu di tempatnya.”

“Begitulah kita bekerja walaupun Chegubard tidak berada dalam kerangka AMK, namun semangat gerakan muda itu menyebabkan kita terus menerobos segala pintu membawa pembaharuan dalam perlawan anak muda,” katanya.

Rafizi pernah meletakkan jawatan sebagai anggota MPP dan exco AMK pada 2004.

Rafizi dijangka digandingkan dengan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Batu Caves Amiruddin Shari, yang kini merupakan Naib Ketua.

Amiruddin akan bertanding kerusi Timbalan Ketua AMK.

Pengundian jawatan-jawatan peringkat pusat akan diadakan November ini.

Proses pencalonan peringkat bahagian sedang berlangsung.

HARI KEDUA MATC PERCALONAN DI PERAK


Hari kedua pencalonan di peringkat Cabang di Perak...bagi jawatan Ketua Cabang
Cabang Ipoh Barat : MA. Tinagaran....Arjunan
Cabang Ipoh Timut: YB Chang Lih Kang
Cabang Batu Gajah : Ng Mun Yin...M. Nadarajah...Lee Soh Har
Cabang Kampar: YB Chan Ming Kai...Hj Shaarani
Cabang Beruas : Robert Ngo Chin Peng...Vijayan
Cabang Kuala Kangsar: Ismail Bahak... Tun Ali b Tun Hamzah
Cabang Tambun: Ust Zulkifli Ibrahim

Ketua Cabang PKR Raub, Satu Lawan Satu


RAUB, 29 Ogos - Pemilihan Pimpinan PKR Cabang Raub bakal menyaksikan pertembungan satu lawan satu bagi jawatan Ketua Cabang. Dua pemimpin berkenaan ialah bekas calon PKR DUN Dong Kamaluddin Abd Rahman dan Mohd Ibrahim Derani. Manakala bagi jawatan Timbalan dan Naib Ketua Cabang pula tiada pertandingan berlaku. Begitu juga tiada pertandingan bagi Ketua Wanita dimana dimenangi tanpa bertanding oleh Normah dan Naib Ketua Khamsiah Shabuddin. Manakala untuk Jawatan Ketua AMK pula ialah Zurul Amri Mohd Ali dan Timbalan Ali Bagener. Sementara itu bekas Ketua Wanita, Kak Nun dan suaminya menarik diri atas faktor usia bagi memberi laluan kepada pemimpin baru mengemudikan parti di cabang itu.

Saturday, August 28, 2010

Angin pemilihan makin terasa 2

KEADILAN merupakan parti berani melebarkan demokrasi kepada semua ahli. 1 ahli satu undi sewajarnya semangat penyuburan demokrasi dan membawa politik baru ini harus diraikan dan seiring dengan proses pemilihan kali ini. Rakyat khususnya sedang menilai dan memerhati dengan dekat bagaimana KEADILAN mendepani proses pemilihan ini adakah ia sejajar dengan hasrat yang ingin dilaksanakan, rakyat mahu melihat satu budaya politik pemilihan yang baru. Jika kita hanya sekadar menggunakan media membuktikan kita lebih baik dan orang lain buruk, mengangkat bakulo sendiri, budaya politik naungan seperti pilih calon A kerana ia dapat naungan pemimpin utama dan tolak calon B kerana ia tidak direstui maka rakyat akan bosan kerana ia hanya mengulang tayang pemilihan Pemuda Umno dalam versi yang lain.

che'GuBard sudah menegaskan sebelum ini tidak akan umum bertanding. Biar 'adik beradik' anak muda dalam parti memutuskan. Tumpuan harus diberi kepada persiapan jentera parti dalam mendepani pilihanraya khususnya di Sarawak yang terlalu hampir. che'GuBard baru sahaja pulang dari Sarawak, negeri yang cukup berpotensi tetapi tidak ada Cabang 'rasmi' AMK yang boleh bermesyuarat. Kenapa ini berlaku ? Jika che'GuBard hanya memberikan tumpuan berkempen pemilihan parti tentu Sarawak tak termasuk medan kempen tetapi kerana melihat parti di sana perlu dibantu untuk mendepani pilihanraya maka Sarawak tetap dikunjungi dan dalam masa terdekat che'GuBard sudah berjanji dengan Abang Zul, calon di Saribas yang tewas 94 undi dalam pilihanraya yang lepas untuk turun membantu di tempatnya.


Namun kerana gusar dengan rakyat mungkin muak dan mengatakan budaya politik anak muda dalam KEADILAN sama dengan parti pendiri regim maka telah diusahakan sesuatu.

Dalam proses demokrasi satu elemen penting yang harus diwujudkan ialah maklumat. Ahli yang mahu mengundi harus diberikan maklumat yang lengkap. Pengundian harus dilakukan berdasarkan maklumat bukan sentimen atau naungan atau pengarahan tertentu.

Negara yang maju demokrasi seperti di Amerika Syarikat ada istilah presidential debate, ia adalah perkara wajib dalam memberikan warga Amerika Syarikat maklumat dan presepsi yang betul sebelum membuat pemilihan. Maka telah diusahakan bersama sekumpulan ahli muda dalam parti di Utara Semenajung Malaysia untuk melakukan perkara yang hampir sama. Debat Ketua Angkatan Muda bakal dianjurkan di Taiping sekitar pertengahan September.

Debat ini harus mengenegahkan cara individu tersebut mengungkap permasalahan dalam angkatan muda dan gerakan muda Malaysia secara Amnya, tawaran dan hala tuju yang ingin dibawa sesuai dengan menjawab persoalan permasalahan yang muncul. Masalah anak mudaMalaysia juga harus diketengahkan sebagai agenda utama ? Percaya dengan perjuangan adalah perlaksanaan kata - kata maka anak muda tidak seharusnya cuma pandai berkata - kata. Idea bernas harus dilampirkan dengan rekod prestasi kerja buat selama ini. Khususnya kepada yang pernah muncul dan tenggelam dan muncul semula ketika pemilihan hampir. Ini penting khususnya ketika parti mendepani persoalan isu lompat lari yang begitu menekan.

InsyaAllah jika ia dapat dijalankan dengan jaya maka akan memberikan suntikan budaya politik baru dan persepsi yang segar dalam rakyat melihat KEADILAN.

Begitulah kita bekerja walaupun che'GuBard tidak berada dalam kerangka AMK namun semangat gerakan muda itu menyebabkan kita terus menerobos segala pintu membawa pembaharuan dalam perlawan anak muda.
 
By : che'GuBard 

Pemilihan Parti, Kempen Calon Perlu Berhemah



Mengulas mengenai pemilihan pimpinan parti tidak lama lagi, Datuk Fauzi berharap agar semua calon-calon yang bertanding dapat berkempen secara berhemah. "Tidak perlu menggunakan serangan peribadi atau yang berbaur perkauman untuk menjatuhkan pihak lawan. Apa yang penting ialah nyatakan agenda perubahan yang mahu dibawa oleh diri masing-masing agar ahli dapat membuat pilihan dengan tepat", katanya. Beliau juga mengucapkan syabas kepada mana-mana calon yang menang tanpa bertanding di seluruh negeri Pahang dalam pemilihan kali ini. PKR Pahang juga sebulat suara menyokong penuh pencalonan pemimpin negeri untuk bertanding di peringkat pusat iaitu Fuziah Salleh (Naib Presiden) dan Ahmad Nizam Abd Hamid dan Zakaria Hamid (Majlis Pimpinan Tertinggi). Tiga pemimpin ini dilihat amat berpotensi untuk menang dan mengharumkan nama PKR Pahang. Malah kekuatan yang ada pada mereka juga sukar untuk dinafikan memandangkan mereka antara pemimpin terawal yang mencorakkan perjuangan parti di negeri Pahang. Justeru itu, beliau menyeru kepada semua pihak untuk menyokong pencalonan ketiga pemimpin terbabit. Sementara itu difahamkan beberapa cabang PKR di Pahang telah mengadakan Hari Pencalonan semalam dimana terdapat cabang yang menyaksikan pemimpinnya menang tanpa bertanding.

KEDUDUKAN TERKINI MATC PERAK

Hari Pernamaan Calon bagi Zon Utara Perak...setelah ditutp jam 4.00 petang ni...beginilah keadaan dan kedudukan bagi jawatan utama di cabang...


CABANG LARUT : DR MOHD NOR MANUTY
CABANG PARIT BUNTAR: YB ABDUL YUNUS B JAMHARI
CABANG BAGAN SERAI: MD NASIB B ABDUL RAHIN
CABANG TAIPING: ADDY RIDZUAN, HJ ZAKUAN, LOKMAN IBRAHIM
CABANG BKT GANTANG: HJ ISMAIL YUSOP
CABANG SG SIPUT: ONN B YEOP ABAS
CABANG PADANG RENGAS: ALIAS B ZAINON

CABANG GERIK: MOON AHKAU, HJ SUFIAN
CABANG LENGGONG: YUNUS HASHIM , YUSNI B YAHAYA

Razali Alias Cabar Azan Ismail Di Indera Mahkota



INDERA MAHKOTA, 28 Ogos - Seperti yang dijangka pertembungan sengit "Ketua Cabang" akhirnya berlaku di Cabang Indera Mahkota seperti yang diramalkan. Ketua Cabang yang juga Ahli Parlimen Indera Mahkota, YB Azan Ismail bakal dicabar oleh Setiausaha Perhubungan PKR Pahang iaitu Razali Alias. Proses penamaan calon bagi pemilihan pimpinan cabang itu dibuat di Pejabat PKR cabang itu di Jalan Air Putih Kuantan hari ini. Razali yang kini bekerja sebagai Pengurus Operasi Perbadanan Kemajuan Pertanian Selangor (PKPS) juga merupakan Setiausaha Ranting Indera Mahkota 2 dekat sini. Pertembungan antara kedua-dua pemimpin ini memang sudah kami jangka sejak awal-awal lagi. Apapun, kedua-duanya pemimpin itu mempunyai peluang besar untuk menang.

[Bagi pencalonan untuk Cabang Indera Mahkota juga berlaku pertembungan antara Kamaruzaman Md Yunus dengan Ibrahim Sidek bagi jawatan Timbalan Ketua Cabang. Sementara itu bagi jawatan Naib Ketua Cabang pula, pertembungan tiga penjuru antara Kasfian, Ravi dan Chin Cheong. Manakala itu difahamkan bagi perebutan jawatan Ketua AMK Cabang Indera Mahkota pula, Saudara Ahmad Sani Abd Ghani dijangka menang tanpa bertanding jawatan itu].

Anwar visits Sabah despite Jeffrey's advice

KUALA LUMPUR (Malaysian Insider) — Datuk Seri Anwar Ibrahim is persisting with his visit to Sabah today despite PKR vice-president Datuk Dr Jeffrey Kitingan’s advice for a delay due to several issues including the suspension of 12 party stalwarts.

“Yesterday, Datuk Seri Anwar did call me and said that he would still visit here,” Jeffrey told The Malaysian Insider in a telephone interview from state capital Kota Kinabalu.

“He (Anwar) said that the programmes have been arranged, so it is not polite if he does not attend,” he added.

The Sabah-based PKR vice-president stressed that he “did not mind” if Anwar wanted to come as that was what he wanted.

Jeffrey however advised the Opposition Leader to postpone his visit to Menggatal, Putatan and Papar today to another date.

“I am only asking Anwar to postpone his visit, not to cancel it as many things still need to be resolved, especially the party election today. But he still insisted on coming, so never mind,” said Jeffrey, adding that Anwar was currently on his way to Sabah.

Jeffrey, who “threatened” last year to leave PKR but changed in his mind, denied asking Anwar to delay the trip over the one-year suspension of 12 party members for trying to found a new political party called Parti Cinta Sabah (PCS).

“It has nothing to do with that issue. It is only because we are busy here with elections,” he said.

PKR vice-president Azmin Ali also confirmed that Anwar was enroute to Sabah.

“Yes, I believe that his flight was early this morning,” said Azmin in an SMS to The Malaysian Insider.

Jeffrey urged Anwar to delay his trip a day after PKR announced that 12 party members in Sabah would be suspended for a year for attempting to set up PCS.

PKR secretary-general Saifuddin Nasution said that investigations by the party disciplinary committee confirmed that their actions violated party rules and suggested to the central working committee for their suspension to take effect this Sunday.

The errant members are Daniel John Jambun, Awang Ahmad Sah, Moses @ Mozes Michael Iking, Nicholas James Guntobon, Paul Kerangkas, Slyvester @ Balon Mujim, Innocent Makajil, Nasir Samie, Harry Kujukok Manisit, Rubbin Guriban, Gosibin Yosundang and Guandee Kohoi.

All of them reportedly tried to register PCS with the Registrar of Societies last December after Jeffrey threatened to quit as he was not happy with the central leadership “meddling” in Sabah division matters.

Many PKR sources have added that Jeffrey’s request was connected to the ongoing party election.

The nomination process began yesterday. 

Pemilihan 2010

Parti akan mengadakan pemilihan pimpinan di peringkat Cabang dan Majlis Pimpinan Pusat (MPP) pada tahun 2010 ini (Pemilihan 2010).

Proses pemilihan kali ini akan berdasarkan perlembagaan KEADILAN yang telah dipinda dan diluluskan di dalam Kongres Nasional Khas 2009 serta oleh pihak Pendaftar Pertubuhan pada 28 April 2010.

Pindaan perlembagaan KEADILAN ini menterjemahkan hasrat Parti untuk menjadi sebuah badan parti politik yang lebih demokratik dan diwakili oleh suara ramai anggota-anggota Parti dalam proses pemilihan pimpinannya.

Seperti mana lazimnya dan menurut kehendak perlembagaan Parti, pemilihan pimpinan Cabang akan diadakan dalam Mesyuarat Agung Tahunan Cabang (MATC) tahun 2010. Pemilihan pimpinan MPP pula adalah menerusi suatu sesi undian khas yang akan melibatkan keanggotaan Parti secara langsung.

MUAT TURUN BORANG PENCALONAN
Borang Pencalonan Cabang 
Borang Pencalonan AMK Cabang
Borang Pencalonan Wanita Cabang



Tarikh Pemilihan Cabang
 

Tarikh
Perkara
7 Julai 2010
Tarikh akhir pengeluaran notis mengadakan MATC dan Pemilihan oleh Ibu Pejabat kepada Cabang

6 Ogos 2010
Tarikh akhir pengeluaran notis MATC dan Pemilihan oleh Cabang

13 Ogos 2010
Tarikh mula pengeluaran Borang Pencalonan oleh Cabang

27 Ogos 2010
Tarikh akhir bagi pengemukaan Borang Pencalonan Pemilihan Cabang

3 Sep 2010
Tarikh akhir bagi Calon Sementara dipamer di pejabat Cabang

10 Sep 2010
Tarikh akhir bagi Senarai Calon dipamer di pejabat Cabang

17 Sep 2010
Tarikh mula MATC dan Pemilihan Cabang






Tarikh Pemilihan Majlis Pimpinan Pusat (MPP)
 

Tarikh
Perkara
9 Oktober 2010
Tarikh akhir penerimaan pencalonan MPP dari Cabang

16 Oktober 2010
Tarikh akhir bagi Senarai Calon Sementara dikeluarkan

23 Oktober 2010
Tarikh akhir Senarai Calon Muktamad dikeluarkan

30 Oktober 2010
Tarikh mula Pemilihan MPP 2010

20 November 2010
Tarikh akhir Pemilihan MPP 2010

27 November 2010
Tarikh Kongres Nasional Tahunan 2010

Pencalonan Cabang Hari Ke 2

N.Sembilan: 4 cbg
Pahang: 7 cbg
Perak: 9 cbg
Sabah: 11 cbg
Perlis: 3 cbg 
Ktan: 5 cbg 
Kedah: 1 cbg

Friday, August 27, 2010

Angin Pemilihan makin terasa...

Angin pemilihan makin terasa. Ramai teman - teman mula resah dan mendesak untuk che'GuBard mengumumkan pendirian untuk bertanding Ketua Angkatan Muda Malaysia.

Tidak akan umum

che'GuBard dengan ini menyatakan pendirian dengan tegas tidak akan membuat pengumuman bertanding. Kita memilih antara yang terbaik dalam keluarga kenapa perlu heboh - heboh urusan dalam rumah kita. Lebih - lebih lagi dalam keadaan media arus perdana tidak sama sekali menyebelahi kita dan sentiasa umpama serigala lapar bersedia memanipulasi apa juga cerita kecil untuk menyerang parti.

Parti ini telah matang. che'GuBard amat yakin dengan kematangan ahli - ahli muda parti. Mereka bukan orang lain, kebanyakanya ialah mereka yang bergelumang bersama menyambung nafas dan membina parti ini dalam keadaan susah dan senang.

Maka kami saling mengenali dan sudah umpama adik beradik. Anak muda dalam parti ini sudah tentu tidak sama dengan segelintir pengundi yang sering tertipu dengan Bn. Ketika pilihanraya jauh Bn begitu sombong dalam membuat keputusan dan jarang sekali muka pemimpin menjengok rakyat tetapi malangnya ada rakyat yang tertipu apabila dekat pilihanraya pemimpin Bn bersungguh turun bawah dengan perbagai tawaran dan umpan. Sudah tentu tak terlawan dengan pemimpin kita yang sejak habis pilihanraya walaupun tewas di tempat tertentu tetapi tidak henti bekerja siang dan malam tanpa peruntukan dan penuh kepayahan sepanjang masa. Manakala pemimpin Bn dengan perbagai peruntukan dan payung atas nama 'kerajaan' sudah tentu mampu menunggang semua jentera mengambil hati rakyat saat akhir dan selepas menang mereka akan melupakan rakyat sehinggalah pilihanraya akan datang sekali lagi. Sementara rakyat dilupa itulah rakyat yang dihimpit perbagai masalah mencari pemimpin kita untuk diperjuangkan nasib mereka. Sudah tentu ahli muda parti tidak akan sedemikian rupa.

cheGuBard amat yakin selama ini tanpa henti dan letih bersama akar rumput anak muda dlaam parti kita sudah saling mengenali maka tidak perlu perantaraan media bagi menyatakan hasrat apa jua. Lainlah jika kita kita tidak punya hubungan.

Gerakan muda parti pernah mengeluh apabila tidak punya arah dan pimpinan tidak menjengok 'ke bawah' namun bila tiba musim pemilihan ini suasana ternyata berbeza meriah. Apapun ambil semuanya dari sudut positif.

tetapi kan bagus kalau mood seperti ini berterusan sentiasa tentu parti menjadi kuat, harap janganlah hanya ketika angin permilihan kuat.

Raikan demokrasi dengan tawaran bukan dengan serangan

Belum pun umum pendirian tetapi mula diserang. Satu pihak menyerang terus secara peribadi dengan mengaitkan che'GuBard dengan hubungan keluarga Ketua Umum. Benar che'GuBard berkahwin dengan anak adik Anwar Ibrahim tetapi tidak pernah menggunakan kaitan hubungan itu dalam politik. Malah ramai yang tak ketahui sehinggalah ada pihak yang begitu bersungguh pertahan jawatan dalam Angkatan Muda menggunakan isu ini.

Tersebar luar sms "Ketua Umum Anwar, Presiden Isteri, Anak Ahli Parlimen tak kan menantu nak jadi Ketua AMK pula.... ayuh pertahankan XXX yang selama ini berkorban untuk parti" begitulah salinan sms yang diterima dihantar oleh teman yang dapat dari seseorang yang dikenali. Inilah yang che'GuBard gelar tidak bijak dan terlalu ghairah berkempen hingga memancing bencana pada parti.

Contohnya dalam pilihanraya yang lepas kalau ikutkan hubungan keluarga boleh sahaja che'GuBard merengek untuk bertanding kerusi selamat seperti beberapa kelompok pemimpin yang sanggup bertanding jauh dari tempat mereka semata mengejar kemenangan. Tetapi kerusi yang dijanjikan awal kepada che'GuBard di Negeri Sembilan juga di beri kepada orang lain sehingga che'GuBard 'terpaksa' mencari kerusi sendiri. Tapi itu semua enteng dihadapi sebab kita bukan dari kelompok politisi naungan.

Dalam satu pihak lain yang mengejar jawatan dalam AMK pula menggunakan tema menerima naungan pimpinan utama parti. Kononya wahyu menetapkan dia perlu menukar imej gerakan muda kepada gerakan cerdik pandai yang boleh menyaingi anak muda parti lawan. Kononya dia tidak memerlukan jawatan itu tetapi parti dan wahyu yang memaksa dia menerima jawatan itu. Parti ini perlu segera diubah imej dan imej tersebut tidak akan berjaya diubah dan menyaingi anak muda parti lawan jika 'anak jalanan' seperti che'GuBard menerajui.

Tersepit ; satu kata che'GuBard perlu ditolak sebab kerana punya hubungan keluarga dengan pemimpin utama dan satu lagi meminta mereka dipilih kerana dinaungi oleh pemimpin utama.Justify Full
Gerakan Muda di sebuah negeri di utara pernah menjadi gerakan muda yang membanggakan parti. Namun oleh kerana ingin mengubah imej kerana kita telah membentuk kerajaan maka seorang cerdik pandai yang juga bergelar YB 'diwahyukan' menjadi Ketua anak muda di sana. Sebelum ini gerakan anak muda diterajui oleh anak muda biasa-biasa sahaja tetapi kukuh dan kuat sehingga memenangkan negeri tersebut. Malangnya apabila anak muda akur menerima ketua Yb 'cerdik pandai' gerakan anak muda di negeri tersebut hampir hancur.

Demokrasi ini harus dirai dengan pesta tawaran dan pertunjukkan kebolehan bukan serangan dan politik naungan. Ahli yang matang dan cerdik akan menjadi hakim dengan melihat semua tawaran dan pertunjukkan kebolehan yang diselarikan dengan kerja buat selama ini maka penghakiman yang wajar harus diberikan.
Oleh che'GuBard.

Dr Jeffrey Kitingan breaks the deafening silence......



The People's Parliament
In his ‘The silence is deafening’ post, RPK lamented at the silence of the parties who should be in the know on the issue of whether the peace agreement brokered in December last year to resolve the Sabah PKR leadership crisis included an agreement to not take any action against those party members involved in the move to register Parti Cinta Sabah.
“One person who should be saying something but appears to be maintaining an elegant silence is the PKR vice-president, Datuk Dr. Jeffrey Gapari Kitingan. Or should I instead say that the silence from Jeffrey is deafening?”, Pete complained.


Pete ended his posting by asking the all-important question.

Who is lying?

I caught up with Jeffrey, who is in Kota Kinabalu, by phone earlier this morning to ask if he would end this elegant silence.

He said he would.

HI :  When the peace deal was brokered last December to resolve the Sabah PKR leadership crisis, was the matter of the involvement of PKR members in the application to register Parti Cinta Sabah also dealt with?
JK : Yes, when it was decided to reconcile, it was also decided that no action would be taken against those who took part in setting up the new party. In return, Thamrin’s appointment would be accepted whilst there was also agreement on the appointment of some others, like the secretary and ketua penerangan, but even this was not implemented.
HI : More specific to the issue of ‘no action to be taken’, was this assurance expressly raised and agreed to during the peace talks and if agreed to, by who from PKR headquarters?
JK : It was agreed to by the Ketua Umum PKR.
HI : This assurance was given to you?
JK : It was conveyed to me by Ketua Umum through a third party.
HI : Is there anything in writing that evidences this assurance from Ketua Umum?
JK : Yes, the assurance was conveyed verbally as well as in writing.
HI : It is now being suggested that when the peace deal was brokered and concluded, the party leaders at HQ were not aware that an application to register a new party had already been lodged with the ROS and that they were under the impression that such a party was merely being contemplated. Would you care to respond to this?
JK : This is not true.
HI : Why do you think we are now seeing this about turn?
JK : I have no idea, although it does look like it might have to do with the party elections. Somebody complained and now it looks like we are going backward.
HI : I had asked in my blog whether this was to neutralise your support in PKR Sabah and whether this was in furtherance of a Muslim agenda that some have said Dato Seri Anwar is pushing. Would you care to comment on this?
JK : No comment
HI : The party will decide this coming Sunday whether to adopt and give effect to the recommendation to suspend the 12. Where do you go from there if they do adopt the recommendation to suspend?
JK : Well, I will cross that bridge if and when we get there. Right now, what I would like to suggest to the leadership is to withdraw the decision and to resume party activities. After all, a decision had been made 9 or 10 months ago that we make a peace plan and we reconcile.
HI : Are you therefore urging the party leadership to look at the bigger picture and push forward with the peace plan?
JK : Yes. To me, whatever they are doing now is already irrelevant because a decision had been made to reconcile and make a peace plan and we have moved along that line for about a year already. Are we now going backward and say throw the peace plan away? Where is the direction? The party has earlier made a decision and they should stick to that decision.
HI : Would you say that this latest development puts PKR Sabah in a very precarious position?
JK : Indeed, it does.
HI : Is there anything else you would like to clarify on this matter?
JK : I would like to say that these 12 have been very honest. They told the truth. They abandoned their plan about a new party after we made a peace plan and we reconciled and then how can this now be done to them?At the time of submission of nomination papers? This will disqualify these people. This is not fair. We are fighting for justice and democracy. This will in effect deprive these people the opportunity to exercise their right. It effectively undermines the democratic process in the party.
HI : Thank you.
JK : Thank you

MATC BAGAN SERAI: ABG TAN TIDAK DICABAR


Pemilihan Cabang Bagan Serai..Abang Tan(Md Nasib:Ketua Cabang) dijangka menang tanpa bertanding..manakala jawatan Timbalan Ketua Cabang..Sdr Noor Azlan(Mantan Ketua AMK) dan Sdr Munawir akan cuba mengisi jawatan tersebut...

Retak semakin lebar dalam PKR



Jeff1 Oleh Luke Rintod
KOTA KINABALU: Keretakan dalam PKR semakin melebar apabila Naib Presiden Jeffrey Kitingan menuduh Ketua Umum Anwar Ibrahim menghancurkan rancangan damai yang termeterai lewat tahun lepas untuk memulihkan perpaduan dalam parti itu di Sabah.
Jeffrey berkata PKR mempunyai dua pilihan tahun sudah.  Pilihan pertama ialah mengambil tindakan disiplin sama ada digantung atau dipecat mereka yang terlibat dalam rancangan untuk menubuhkan parti baru dan pilihan kedua ialah mencari jalan perdamaian.

Beliau berkata, parti telah memilih untuk berdamai dan bersetuju memenuhi beberapa tuntutannya.  Sebagai balasan, 12 penyokongnya bersetuju menarik balik permohonan untuk menubuhkan Parti Cina Sabah.
"Parti tidak boleh membubarkan rancangan damai dan kembali kepada pilihan untuk menghukum mereka yang terlibat dengan keras.
"Ini mencerminkan imej buruk mereka yang membuat keputusan dalam parti di peringkat pusat," kata Jeffrey.
FMT difahamkan bahawa Jeffrey menasihati Anwar supaya menangguhkan jadual lawatannya ke Menggatal, Putatan dan Papar esok kepada satu tarikh yang lain.