Thursday, September 30, 2010

Kontroversi: Wan Azizah, Tiada Arahan Tindakan Displin Terhadap Datuk Zaid Ibrahim Jika Hanya Berasarkan Kepada Fitnah Dan Maklumat Palsu !!



 Parti Keadilan Rakyat (PKR) menyatakan tidak ada sebarang arahan dikeluarkan bagi mengambil tindakan disiplin terhadap Ahli Majlis Pimpinan Pusat parti, Datuk Zaid Ibrahim (foto). Menurut biro politiknya, mereka juga tidak menerima sebarang aduan berhubung bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri itu. Dalam satu kenyataan, biro yang dipengerusikan presiden parti Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail turut "menyangkal fitnah dan maklumat palsu berkenaan perkara ini". Mengulas perjalanan proses pemilihan cabang, biro berkenaan meminta jawatankuasa pemilihan pusat PKR meneliti segala aduan keganasan, kekecohan dan tindakan liar yang melanggari kod tatalaku pemilihan bagi tujuan menggagalkan mesyuarat . "Jawatankuasa pemilihan pusat mempunyai kuasa untuk membuat keputusan serta mengambil tindakan displin berkenaan penglibatan ahli dalam proses pemilihan parti termasuk mengundi, menjadi calon mahupun berkempen," kata biro itu. Kenyataan itu juga menjelaskan, PKR akan mengkaji kes mana-mana calon dan anggota yang memburukkan parti serta pimpinannya melalui media selepas kalah dalam pemilihan parti.

[Kenyataan Wan Azizah ini dibuat, mungkin dek kerana banyak terdapat laporan dan tuduhan yang dibuat kepada calon-calon yang bertanding untuk jawatan tertinggi sekarang ini. Memang banyak yang menggunakan alasan politik wang, ugutan, penyelewengan serta berbagai-bagai lagi selepas mengetahui gerak kerja lawan lebih kuat serta tersusun daripada kumpulan mereka. Senario ini ada;ah adat biasa dalam mana-mana pertanidngan. Oleh itu, kita amatlah mengharapkan agar perebutan jawatan tertinggi parti tidak akan menjadi seperti UMNO awal tahun lalu. Ali Rustam dikenakan tindakan displin dan dilarang bertanding bagi jawatan Timbalan Presiden UMNO gara-gara masalah peribadinya. PKR harus jujur dan ikhlas mengamalkan demokrasi jika mahu terus maju pada masa depan. Kenyataan dan tuduhan tidak berasas haruslah diketepikan demi menjaga nama baik calon yang bertanding serta parti itu sendiri].

Final Round of PKR Divisional Meetings and Elections

MEDIA STATEMENT
1 OCTOBER 2010


The third and final round of Parti Keadilan Rakyat's divisional annual general meetings and elections will take place this weekend on 2nd and 3rd October 2010. Divisional Annual General Meetings will be held in 38 divisions with contest taking place in 23 divisions – Selangor (14); Sarawak(4); Johore (2); Sabah (1); Kedah (1) and Penang (1).
Some of the logistical problems that affected a few divisions over the past weekend can be attributed to the high voter turn out. This, compounded by the unfamiliarity of members with the newly introduced system of voting, contributed to the logistical problems that were encountered.
It may not be widely known, but the divisional party elections involves members casting their votes for positions in the Jawatankuasa Cabang, the Jawatankuasa Wanita Cabang and Jawatankuasa Angkatan Muda Keadilan (AMK) Cabang. This means that where there is a contest, there are potentially three parallel elections taking place at the division level involving up to 46 positions:
a. Jawatankuasa Cabang – Ketua Cabang (1), Timbalan Ketua Cabang (1), Naib Ketua Cabang (1) and Ahli Jawatankuasa Cabang (15);
b. Jawatankuasa Wanita Cabang – Ketua Wanita Cabang (1), Timbalan Ketua Wanita Cabang (1), Naib Ketua Wanita Cabang (1) and Ahli Jawatankuasa Wanita Cabang (7); and
c. Jawatankuasa AMK Cabang – Ketua AMK (1), Timbalan Ketua AMK (1), Naib Ketua AMK (1) and Ahli Jawatankuasa AMK Cabang (15).
In contrast to a general election where a voter is required to remember say, two names, or more often than not just one logo, in the Pemilihan 2010 divisional elections, a voter has to choose up to 46 candidates. The actual process of marking and casting the ballot is thus more time consuming than in a general election. And when a voter is illiterate, this adds to the challenge.
The JPP has taken note of these issues and steps have been taken to try to ensure that voting over the coming weekend takes place in a smooth and orderly fashion. We call on all candidates and the incumbent leadership at the division level to work with us towards this end and to give the Keadilan Secretariat and our volunteers their full cooperation.

Dr. Molly Cheah
Chairperson
Jawatankuasa Pemilihan Pusat (JPP)

TIDAK SALAH HINA PEMIMPIN DI DALAM PKR ?


APAKAH tidak menjadi kesalahan di dalam PKR apabila seseorang ahli atau pemimpin parti mengeluarkan kenyataan terbuka seperti berikut;

1. Presiden PKR adalah `boneka' semata-mata.

2. Ketua Umum PKR tiada kuasa dan jawatan tersebut tiada di dalam Perlembagaan atau Organisasi Parti, maka Ketua Umum dianggap sebagai `Ahli Biasa' parti.

3. Timbalan Presiden PKR seorang yang `nyanyuk'.

Semua persoalan di atas bukan untuk diketahui benar atau tidak, tetapi saya cuma ingin tahu adakah salah jika seseorang ahli di dalam parti mengeluarkan kenyataan seperti itu atau seumpama itu secara terbuka?

Jika ianya tidak salah, saya merasakan PKR sememangnya mempunyai `kebebasan mutlak' untuk menegur, mengkritik bahkan menghina parti dan pemimpin parti. Presiden PKR ada menyebut bahawa tiada tindakan di ambil kerana tiada aduan atau laporan. Baca di sini. Masalahnya, sekiranya dilakukan secara terbuka di media di mana semua ahli mengetahuinya termasuk musuh parti, perlukah juga menunggu aduan atau laporan?

Saya berharap persoalan ini dapat dijawab oleh pemimpin atau pihak berkenaan di dalam PKR. Mungkin ramai yang ingin tahu sejauh mana PKR mampu mendisiplinkan ahli-ahli dan pemimpinnya.

Kenapa Harus 'Bogel'kan Cerita 'Rumahtangga' Sendiri ????



http://buletinonline.net/images/stories/berita34/farizmusa.jpgIsu KECOH dalam MATC dan pemilihan Keadilan ( khususnya ) benar-benar membuatkan saya rasa sedih dan kecewa . Semalam Berita Jam 12 TV1 menyaksikan bagaimana isu tersebut dimainkan oleh media milik UMNO/BN ini. Lebih mengecewakan wajah-wajah yang saya kenal sanggup menggunakan media terutama TV1 mengutuk , mengkritik pemimpin dan parti sendiri .

Seolah-olah parti sudah tiada saluran untuk menyampaikan bantahan , ketidakpuashatian dan kritikan . Adakah tidak rasa bersalah bagi mereka yang mengguna media UMNO ini menghentam pemimpin dan parti sendiri ? Adakah sudah tertutup segala pintu untuk mereka membuat aduan , bantahan dan rasa tidak puas hati mereka ? Bukankah ini melibat isu dalam parti ? Apa yang berlaku dalam "rumahtangga" sendiri perlukah didedahkan untuk khayalak umum ? Bukankah tindakan tersebut 'menikam' diri sendiri ?

Ulasan pembaca berita terhadap apa yang berlaku bukan main lagi. Terus menyerang dan menimbulkan persepsi negatif . Di lihat seolah-olah parti ini sudah hilang keyakinan daripada ahli dan pemimpin parti ini terlalu teruk , malah sedang menuju kehancuran ! " Bola Tanggung " yang diberikan untuk mereka untuk "smash" kita ! Terkedu dan terdiam saya..

Saya pasti tidak ada rasa bersalah mereka yang berbuat demikian . Mungkin mereka rasa amat puas hati dan gembira dengan kenyataan yang mereka lakukan . Saya tidak anti kepada kebebasan bersuara, saya bersetuju jika menyuara rasa tidak puas hati . Tetapi kenapa harus guna media untuk dedahkan apa yang berlaku , kritikan atau rasa marah kita ? Lupakah kita , kita jugak yang dulu yang menyatakan BOIKOT kepada media milik UMNO ini ? Tapi bila kita marah dan rasa tidak puas hati , kita lupa diri kita ! Lupakah kita bahawa kita sedang 'telanjang' kan diri kita di hadapan rakyat ? Sedangkan masih boleh digunakan pelbagai saluran dalam parti untuk menyuarakan semua rasa kurang senang , bantahan atau aduan .

Akhbar milik UMNO atau Sesawang juga digunakan sehebatnya menyuarakan tindakan 'hero' mereka . Saya bukan anti demokrasi . Tetapi perbuatan tersebut tidak seharusnya berlaku . Adakah wajar masalah 'rumahtangga' hendak kita dedahkan kepada orang lain ? Isu 'dalam kain' wajarkah kita hebohkan ? Mereka akan 'spin' kebenaran , supaya akan hanya menampakkan keburukan kita . Saya tidak menafikan 'isu' atau 'hujah' yang mereka suarakan . Itu hak mereka , tetapi dengan sikap dan tindakan sedemikian sudah pasti keterlaluan . Saluran parti seolah dinafikan .

Saya mengharapkan semua pihak sabar dan menggunakan pendekatan yang efektif . Saya tahu agak sukar mengawal emosi dan kemarahan . Tetapi tolonglah . Kenapa hendak 'bogel'kan pemimpin dan parti kita untuk umum ??????

Fariz Musa
Ketua AMK Terengganu 

Isu Zaid: Azizah kata tiada tindakan disiplin, Boon Chye gesa henti kecam parti...sendiri mau ingat.!!!!

Datuk Zaid Ibrahim yang dicalonkan untuk jawatan timbalan presiden PKR, hari ini menjadi tumpuan kenyataan dua pemimpin kanannya ekoran beberapa tulisan dan pandangan terbuka beliau yang dilihat sebagai menjejaskan imej parti itu termasuk pemilihan secara langsung 'bersejarah' yang sedang berlangsung.
Presiden PKR Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail berkata parti itu yang mengadakan mesyuarat Biro Politik malam tadi tidak memutuskan sebarang tindakan disiplin ke atas Zaid berhubung kenyataan beliau baru-baru ini mengenai pemilihan yang sedang berlangsung.
“Biro Politik menegaskan juga bahawa tiada arahan, aduan mahupun apa –apa keputusan yang telah diambil untuk apa-apa tindakan displin terhadap Zaid Ibrahim dan menyangkal fitnah dan maklumat palsu berkenaan perkara ini,” kata beliau dalam satu kenyataan dikeluarkan di sini.
Terdahulu, Naib Presiden PKR Dr Lee Boon Chye dalam kenyataan bertajuk “Membalas kritikan terbaru Zaid Ibrahim terhadap PKR dan pemilihan parti" berkata, parti itu kebingungan dengan keluhan anggota Majlis Pimpinan Pusat itu yang tidak habis-habis kepada pihak akhbar tentang parti dan pemilihan parti yang sedang berlangsung, termasuklah wawancara eksklusif dengan Mingguan Malaysia yang pernah disebut beliau sebagai akhbar ‘Gestapo’.
“Apakah beliau lupa bahawa dirinya merupakan subjek kempen kotor Utusan, selama pilihan raya kecil Hulu Selangor dulu?
“Apakah beliau lupa serangan bertubi-tubi Utusan terhadap Pakatan Rakyat yang menyebabkan Pakatan tidak mengendahkan akhbar tersebut?” kata beliau yang dicalonkan untuk mempertahan kerusinya.
Lee menambah, Zaid turut membuat sindiran kasar bahawa sesetengah pemimpin termasuk Pengarah Strategi Tian Chua dan seorang lagi anggota MPP N. Gobalakrishnan telah dihalang daripada bertanding jawatan cabang PKR sedangkan mereka mereka bebas bertanding dan berkempen sesuka mereka.
“Hakikatnya, Tian Chua telah menang jawatang ketua cabang di Batu dan Gobalakrishnan pula akan bertanding untuk jawatan ketua cabang di Padang Serai.
“Demikian juga, tiada siapa yang mencegah Zaid untuk tidak mencalonkan diri beliau bagi apa jua jawatan, termasuklah jawatan Presiden parti,” katanya.
Selain itu menurut beliau, pihaknya juga hairan bahawa beliau seringkali membandingkan PKR dengan Umno.
“Walhal tidak ada tolok bandingnya apabila PKR mengemukakan segala pendirian-pendirian yang tidak dipegang Umno.
“Beliau mesti berhenti melakonkan watak “mangsa” untuk meraih simpati dengan cara menjejaskan parti,” katanya lagi.
Lee menambah, daripada mengeluh secara terbuka tentang pemilihan dan merosakkan parti, beliau seharusnya membuat aduan kepada Jawatankuasa Pemilihan Pusat (JPP) bersama perincian yang tepat dari membuat kenyataan meluru berlakunya konspirasi dan taktik curang.
“Kita juga bingung dengan kenyataan Zaid bahawa parti ini menghalang agenda reformasinya sedangkan keputusan parti selalu dibuat secara kolektif  bagi menambah dasar-dasar parti yang progresif dan berteraskan reformasi.
“Zaid seharusnya mengemukakan agenda reformasi beliau tersebut dan patut membentangkannya menerusi pembuatan keputusan parti yang biasa dari memberi petikan-petikan ringkas kepada media massa,” kata Lee lagi.
Lee menambah Zaid sebagai Pengerusi PKR Wilayah Persekutuan dan anggota Biro Politik berada di peringkat tertinggi proses pembuatan keputusan parti.
Maka katanya Zaid mempunyai lebih dari peluang biasa untuk memberi pandangan beliau.
“Zaid harus mengakui bahawa beliau sebahagian daripada kepimpinan parti.
“Maka, beliau tidak dapat mengelakkan daripada tanggungjawab bersama yang termaktub itu dan mestilah menghormati pembuatan keputusan parti,” katanya.
Lee juga menambah PKR ingin menasihati beliau untuk menilai semula apa yang telah dicapai oleh sebagai ejen reformasi di negara ini termasuk pemilihan parti yang menempa sejarah ini yang telah memberi kuasa mengundi yang sama kepada setiap anggota parti tanpa mengira jawatan mereka dan ini merupakan “bukti komitmen kami terhadap reformasi.”
“Dalam ketika kesengitan pemilihan parti, janganlah kita lupa siapa lawan kita yang sebenarnya Umno-BN.
“Dan kami yakin bahawa PKR hanya akan menjadi lebih kuat selepas pemilihan parti yang bersejarah ini,” kata beliau.

PKR: Tiada tindakan terhadap Zaid Ibrahim..jadi Zaid kena faham sudah lah..!!!

PKR menegaskan tidak ada sebarang arahan dikeluarkan bagi mengambil tindakan disiplin terhadap Penyelaras Pakatan Rakyat Datuk Zaid Ibrahim .

Menurut biro politiknya, mereka juga tidak menerima sebarang aduan berhubung bekas menteri di Jabatan Perdana Menteri itu.

azlanDalam satu kenyataan hari ini, biro yang dipengerusikan presiden parti Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail turut "menyangkal fitnah dan maklumat palsu berkenaan perkara ini."

Bagaimanapun, masih tidak jelas apakah "perkara ini" yang dimaksudkannya.

Mengulas berhubung perjalanan proses pemilihan cabangnya negara setakat ini, biro berkenaan juga meminta jawatankuasa pemilihan pusat PKR segala aduan keganasan, kekecohan dan tindakan liar yang melanggari kod tatalaku pemilihan bagi tujuan menggagalkan mesyuarat .

"Jawatankuasa pemilihan pusat mempunyai kuasa untuk membuat keputusan serta mengambil tindakan displin berkenaan penglibatan anggota-anggota tersebut dalam proses pemilihan parti termasuk mengundi, menjadi calon mahupun berkempen," kata biro itu.

Kenyataan itu juga menjelaskan, PKR akan mengkaji kes-kes mana-mana calon dan anggota yang memburukkan parti serta pimpinannya melalui media selepas kalah dalam pemilihan.

DATUK ZAID MUNGKIN TARIK "HANDBREAK"?

Calon Timbalan Presiden PKR Datuk Zaid Ibrahim berkemungkinan besar akan menarik diri dari meneruskan hasrat untuk bertanding jawatan Timbalan Presiden. Atas alasan apa tidak pasti.Tapi mungkin ada kaitan dengan teguran yang di buat oleh Biro Politik Pusat.


Jika ini benar, maka tinggal 2 calon saja..YB Azmin dan Hj Mustaffa Kamil Ayub..Hj Mus dijangka akan membuat pengumuman tentang kesediaan meneruskan hasratnya itu dalam sehari dua ni. 

Pengumuman Biropolitik

KENYATAAN MEDIA:
30 September 2010


Biropolitik KEADILAN di dalam mesyuarat pada malam 29hb September, dipengerusikan oleh Presidennya, Dr Wan Azizah Wan Ismail , telah membuat keputusan berikut:

a) meminta Jawatankuasa Pemilihan Pusat menyiasat dengan berdasarkan klip-klip video, tentang mana-mana anggota yang melakukan keganasan, kekecohan dan tindakan liar lain yang melanggari Kod Tatalaku Pemilihan parti bertujuan untuk menggagalkan Mesyuarat Agung Tahunan Cabang dan pemilihan di beberapa buah Cabang KEADILAN dan mengambil tindakan yang sewajarnya.

Jawatankuasa Pemilihan Pusat mempunyai kuasa untuk membuat keputusan serta mengambil tindakan displin berkenaan penglibatan anggota-anggota tersebut dalam proses pemilihan parti termasuk mengundi, menjadi calon mahupun berkempen.

b) mengkaji kes-kes mana-mana calon dan anggota yang memburukkan Parti serta pimpinan melalui media, selepas kalah dalam pemilihan.

Sementara itu Birpolitik menegaskan juga bahawa tiada arahan, aduan mahupun apa –apa keputusan yang telah diambil untuk apa-apa tindakan displin terhadap Zaid Ibrahim dan menyangkal fitnah dan maklumat palsu berkenaan perkara ini.

Harap Maklum.

Membalas kritikan terbaru Zaid Ibrahim terhadap Parti Keadilan Rakyat (Keadilan) dan pemilihan parti

Kenyataan Media

30 September 2010
KEADILAN kebingungan dengan keluhan Zaid Ibrahim yang tidak habis-habis kepada pihak akhbar tentang parti dan pemilihan parti yang sedang berlangsung, termasuklah wawancara eksklusif dengan Utusan Malaysia yang pernah disebut beliau sebagai akhbar Gestapo.
Apakah beliau lupa bahawa dirinya merupakan subjek kempen kotor Utusan, selama pilihanraya kecil Hulu Selangor dulu? Apakah beliau lupa serangan bertubi-tubi Utusan terhadap Pakatan Rakyat yang menyebabkan Pakatan tidak mengendahkan akhbar tersebut?
Zaid turut membuat sindiran kasar bahawa sesetengah pemimpin termasuk Tian Chua dan Gobalakrishnan telah dihalang daripada bertanding jawatan cabang KEADILAN, bilamana mereka bebas bertanding dan berkempen sesuka mereka. Hakikatnya, Tian Chua telah menang jawatang ketua cabang di Batu dan Gobalakrishnan pula akan bertanding untuk jawatan ketua cabang di Padang Serai. Demikian juga, tiada siapa yang mencegah Zaid untuk tidak mencalonkan diri beliau bagi apa jua jawatan, termasuklah jawatan Presiden Parti.
Selanjutnya, kita juga hairan bahawa beliau seringkali membandingkan KEADILAN dengan UMNO. Walhal tidak ada tolok bandingnya apabila KEADILAN mengemukakan segala pendirian-pendirian yang tidak dipegang UMNO. Beliau mesti berhenti melakonkan watak "mangsa" untuk meraih simpati dengan cara menjejaskan parti.
Daripada mengeluh secara terbuka tentang pemilihan dan merosakkan parti, beliau seharusnya membuat aduan kepada Jawatankuasa Pemilihan Pusat (JPP) bersama perincian yang tepat dari membuat kenyataan meluru berlakunya konspirasi dan taktik curang.
Kita juga bingung dengan kenyataan Zaid bahawa parti ini menghalang "agenda reformasinya" sedangkan keputusan parti selalu dibuat secara kolektif bagi menambah dasar-dasar parti yang progresif dan berteraskan reformasi. Zaid seharusnya mengemukakan "agenda reformasi" beliau tersebut dan patut membentangkannya menerusi pembuatan keputusan parti yang biasa dari memberi petikan-petikan ringkas kepada media massa.
Sebagai ketua KEADILAN Wilayah Persekutuan, dan juga sebagai ahli kepada Majlis pimpinan pusat (MPP) dan Biro Politik, Zaid berada di peringkat tertinggi proses pembuatan keputusan parti. Maka beliau mempunyai lebih dari peluang biasa untuk memberi pandangan beliau. Zaid harus mengakui bahawa beliau sebahagian daripada kepimpinan parti. Maka, beliau tidak dapat mengelakkan daripada tanggungjawab bersama yang termaktub itu dan mestilah menghormati pembuatan keputusan parti.
Keadilan ingin menasihati beliau untuk menilai semula apa yang telah dicapai oleh sebagai agen reformasi di Negara ini termasuk termasuklah pemilihan parti yang menempa sejarah ini yang telah memberi kuasa mengundi yang sama kepada setiap anggota parti tanpa mengira jawatan mereka dan ini merupakan bukti komitmen kami terhadap reformasi.
Dalam ketika kesengitan pemilihan parti, janganlah kita lupa siapa lawan kita yang sebenarnya – UMNO/BN. Dan kami yakin bahawa KEADILAN hanya akan menjadi lebih kuat selepas pemilihan parti yang bersejarah ini.

Lee Boon Chye
Naib Presiden
KEADILAN

Dr Lee Nasihat Zaid Jangan Bandingkan KEADILAN Dengan Umno

Oleh Dr Lee Boon Chye

KEADILAN kebingungan dengan keluhan Zaid Ibrahim yang tidak habis-habis kepada pihak akhbar tentang parti dan pemilihan parti yang sedang berlangsung, termasuklah wawancara eksklusif dengan Utusan Malaysia yang pernah disebut beliau sebagai akhbar Gestapo.
Apakah beliau lupa bahawa dirinya merupakan subjek kempen kotor Utusan, selama pilihan raya kecil Hulu Selangor dulu? Apakah beliau lupa serangan bertubi-tubi Utusan terhadap Pakatan Rakyat yang menyebabkan Pakatan tidak mengendahkan akhbar tersebut?
Zaid turut membuat sindiran kasar bahawa sesetengah pemimpin termasuk Tian Chua dan Gobalakrishnan telah dihalang daripada bertanding jawatan cabang KEADILAN, bilamana mereka bebas bertanding dan berkempen sesuka mereka.
Hakikatnya, Tian Chua telah menang jawatan ketua cabang di Batu dan Gobalakrishnan pula akan bertanding untuk jawatan ketua cabang di Padang Serai. Demikian juga, tiada siapa yang mencegah Zaid untuk tidak mencalonkan diri beliau bagi apa jua jawatan, termasuklah jawatan Presiden Parti.
Selanjutnya, kita juga hairan bahawa beliau seringkali membandingkan KEADILAN dengan Umno.
Walhal tidak ada tolok bandingnya apabila KEADILAN mengemukakan segala pendirian-pendirian yang tidak dipegang Umno. Beliau mesti berhenti melakonkan watak “mangsa” untuk meraih simpati dengan cara menjejaskan parti.
Daripada mengeluh secara terbuka tentang pemilihan dan merosakkan parti, beliau seharusnya membuat aduan kepada Jawatankuasa Pemilihan Pusat (JPP) bersama perincian yang tepat dari membuat kenyataan meluru berlakunya konspirasi dan taktik curang.
Kita juga bingung dengan kenyataan Zaid bahawa parti ini menghalang "agenda reformasinya" sedangkan keputusan parti selalu dibuat secara kolektif  bagi menambah dasar-dasar parti yang progresif dan berteraskan reformasi.  Zaid seharusnya mengemukakan “agenda reformasi” beliau tersebut dan patut membentangkannya menerusi pembuatan keputusan parti yang biasa dari memberi petikan-petikan ringkas kepada media massa.
Sebagai ketua KEADILAN Wilayah Persekutuan, dan juga sebagai ahli kepada Majlis pimpinan pusat (MPP) dan Biro Politik, Zaid berada di peringkat tertinggi proses pembuatan keputusan parti. Maka beliau mempunyai lebih dari peluang biasa untuk memberi pandangan beliau.
Zaid harus mengakui bahawa beliau sebahagian daripada kepimpinan parti. Maka, beliau tidak dapat mengelakkan daripada tanggungjawab bersama yang termaktub itu dan mestilah menghormati pembuatan keputusan parti.
 KEADILAN ingin menasihati beliau untuk menilai semula apa yang telah dicapai oleh sebagai agen reformasi di negara ini termasuk termasuklah pemilihan parti yang menempa sejarah ini yang telah memberi kuasa mengundi yang sama kepada setiap anggota parti tanpa mengira jawatan mereka dan ini merupakan bukti komitmen kami terhadap reformasi.
Dalam ketika kesengitan pemilihan parti, janganlah kita lupa siapa lawan kita yang sebenarnya - Umno-BN. Dan kami yakin bahawa KEADILAN hanya akan menjadi lebih kuat selepas pemilihan parti yang bersejarah ini.

Wednesday, September 29, 2010

Peringatan Buat Zaid Siri 1

Pemilihan 2010 telah melihatkan diri sebenar  Zaid kepada umum.  Zaid sebagai ikon Pakatan Rakyat telah diangkat oleh Anwar dan majlis pimpinan Presiden ketahap yang tinggi.

Tapi bila berlaku pertembungan jawatan dalam KeADILan, Zaid menjadi hilang pertimbangan. Sebagai ikon PR Zaid tidak perlu melatah dan rasa kecil dalam percaturan politik kepimpinan KeADILan. Zaid telah berada diperingkat tinggi dalam PR kenapa ia perlu turun kebawah untuk membentuk kepimpinan KeADILan.

Zaid hanya perlu menyelaras dan memastikan PR berada dilandasan yang betul ke Putrajaya. Tapi bila Zaid berada dalam pertembungan politik KeADILan, Zaid telah membawa diri beliau dalam keadaan yang boleh memusnahkan hala tuju politik beliau.

Rakyat telah melihat Zaid sebagai pemimpin masa depan yang berkarisma, tapi bila ia mempertikaikan kuasa Presiden dan MPP KeADILan yang hanya jadi rubber stamp arahan Anwar ia telah menimbulkan satu suasana tak selesa dikalangan ahli serta pendokong Reformasi.

Secara tidak lansungnya Zaid sendiri telah memperlihatkan KeADILan bukanlah  parti yang sesuai dengan jiwa perjuangan beliau. Zaid sepatutnya mempertahankan dasar dan perlembagaan KeADILan. Sebagai orang baru dalam parti, Zaid juga perlu menghormati hairaki kepimpinan yang ada.

Silap percaturan ia  akan memakan diri sendiri, rakyat telah menerima Zaid tapi tindakan dan gaya politik Zaid  pulak menyebabkan rakyat mula rasa was~was apakah tujuan sebenar Zaid bersama KeADILan.

Bersambung...

Keselamatan Pemilihan Cabang Ditingkat Elak Masalah

SHAH ALAM 29 SEPT: Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim yakin proses pemilihan Parti Keadilan Rakyat (PKR) peringkat cabang pada minggu depan berjalan lancar berikutan aspek keselamatan, dipertingkat.

Beliau berkata, ahli parti tidak perlu bimbang dengan laporan masalah pemilihan di beberapa cabang termasuk sebahagiannya di negeri ini, sebaliknya menyarankan mereka menghargai nilai demokrasi.

Malah, Ahli Majlis Pimpinan Pusat PKR itu percaya masalah berkenaan timbul berikutan tumpuan banyak pihak termasuk media terhadap proses pemilihan yang julung kali dibuat secara langsung.

"Ramai yang memerhati untuk pemilihan demokrasi ini. Bagaimanapun persediaan akan diadakan dengan mengambil kira aspek keselamatan. Kita akan cari jalan supaya ketenteraman terjamin dan proses demokrasi berjalan dengan licin.

"Kita juga akan mencari lebih ramai sukarelawan untuk menjaga keselamatan dan ketenteraman, selain menjaga kemasukan orang ramai ke dalam dewan bagi mengelak kekecohan," kata Khalid.

Sebelum ini, sebanyak lapan cabang yang mengadakan proses pemilihan, kecoh dan perlu diadakan semula berikutan beberapa masalah yang dipercayai didalangi pihak luar.

Hari ini, Pengerusi Jawatankuasa Pemilihan Pusat (JPP), Dr Molly Cheah berkata ahli parti yang didapati menganggu kelancaran proses pemilihan Parti Keadilan Rakyat (PKR) akan dicadang untuk dikenakan tindakan disiplin termasuk dipecat.

Dalam kenyataan media Dr Molly, pihaknya juga tidak teragak-agak mengambil tindakan sedemikian terhadap mereka yang terbukti melakukan kekerasan atau salah laku lain termasuk beli undi.

Tuesday, September 28, 2010

Azmin 90 - Fuziah, Shamsul dahului calon naib

Seperti yang dijangkakan, naib presiden PKR, Azmin Ali pula terus mendahului dengan memperolehi 90 pencalonan bagi jawatan timbalan presiden.

Manakala ahli parlimen Kuantan, Fuziah Salleh dan ketua AMK, Shamsul Iskandar Md Akin mendahului pencalonan untuk bertanding jawatan naib presiden PKR dalam pemilihan parti itu November ini.

Azmin mendahului para pencabarnya selepas 150 cabang PKR selesai bermesyuarat sehingg ini.

Pencabarnya, ketua PKR Wilayah Persekutuan, Datuk Zaid Ibrahim memperolehi 33 pencalonan, ketua PKR Perak Mustaffa Kamil (16) manakala menteri besar Selangor Tan Sri Khalid Ibrahim (4), ahli parlimen Batu Tian Chua (4).

Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail turut mendapat dua pencalonan bagi jawatan timbalan presiden manakala Fuziah dan ahli parlimen Lembah Pantai, Nurul Izzah Anwar masing-masing mendapat satu pencalonan.

Bagaimanapun, Fuziah yang juga pengarah pilihan raya PKR, mendahului pencalonan bagi jawatan naib presiden.

Selepas 143 cabang selesai bermesyuarat, beliau memperolehi 108 pencalonan.

Manakala Shamsul pula memperolehi 43 pencalonan daripada 159 cabang yang telah bermesyuarat sehingga ini.
Manakala penyandang jawatan naib presiden, R Sivarasa yang juga ahli parlimen Subang memperolehi 24 pencalonan manakala Lee Boon Chye pula mendapat 27 pencalonan.
Dua lagi penyandang penyandang jawatan tersebut- Azmin mendapat 11 pencalonan manakala Mustaffa pula memperolehi 31 pencalonan.
Turut dicalonkan untuk jawatan naib presiden ialah Timbalan Ketua Menteri Pulau Pinang, Datuk Mansor Othman (26), Tian (23), Nurul (16), N Gobalakrishnan (15), Khalid (14) dan ketua PKR Johor,
Datuk Chua Jui Meng (11).
Dr Wan Azizah pula mendahului pencalonan untuk mengekalkan jawatan presiden.
Sehingga ini Wan Azizah mendapat 111 pencalonan daripada 126 cabang yang telah selesai bermesyuarat, manakala ketua umum PKR pula, Datuk Seri Anwar Ibrahim mendapat 13 pencalonan. Zaid pula mendapat dua pencalonan. 

Syor Pecat Jika Ganggu Pemilihan PKR

DAMANSARA 29 SEPT: Ahli parti yang didapati menganggu kelancaran proses pemilihan Parti Keadilan Rakyat (PKR) akan dicadang untuk dikenakan tindakan disiplin termasuk dipecat, kata Pengerusi Jawatankuasa Pemilihan Pusat (JPP), Dr Molly Cheah.

Dalam kenyataan media hari ini, beliau berkata, pihaknya tidak teragak-agak mengambil tindakan sedemikian terhadap mereka yang terbukti melakukan kekerasan atau salah laku lain termasuk beli undi.

“Kami akan mempertimbangkan laporan dari ahli serta laporan daripada kakitangan sekretariat dan sukarelawan sebelum mengambil apa-apa tindakan,” katanya.

Menegaskan JPP bertanggungjawab mengawasi pelaksanaan pemilihan dalaman PKR peringkat cabang dan kebangsaan, Dr Molly berkata, JPP juga tidak teragak-agak untuk membatal keputusan pemilihan jika mendapati proses berkenaan diganggu.

“Ia bukan sahaja berkaitan dengan aduan dan bantahan pemilihan di peringkat cabang tetapi juga selepas pemilihan berlangsung,” katanya.

Beliau juga meminta pemimpin dan ahli parti yang menghadapi masalah dengan proses pemilihan perlu mematuhi prosedur dan memaklumkan JPP, bukannya menggunakan saluran media massa.

Menyatakan sebanyak 166 cabang selesai mengadakan mesyuarat tahunan dan proses pemilihan, Dr Molly berkata, JPP mendapati kebanyakan pemilihan cabang  berjalan lancar dan teratur.

Tiada Parti Sesuai Buat Zaid?



Kaedah politik Zaid Ibrahim
- RAHMAN SHAARI
Bagi peninjau politik yang tiada kecenderungan untuk menyokong seseorang secara tidak menentu, kaedah berpolitik Datuk Zaid Ibrahim adalah menarik. Zaid mungkin sebaik Datuk Ibrahim Ali dalam hal tertentu, dan sebaik Dr Syed Husin Ali dalam hal lain. Zaid dan Ibrahim menjadi popular kerana tingkah politik yang terang-terang tidak menuntut rasa senang sesetengah pihak, namun diterima baik oleh pengikut. Syed Husin tidak begitu popular, terutama kerana beliau bertindak terlalu cermat, warisan daripada cara parti sosialis.
Rahsia kejayaan mereka, antara lain ialah keberanian. Bagi mereka berdua, pendapat orang lain elok didengar sahaja, bukan diikuti, apatah lagi dipatuhi. Bagi mereka juga, pendapat sendiri adalah terbaik, kerana mereka betul-betul boleh berfikir. Memanglah besar jumlah orang tidak menyetujui cara dan isi kandungan politik Ibrahim, tetapi adalah silap untuk mengatakan jumlah orang bersetuju adalah kecil.
Saya ingin menyentuh hal-hal di sekitar politik Zaid. Tokoh ini pernah menjadi menteri, tanda beliau dipercayai oleh Tun Abdullah Ahmad Badawi selaku Perdana Menteri Islam Hadhari. Kepercayaan Abdullah itu dipergunakannya sebaik-baiknya bagi menyatakan sikap dan kaedah politiknya yang asing dan aneh dalam perkiraan UMNO. Akhirnya, atas beberapa alasan telah dinyatakannya, dengan terang tetapi tidak semestinya dipercayai, beliau berhenti dan keluar dari UMNO. Tidak lama kemudian, menyertai Parti Keadilan Rakyat (PKR).
Sepertimana Ezam anggap UMNO tidak bobrok, begitulah Zaid ketika itu memikirkan bahawa PKR tidak bobrok. Politik adalah begitu sahaja, tiada yang lain, sedikit pun tiada yang lain.
Dalam percakapan pada Hari Raya Aidilfitri di Perlis, saya ada nyatakan alasan utama Hukum Anjakan Makna ditubuhkan. Hukum tersebut akan membunuh segala konflik, kerana tujuan politik seseorang adalah sama, cuma kaedah mereka berbeza. Masih saya ingati, wanita aktif yang bernama Roselawati mengatakan Hukum Anjakan Makna tidak menarik, kerana dengan mengamalkan hukum ini, tiada lagi perkelahian.
Saya setuju dengan kata-kata Roselawati, kerana sekurang-kurangnya beliau dapat melihat bahawa Hukum Anjakan Makna memang berfungsi. Apabila kita bercakap tentang kebaikan sesuatu pihak tanpa mengatakan pihak lawannya buruk, maka hukum ini berlaku. Kita hendaklah bermula dengan melihat, Najib, Anwar, Muhyiddin, Azizah, Khairy, Azmin, dan lain-lain dalam deretan ini, mempunyai jalan fikiran yang berbeza, tetapi hasrat mereka sama: berpolitik.
Adalah sukar mendapatkan parti yang tidak bobrok, namun Zaid ketika itu memejam sebelah mata agar beliau dapat menerima dan diterima oleh PKR. Seperti terlihat jelas, beliau dipilih calon pilihan raya kecil. Zaid tentu amat senang dalam keadaan demikian, kerana pemilihan oleh PKR untuk beliau menjadi calon adalah tanda nyata bahawa beliau adalah wira.
Timbul isu karut dalam masa berkempen ketika itu – minum dan taubat – Zaid tahu cara hadapinya. Kekalahannya bukan kerana isu itu, tetapi hakikat politik Malaysia secara keseluruhannya.
Kecenderungan menjadi wira melekat pada diri seseorang sejak kecil. Filem-filem aksi, terutama filem-filem Hindustan, hampir seratus peratus melukiskan wira yang berani, dan sentiasa berjaya menentang musuh. Wira tidak akan dikatakan wira jika tidak muncul pengacau. Jika pengacau itu gagah dan penuh perancangan jahat, maka watak wira akan kian menyerlah. Wira selalunya hampir mati dibelasah penjahat, namun masih tetap cekal dan hebat.
Ketika makalah ini saya tulis Zaid sedang dihalang merebut jawatan Timbalan Presiden PKR. Zaid tetap dengan pendiriannya, dan beliau kini berhadapan penentangan yang wajar malah wajib ada pada peribadi wira. Beliau merasakan bahawa PKR tidak begitu demokratik kerana perjalanannya banyak ditentukan Ketua Umum, bukan oleh Presiden. Itulah musuh utama Zaid dalam konteks pertentangan ini.
Fikiran Zaid Ibrahim amat jelas, iaitu jika Datin Seri Dr Wan Azizah menjadi Presiden, Datuk Seri Anwar Ibrahim hanya menjadi ketua umum (yang tidak dipilih melalui undi ramai), maka PKR ialah parti yang ‘terkeluar’ dari landasan demokrasi. Apabila saya katakan watak-watak melanggar prinsip demokrasi ini dimusuhi Zaid, tidaklah saya bermaksud Zaid anti mereka, sebaliknya Zaid hanya mahu membaiki perjalanan demokrasi dalam PKR.
Saya mendapati pemikiran Zaid cukup jelas, sehingga beliau tidak sesuai berada dalam parti-parti politik Malaysia. Ahli-ahli parti politik di Malaysia, biarpun apa partinya, secara keseluruhannya berfikiran pro-feudal. Mereka menerima seseorang sebagai ketua, berasaskan mitos kelebihan, bukan kelebihan yang nyata, iaitu bukan berasaskan bakti sebenar, dan sikap tegas dalam membela rakyat. Di sisi lain, ahli-ahli parti politik Malaysia amat kagum dengan pidato. Jika ketua umum yang karismatik berpidato di atas busut, maka busut itu akan dikelilingi pengikut.
Adakah itu tidak baik? Saya kira tidak demikian. Biarlah politik berjalan dengan segala sifatnya, asalkan janganlah kita berkonflik berlebih-lebihan. Pada masa lepas, kita telah melihat Tun Mahathir disenangi ahli-ahli UMNO, hingga mereka tidak bosan mendengar pidatonya yang berjam-jam. Dalam andaian di atas, saya sebenarnya mahu mengatakan, bahawa pada satu ketika dulu, jika Mahahir berada di atas busut, itu jugalah yang terjadi. Demikian juga dengan Abu Bakar Hamzah, dan kemudiannya Datuk Seri Abdul Hadi Awang.
Zaid berusaha mendidik ahli-ahli parti agar memahami demokrasi dengan jelas. Beliau sentiasa baik dari ukuran tertentu, dan tidak disenangi jika segi lain diambil sebagai tali ukur. Politik ialah lapangan banyak segi.
Zaid kini teringatkan UMNO zaman Tun Abdul Ghafar Baba yang ditentang Anwar. Katanya, beliau bukanlah penyokong Ghafar, tetapi beliau berasa kasihan kepada Ghafar yang dibuat begitu rupa, padahal Ghafar ialah Timbalan Perdana Menteri ketika itu. (Mingguan Malaysia, 26 September 2010). Dapat dikatakan, dalam hal sebegini, Zaid betul-betul bersikap demokratik. Beliau tidak takut menghadapi kekalahan, asalkan dalam pertandingan yang diadakan, demokrasi berjalan dengan baik.
Namun, kita masih terfikir akan sesuatu: Jika demikian sikap Zaid, belum ada parti politik di Malaysia yang sesuai baginya.

Monday, September 27, 2010

NASIHAT BUAT DATO' ZAID IBRAHIM

Ini pesanan ikhlas dari saya STS, buat Dato’ Zaid Ibrahim yang masih saya sanjung.Dalam masa kita asyik melayani kerenah dan suasana sebelum bertanding, kadang-kadang sebagai insan biasa, insan yang lemah,..kita terbabas atau tersasar, tapi masih belum terlambat untuk menyedari kesilapan !

Nasihat 1 : Jangan lupa diri! jangan mudah melatah, Berhati-hati setiap tindakan dan kata-kata. Jangan sampai terlajak bahasa !. Khayati prinsip perjuangan parti !. dan pertahankan prinsip !! Bersangka baik sesama pemimpin! Hormati setiap pemimpin, terutama orang lama ! pemimpin veteran!. Kalau tidak ada yang lama masakan boleh ada yang baru!. Dato’ sudah dikenali sebagai seorang ahli politik yang cekal dan berprinsip!. Jangan rosakkan anggapan itu dengan perkara remeh temeh tapi boleh memberi kesan negatif jangka panjang kepada parti dan diri Dato’ sendiri !!

Nasihat 2 : Ketokohan Dato’ sebagai pemimpin tak mungkin boleh dinafikan.Tahniah! kerana setelah meninggalkan UMNO, Dato’ sudi berjuang bersama-sama PKR yang mana semua tahu, PKR membawa visi dan misi perjuangan baru yang jauh lebih baik dari mana-mana parti terutama UMNO. Ramai diluar sana yang amat mengalu-ngalukan kehadiran Dato’ dalam saf kepimpinan PKR. Tapi Dato’ kena ingat!. Dato’ masih baru dalam parti. Dato’ perlu lebih banyak sabar ! Dato’ tidak perlu gelojoh!

Ditakdirkan Dato’ menyertai pertandingan merebut jawatan, bertandinglah secara sihat! Tonjolkan kualiti kepimpinan yang ada di dalam diri, tanpa menyebut sedikitpun kelemahan orang lain ! Dan tidak kurang penting juga Jangan ada menyimpan walau sedikit pun rasa ego! kerana keegoan itu akhirnya akan menenggelamkan diri sendiri !

Nasihat 3 : Jadikan keburukan UMNO sebagai contoh terbaik untuk ditauladani! Jangan pisang berbuah dua kali. Adalah sangat merugikan jika tabiat buruk pemimpin UMNO masih terbawa-bawa. Lupakan terus ! Jangan jadi seperti kata pepatah Melayu…”Anjing kalau dah biasa makan tahi!................................dicium ada juga”

Apa-apa pun percayalah! yakinlah!, ramai diluar sana yang mengharapkan agar Dato’ Zaid Ibrahim akan menjadi salah seorang pemimpin yang berdedikasi, terbaik dan unggul !!,

Pemilihan 2010 Latihan Terbaik Persediaan Hadapi PRU-13

PETALING JAYA 27 Sept - Setiausaha Agung Parti Keadilan Rakyat (KEADILAN), Saifuddin Nasution Ismail berkata proses Pemilihan 2010 yang dilaksanakan oleh semua 212 cabang diseluruh negara merupakan latihan dan pengalaman amat berguna untuk menghadapi Pilihan Raya Umum ke-13.
Saifuddin berkata hampir separuh daripada jumlah ahli KEADILAN seramai 450,000 ahli tidak pernah menyertai mana-mana parti politik.
"Maklum balas yang saya terima, ramai ahli  mengucapkan tahniah kepada pimpinan parti kerana memberi mereka pengalaman baru. Harus diingat daripada lebih 450,000 ahli KEADILAN saya dapati lebih separuh tidak pernah menyertai mana-mana parti politik, mereka tidak ada pengalaman kecuali sebahagian yang merupakan bekas aktivis Umno," kata Saifuddin pada sidang media di ibu pejabat KEADILAN di Tropicana di sini pagi tadi.
Beliau yang juga Ahli Parlimen Machang menjelaskan semua proses yang dilalui ahli aprti semasa pemilihan berjalan adalah sama seperti mana yang berlaku ketika pilihan raya yang dilaksanakan oleh Suruhanjaya Pilihan Raya.
"Semua proses yang berlangsung samada penamaan calon, mengisi borang, membuat bantahan dan mempamerkannya, mencetak kertas undi, proses kempen rumah ke rumah, logistik - ini mirip perjalanan pilihan raya bagi pengundi luar.
"Sudah tentulah apabila KEADILAN menjalankan pemilihan ini kita akan mendidik dan membiasakan ahli parti dengan proses pilihan raya sebenar di luar.
"Kalau dalam pemilihan parti ahli pergi juga rumah ke rumah, sebarkan risalah, mengadakan ceramah kecil-kecilan, logistiknya pula disediakan kenderaan untuk mengangkut pengundi, berani mengemukakan bantahan bila ada perkara yang ahli curiga kepada pengawas pemilihan," terang Saifuddin.
Tambah beliau pengalaman berguna yang ditimba oleh ahli dalam pemilihan kali akan membantu mereka lebih memahami fungsi dan gerak kerja pilihan raya dan seterusnya mampu memgukuhkan lagi jentera pilihan raya di kawasan masing-masing.
"Semuanya itu nanti apabila mereka mendepani pilihan raya umum mereka akan memanfaatkan pengalaman itu, ini adalah latihan awalan terbaik bagi mereka," kata Saifuddin lagi.

Isu kesetiaan: PKR belum matang, kata Zaid

Perkembangan yang berlaku dalam pemilihan pucuk pimpinan parti itu menunjukkan PKR masih belum matang dalam mengamalkan ideologi yang didukungnya, kata Datuk Zaid Ibrahim.

Keadaan itu, kata beliau yang juga ketua PKR Wilayah Persekutuan, antara lain, boleh dilihat apabila terdapat kalangan pemimpin yang bergabung untuk menentang beliau dalam kempen kali ini.

"Jika anda kata ini adalah parti terbuka (dengan) proses yang demokratik, kenapa ada pemimpin yang berkempen menentang saya?

"Dan inilah orang yang mendakwa mereka mahukan perpaduan (tapi kata) jangan cabar kepemimpinan. Tapi mereka masih bergabung, mereka adakan sidang akhbar, mereka kata 'orang ini tidak setia, kesetiaan mereka dipertikai.'

"Adakah saya persoalkan kesetiaan sesiapa? (Isu) kesetiaan telah ditimbulkan, jadi saya pula bertanya, kesetiaan kepada siapa? Jika anda setia kepada reformasi, perubahan dan menegakkan keadilan, saya rasa ianya satu persoalan yang penting.

"Adakah mereka setia kepada perkara ini juga?" soalnya lagi dalam satu wawancara dengan Malaysiakini.

Jangan tekan cabang

Jelasnya, tindakan sesetengah cabang untuk mencabar status quo parti juga tidak seharusnya dihalang kerana ia adalah sebahagian daripada proses kematangan parti itu.

"PKR berpura-pura sebagai parti yang progresif, tapi sebenarnya tidak. Kita perlu bergerak ke peringkat yang lebih tinggi dan parti ini dalam proses pembelajaran. Kita perlu hormati ketua cabang dan jangan tekan mereka.

"Kalau mereka mahu calonkan Tian Chua, Gobalakrishnan, Zaid, biarkan. Anda kena percaya bahawa anggota parti anda tahu bagaimana untuk membuat keputusan. Inilah masalah dalam Umno dulu.

"Saya rasa kita tidak patut contohi sebab dalam Umno sejak sekian lama barisan pemimpin telah ditetapkan supaya orang tertentu saja boleh masuk dan orang tertentu saja boleh naik.

"Mereka mahu kekalkan orang dalam kelas tertentu sahaja. Itulah sebab mengapa (Umno) lemah," katanya lagi.

Beliau berkata demikian ketika mengulas saranan pencabarnya Azmin Ali sebelum ini yang berkata, anggota baru seperti Zaid tidak sepatutnya menyerang pemimpin lama seperti Syed Husin Ali yang telah teruji dalam perjuangan parti.
"Apa yang dia maksudkan ialah orang baru tidak sepatutnya mengambil peluang (bertanding jawatan). Ahli dalam parti mahu saya naik, seperti yang saya kata, dan oleh itu kita perlu hormati proses ini. Bukan saya (saja), ada ramai ahli dalam PKR yang setuju dengan apa yang saya katakan.

"Jadi siapakah (Azmin) hendak katakan (begitu). Berterus-terang sajalah mengenainya, katalah saya tidak patut ambil peluang (bertanding)," katanya lagi.

Menurut Zaid, isu kesetiaan juga tidak sepatutnya ditimbulkan oleh Azmin sebagai rakan sekerjanya dalam parti.

“Sepertimana anda tidak tanya isteri anda 'adakah anda setia kepada saya' sebab kita dalam satu keluarga, kita tidak tanya perkara seperti itu. Sebaik saja kita tanya, ia akan timbulkan ketegangan. Ia akan memperkenalkan kecurigaan ke dalam parti," katanya lagi.

Anwar, jelaskan 'Kuda Trojan'

Zaid yang juga seorang peminat kuda berkata, ketua umum Datuk Seri Anwar Ibrahim perlu menjelaskan kenyataannya sebelum ini mengenai Kuda Trojan yang mungkin telah menyelinap ke dalam parti itu.

"Saya tidak tahu dengan pasti (sama ada Anwar memaksudkan dirinya). Tapi saya rasa Anwar tidak patut terus dengan gaya membuat kenyataan kiasan mengenai satu perkara yang sangat serius.

"Sebagai seorang pemimpin anda mesti boleh dipercayai dan bertanggungjawab. Dan bila anda kata perkara penting seperti itu dalam keadaan pemilihan sekarang, saya rasa adil sekiranya dia (bertindak) demikian dan memberi bukti.

"Saya tidak fikir dia maksudkan saya, (tapi) ada yang fikir begitu," katanya yang turut menjelaskan ikrarnya sebelum ini untuk mengukuhkan fungsi penyandang jawatan presiden parti itu Dr Wan Azizah Ismail.
Katanya lagi, beliau tidak tahu mengapa ada orang yang begitu marah apabila beliau berkata bahawa parti tidak perlu mempunyai struktur seperti itu.

"Bila kita ada struktur seperti itu, orang akan bertanya soalan. Saya cuma jelaskan bahawa parti kita tidak perlu buat begitu,” kataya lagi.

"Semua orang tahu Anwar ialah pemimpinnya, kenapa kita perlu berselindung di sebalik topeng? Saya simpati kepada Azizah dalam perkara ini. Saya boleh faham (keperluan jawatan ketua umum) pada 2006 dan 2007, tapi saya tidak faham mengapa kita perlu ada susunan seperti itu.

"Yalah, pada masa itu dia (Anwar) tidak layak bertanding. Itulah sebabnya saya kata masa itu betul, tapi apa penjelasan sekarang? Jadi kalau dia tak mahu jadi presiden, itu terpulang kepadanya,” katanya.

Ilusi, proksi, kronisme

Ketika diminta mengulas kebimbangan di kalangan ahli parti bahawa Anwar mungkin ditahan semula, Zaid berkata, mereka tidak boleh “tinggal dalam dunia ilusi.”

"Kita tidak boleh hidup dengan andaian apa yang mungkin berlaku. Anwar perlu ada keyakinan dalam kes beliau. Bila masalah itu timbul kita akan putuskan dalam masa yang lain, tetapi seperti yang saya kata jika dia tidak mahu jadi presiden itu adalah haknya. Tapi itu tidak memberikan semua kuasa kepada presiden sebenar,” tambahnya.

Jelasnya lagi, struktur seperti itu akan memberi ruang untuk berlakunya kawalan ke atas parti melalui proksi dan kronisme.

"Kita sebagai organisasi politik tidak boleh ditadbir secara proksi. Beginilah kita bentuk kronisme, inilah bagaimana kita mencipta kepercayaan yang kita boleh manipulasi dan kawal.

"Sebab itulah persepsinya, 'saya tidak ada kuasa tapi saya ada kawalan'. Ini tidak baik. Satu hari nanti, anda akan ada seorang presiden, tidak kiralah siapa, tapi dia berada bawah kawalan orang lain. Mungkin bukan Anwar pada masa itu, boleh jadi orang lain sebab kita sudah ada budaya di dalam parti di mana kawalan itu berada di luar (struktur parti).

"Itulah yang saya kata. Saya cuma memperkatakan apa yang semua orang tahu, tapi tentulah orang lain tak akan bercakap (mengenai perkara ini)," katanya lagi.         

Sunday, September 26, 2010

Pencalonan Timbalan Presiden PKR, Azmin Jauh Meninggalkan Zaid

Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) Mohamed Azmin Ali terus mendahului pencalonan bagi jawatan timbalan presiden parti dengan memperoleh 86 pencalonan berbanding Ahli Majlis Pimpinan Pusat (MPP), Datuk Zaid Ibrahim 37 sahaja.
Sehingga jam 8 malam semalam, Pengerusi PKR Perak, Mustafa Kamil Ayub terus mengekori dengan memperoleh 17 pencalonan; Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim (empat), Pengarah Strategik PKR, Tian Chua (tiga) dan Ahli Parlimen Lembah Pantai, Nurul Izzah Anwar (satu)

Zaid akhirnya tunduk pada UTUSAN MALAYSIA HARAM JADAH KAKI FITNAH !

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEiT5n7l9piNj2pO3xtjf8RtcLtVz8LPWLrfEU8dDJioq_kBuANE09ICwJGCmjzWrcVS-wzfvNnq0UTlatxce0Fh271mCCF0YbZ5GVRCi-1q2WDlsyVvg918WqdvOI3I-Kk4hfF53Ek_lQU/s400/utusan_malaysia_yang_dungu_bikin_headline_anwar_pengkhianat.png


Zaid tanpa segan silu menerima pelawaan Utusan Malaysia Haram Jadah Kaki Fitnah untuk diwaawancara di Mingguan Malaysia Utusan Malaysia Haram Jadah Kaki Fitnah.

Mungkin Zaid buat-buat lupa akan fitnah haram jadah yang Utusan Malaysia lempar pada DSAI dan Parti Keadilan. (oh..mungkin juga masa itu beliau belum masuk Keadilan..)

Mungkin Zaid sanggunp gadai nilai perjuangan untuk menentang pembohongan Utusan Malaysia Haram Jadah Kaki Fitnah demi cita-cita politiknya.

UTUSAN MALAYSIA MENYERANG DAP SABAN HARI.

UTUSAN MALAYSIA MENYERANG PAS SABAN HARI.

UTUSAN MALAYSIA TABUR FITNAH PADA PAKATAN RAKYAT !!!!

SIAPA YANG BERSEKONGKOL DENGAN UTUSAN MALAYSIA HARAM JADAH KAKI FITNAH ADALAH MUSUH PARTI !!! 


LUDAHKAN UTUSAN MALAYSIA KAKI FITNAH HARAM JADAH !!!!!!

PTUUIIHHHHHHHHHH !!!!!!!!!!


UTUSAN MALAYSIA INI SELAYAK NYA DIJADIKAN ALAS KAKI UNTUK

MASUK KE JAMBAN !!!!!!!!!!!

TIADA NILAI MORAL KEWARTAWANAN !!!

INI SEMUA WARTAWAN LACUR !!!!!!!!

MENGADU DOMBA !!!!!!!!!!!

MENGANJUR PERKAUMAN SEMPIT !!!!!!!!!

APA YANG MAHU DIBANGGA DAPAT DIWAWANCARA UTUSAN MALAYSIA ?

INI AKHBAR YANG WAJIB DIBOIKOT !!!!!!!!!



PANGKAH PAKATAN RAKYAT !!!!

HUMBAN PENYAMUN UMNO !!!!!

BAKAR UTUSAN MALAYSIA HARAM JADAH KAKI FITNAH !!!!!!!!!!

BOIKOT UTUSAN, TETAPI DATO ZAID BERI `KREDIT' PADA UTUSAN

NASIHAT DS Anwar agar semua calon yang bertanding di dalam pemilihan parti PKR hendaklah berhemah, beradab dan berdisiplin nampaknya masih tidak didengari oleh beberapa calon yang menawarkan diri. Sebelum ini terdapat calon yang memperlekehkan pucuk pimpinan parti, mencipta berbagai isu yang tidak masuk akal tanpa bukti yang jelas semata-mata untuk menunjukkan kehebatannya agar dipilih memegang jawatan yang ingin ditandinginya.

Saya fokus kepada Dato Zaid Ibrahim, kerana bagi saya beliau banyak menimbulkan kontroversi sepanjang kempen pemilihan di dalam PKR. Lebih-lebih lagi beliau akan bertanding untuk jawatan Timbalan Presiden PKR kununnya untuk memulihkan `kuasa' Presiden Parti yang dikatakan olehnya sebagai `boneka' itu. Itulah hebatnya Dato Zaid kerana dengan jawatan Timbalan Presiden beliau boleh menentukan `kuasa' Presiden.

Kehebatan Dato Zaid diserlahkan lagi oleh beliau sendiri yang menganggap DS Anwar hanyalah `ahli biasa' di dalam parti kerana jawatannya selaku Ketua Umum PKR tiada termaktub di dalam Perlembagaan dan Organisasi Parti. Bukan beliau tidak sedar mengapa jawatan Ketua Umum itu wujud di dalam parti dan semenjak bila ianya wujud. DS Anwar diiktiraf sebagai Ketua Umum PKR bukan sahaja oleh ahli-ahli parti bahkan oleh rakan-rakan di dalam PR. Benar, jawatan itu tidak wujud di dalam parti tetapi beradabkah Dato Zaid apabila menganggap DS Anwar hanya `ahli biasa'? Persoalannya, jika Presiden PKR itu `boneka' dan Ketua Umum PKR ibarat `ahli biasa', siapakah yang selama ini berkuasa di dalam PKR?

Di dalam kita semua berkempen untuk memboikot Utusan Malaysia, akhbar kepunyaan Umno yang tidak pernah duduk diam untuk menghancurkan PR, tiba-tiba Dato Zaid memberi `kredit' kepada akhbar pencacai itu di dalam wawancaranya. Inikah sikap seorang pemimpin yang bakal mewarisi kerusi No 2 di dalam parti? Tokoh seperti inikah yang boleh kita harapkan untuk membawa PR ke Putrajaya? Di dalam wawancaranya bersama akhbar tersebut, beliau tanpa berselindung menyebut bahawa `stail' atau caranya tidak akan berubah semenjak dari Umno hinggalah kini berada di dalam PKR.

Ini bermakna, Dato Zaid tidak mampu untuk menyesuaikan dirinya bersama PKR yang sama sekali jauh berbeza dari politik Umno. Beliau seharusnya sedar di dalam PKR ruang mengkritik pemimpin terbuka luas tetapi mestilah dengan hujah dan fakta yang jelas. Hentam kromo ikut sesedap rasa bukan amalan di dalam PKR. Melabelkan Timbalan Presiden PKR Dr Syed Husin Ali sebagai `nyanyok' bukan cara mengkritik pemimpin. Nampaknya Dato Zaid masih gagal mengubati `penyakit' yang diwarisinya sewaktu berada lama di dalam Umno.

Hari ini terbukti kita lihat bagaimana akhbar Utusan mengeksploitasikan `kredit' yang diberi oleh Dato Zaid. Maka berebut-rebut jugalah media TV 3 dan RTM untuk menganyang parti yang didukung oleh Dato Zaid ini. Setakat ini kita patut bersyukur kerana semakin banyak Dato Zaid `merapu' tentang partinya sendiri, ahli-ahli PKR yang diberi kuasa memilih siapa yang wajar dipilih untuk menduduki kerusi Timbalan Presiden bijak untuk membuat keputusan. Kita tidak akan izinkan sesiapa sahaja yang memasuki parti ini dengan membawa `penyakit' lamanya sewaktu berada di dalam Umno, apatah lagi mengaku tidak akan berubah walau sedikit pun untuk terus merosakkan parti kesayangan kita ini.

Walau bagaimanapun, Dato Zaid boleh terus bertanding kerana beliau pastinya tidak akan di`pancung' seperti dakwaannya. Beliau tidak perlu takut kepada bayang-bayangnya sendiri kerana PKR bukan Umno yang ingin meng` Ghafar Baba' kan sesiapa. Walaupun beliau sebelum ini berkali-kali berjanji tidak akan bertanding atau merebut jawatan di dalam PKR, tetapi kita masih boleh terima keinginannya untuk bertanding sekarang. Soalnya, siapakah yang tergamak yang akan memilih pemimpin yang tidak boleh mengubah dirinya sendiri? Bagaimana beliau ingin mengubah ahli-ahli bawahannya? 

Saturday, September 25, 2010

"Saya Tidak Boleh Tukar Perangai..."

KUALA LUMPUR 26 SEPT: Pengerusi Parti Keadilan Rakyat (PKR) Wilayah Persekutuan, Datuk Zaid Ibrahim yang bertanding kerusi timbalan presiden parti, menganggap cara beliau berpolitik tidak boleh diubah. 


Beliau berkata demikian pada satu wawancara bersama Mingguan Malaysia - akhbar mingguan terbitan Kumpulan Utusan yang diboikot semua parti gabungan Pakatan Rakyat selama ini.

"Saya tidak boleh tukar perangai saya dan selepas ini jika semua parti buang saya, nampaknya saya kena pencenlah daripada politik.

"Saya tidak akan menukar pendirian saya dan berharap ia tidak perlu menjadi satu isu," katanya dipetik akhbar berkenaan kepada satu soalan.

Pada soalan wawancara yang sama, beliau juga mengaku mengamalkan pendekatan 'selalu melawan' sejak berada dalam Umno selama 25 tahun dan tidak bercadang mengubahnya.

"Saya berpolitik saya buatlah apa yang saya kata, itu saja," katanya lagi pada wawancara bertajuk 'Jangan Halang Saya Bertanding'.

Zaid juga percaya Datuk Seri Anwar Ibrahim akan bertanding kerusi presiden parti walaupun Ketua Pembangkang itu sudah menyatakan untuk tidak menerima sebarang pencalonan bagi sebarang jawatan.

Beliau juga mengkritik amalan mewujudkan kumpulan ertentu pada saingan pemilihan PKR dalam akhbar kawalan Umno-Barisan Nasional (BN) itu, walaupun Ahli Majlis Pimpinan Pusat PKR itu tidak pasti dengan kewujudan mereka.

"Saya sebenarnya tidak tahu secara sahih, ia hanya percakapan orang," katanya yang setakat tidak menerima sebarang sokongan terbuka dari pimpinan PKR.

Zaid turut mendedahkan beberapa kelemahan dalam PKR, selain memberi penjelasan sebab beliau bertanding jawatan timbalan presiden parti tetapi ia tidak pula menyentuh kenyataannya sebelum ini yang menyatakan untuk tidak bertanding sebarang jawatan.

Bagaimanapun, beliau mengakui dirinya 'gila' jika disamakan dengan Tun Ghafar Baba apabila menjawab mengenai kenyataannya yang mengaitkan bekas timbalan perdana menteri itu.

Wawancara itu disiar pada halaman sama dengan artikel tulisan seorang pengarang Utusan Malaysia yang mengkritik tindakan Nurul Izzah Anwar bertanding jawatan naib presiden parti.

Bila Zaid Diinterviu Mingguan Malaysia

DALAM akhbar Mingguan Malaysia terbitan Utusan Melayu hari ini ada menyiarkan temuramah Zaid Ibrahim yang menyentuh khusus mengenai isu perebutan jawatan dalam PKR khasnya mengenai perebutan jawatan timbalan presiden PKR yang akan tertumpu kepada beliau dengan Mohamad Azmin Ali. Wakaupun ada seorang lagi calon Mustafa Kamil Ayub tetapi perlawanan hakikatnya kini adalah antara Zaid dengan Azmin.

Saya sedikit terkejut dan tidak sangka kalau Zaid memilih media itu untuk dijadikan wadah baru kempennya.

Saya juga seorang terbuka dan berpegang kepada profesional. Tetapi bagi saya sikap terbuka dan liberal Zaid dalam memilih akhbar berkenaan untuk meluahkan perasaanya dan sedikit sebanyak menjelaskan hasratnya bertanding tidak begitu tepat dan boleh memberi kesan negatif kepadanya juga.

Zaid mungkin dapat meluahkan segala hajatnya, atau tidak mempunyai media lain untuk berbuat demikian maka beliau perlu menerima akhbar berkenaan. Tetapi sepatutnya sebelum beliau menerima akhbar berkenaan beliau seharusnya menghitung dulu apakah kesediaan untuk diinterviu oleh akhbar itu memberi keuntungan kepadanya atau pun tidak. Beliau juga sepatutnya pandang belakang melihat apa yang telah akhbar itu lakukan kepadanya dan juga partinya itu.

Sebagai ahli politik Zaid perlu bijaksana. Beliau tidak boleh melihat atau merasakan sikap terbuka dan profesional yang ada kepadanya, juga ada kepada orang lain. Beliau perlu melihat sentimen ahli PKR dengan akhbar berkenaan. Bukankan akhbar berkenaan ditolak oleh PKR dan dari keadaan itu apa sebenarnya yang Zaid harapkan dari interviu berkenaan. Justeru saya melihat yang untung daripada interviu berkenaan akhbar itu bukannya Zaid. Interviu itu juga tidak lebih daripada perbuatan Zaiud untuk melepas geramnya.

Saya tidak mahu mengatakan Zaid terperangkap ataupun sengaja 'mencari' akhbar berkenaan untuk meluahkan isi hatinya. Yang jelasnya akhbar berkenaan adalah musuh kepada parti PKR terutamanya akhbar yang membenci penasihat parti berkenaan. Malahan beliau sendiri pernah menjadi sasaran parti berkenaan seewaktu pilihan raya kecil Hulu Selangor. Kebebasan dan sikap profesional Zaid dalam hal ini belum boleh diterima ahli PKR secara umumnya. Di sini Zaid tidak pandai meraba perasaan ahli PKR yang diharap akan menyokongnya. Jadi apa alasannya, tentu Zaid ada alasan lain yang tersendiri.

Mungkin pengkhianatan akhabr berkenaan kepadanya boleh dimaafi Zaid. Mungkin akhbar itu sudah membuat apologi kepadanya. Ataupun ada kontra terhadap tindakan Zaid sebelum ini terhadap akhabr berkenaan. Di mana kalau tidak salah Zaid cadang menyaman akhbar berkenaan. Apakah dengan mendapat ruang untuk berkempen menerusi interviu itu akhbar berkenaan mendapat kebebasan dari disaman Zaid?

Dalam situasi kini bila Zaid menggunakan akhbar berkenaan ia tidak mendapat kebaikan. Ahli PKR yang membenci akhbar berkenaan akan marah. Hampir semua pemimpin PKR dicemuh oleh akhbar berkenaan.

Jadi saya tidak tahu dimanakah relevansinya Zaid sedia untuk diinterviu oleh akhbar berkenaan. Apakah kerana rasa frustnya sudah memuncak maka beliau tidak ada pilihan lain melainkan bercakap kepada akhbar berkenaan. Apakah Zaid tidak bertanya kepada penasihatnya sebelum berbuat demikian ataupun beliau bertanding tanpa ada mana-mana pihak mengurusnya?

Di sini dalam memaraih simpati, lawannya agak cerdik darinya. Saya pasti akhbar berkenaan akan cuba mendapatkan Azmin untuk diinterviu untuk dilagakan antara keduanya dengan tujuan berlaku berontakan kepimpinan dalam parti itu. Sudah tentu Azmin tidak akan melayaninya. Dan penolakan Azmin itu menyebabkan ahli PKR melihat Zaid rapat dengan akhbar berkenaan. Di sinilah imej Zaid akan jatuh dan keikhlasn Zaid juga akan diperkatakan. Ringkasnya langkah Zaid memberi muka kepada akhbar berkenaan tidak fasal-fasal menguntungkan Azmin.

Zaid kena tahu dalam politik manusia sering tidak rasional. Seseorang yang ingin terlaku rasional dan terbuka serta tegas juga akan menjadi mangsa kepada dirinya sendiri. Dalam politik kena tahu ikut angin dan membaca keadaan dan selera penyokong dan ahli. Dalam politik tidak ada keikhlasan, kejujuran dan kebenaran. Yang ada ialah tipu muslihat, adu domba dan juga munafik setiap saat. Dunia politik (humanisme dan materialisme) itu sendiri adalah kloni para munafikun.

Justeru kalau Zaid berlawan dengan Azmin dan menggunakan akhbar berkenaan kerana ingin menunjukkan sikap terbukanya, sikap profesionalnya, beliau telah salah dan melakukan kesilapan besar dalam politik yang berteraskan kepada prinsip 4C.

Saya sangat membimbangi bila Zaid mengadakan temuramah dengan akhbar berkenaan menyebabkan semangat para penyokongnya yang kecewa dengan akhbar berkenaan akan menurun. Interviu itu hanya apa diperolehi Zaid meluahkan rasa hatinya saja tidak lebih dari itu.

Pada saya apa yang Zaid inginkan dari PKR dengan apa yang beliau lakukan itu sia-sia saja. Berdasarkan itu saya cukup pasti selepas ini kalau beliau kalah beliau akan meninggalkan PKR atas alasan perjuangan parti itu tidak mampu memenuhi kehendaknya. Atau setidak-tidaknya kerajinannya seperti mana hari ini akan tergenjat sedikit. Selalunya perangai orang politik tidak mudah berubah walaupun di rendam dalam tujuh lautan.

100 cabang, Azmin terus dominasi pencalonan

Setelah separuh keputusan yang diterima daripada seluruh negara, Naib Presiden PKR Azmin Ali terus mendominasi percalonan untuk bertanding jawatan timbalan presiden.

Daripada 100 cabang daripada 205 di seluruh negara, beliau yang juga ahli parlimen Gombak setakat ini mendapat 58 pencalonan.

Manakala dua lagi pencabarnya Penyelaras Pakatan Rakyat Datuk Zaid Ibrahim mendapat 25 pencalonan dan seorang lagi naib presiden Mustaffa Kamil Ayub memperolehi 13 pencalonan.

Sementara tiga calon lagi - pengarah strategik PKR Tian Chua mendapat dua pencalonan, pengarah pilihan raya Fuziah Salleh dan Menteri Besar Selangor Tan Sri Khalid Ibrahim masing-masing mendapat satu pencalonan.

Berikut jumlah pencalonan untuk jawatan presiden dan timbalan:
Presiden
Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail - 92
Datuk Seri Anwar Ibrahim - 8

Timbalan presiden
Azmin Ali - 58
Datuk Zaid Ibrahim - 25
Mustaffa Kamil Ayub - 13
Tian Chua - 2

Belum layak
Fuziah Salleh - 1
Tan Sri Khalid Ibrahim - 1

Naib Presiden
Fuziah Salleh - 45
Shamsul Iskandar Md Akin - 33
Mustaffa Kamil Ayub - 29
Datuk Mansor Othman - 25
Lee Boon Chye - 22
R Sivarasa - 17
Tian Chua - 16
N Gobalakrishnan - 13
Nurul Izzah Anwar - 11
Tan Sri Khalid Ibrahim - 11
Azmin Ali - 11
Ansari Abdullah - 10
Datuk Jeffrey Kitingan - 9
Datuk Chua Jui Meng - 9
Xavier Jayakumar - 6
Mohd Noor Manuty - 6
Datuk Zaid Ibrahim - 6
S Manikavasagam - 5
Yahya Shaari - 4
Abdullah Sani - 4
Suresh Kumar - 4
Saifuddin Nasution - 3
Badrul Amin Baharon - 2
Yusmadi Yusoff - 2
Jimi Donald - 2

Belum layak bertanding
Zamri Yusof - 1
James Ghani - 1
Saiman Marzuki - 1
Kamarul Baharin Abbas - 1

Untuk melayakkan bertanding jawatan di peringkat pusat, seseorang calon mestilah mendapat dua pencalonan minumum daripada cabang.

AZMIN TIDAK PERLU `IKRAR SETIA' TERHADAP PRESIDEN..TELAH TERBUKTI.

BERSETUJU dengan YB Azmin apabila beliau menolak kehendak beberapa pihak agar beliau melakukan `ikrar setia' terhadap Presiden PKR, DS Wan Azizah. Isunya, semenjak bila YB Azmin dilihat `derhaka' kepada Presiden parti dan benarkah YB Azmin dilihat menjadi `robot' kepada Presiden? Kedua-dua adalah tidak benar sama sekali dan tidak pernah ada bukti untuk mendakwa YB Azmin bersikap sedemikian.

Semuanya telah diperjelaskan oleh YB Azmin yang bakal merebut jawatan Timbalan Presiden PKR. Bukti yang diperolehi selama ini hanyalah kesetiaan dan pengorbanan YB Azmin kepada parti walaupun tidak dikatakan kesetiaan membuta tuli kepada Presiden. Sebaliknya, kesetiaan seorang lagi calon Timbalan Presiden iaitu Dato' Zaid terhadap parti dan Presiden mungkin boleh diperdebatkan. Lihat bagaimana Dato' Zaid melabelkan Presiden PKR sebagai `boneka' dan merendahkan kewibawaan Ketua Umum PKR, DS Anwar sebagai `ahli biasa' hanya kerana jawatan Ketua Umum tiada di dalam Perlembagaan Parti. Meskipun benar, tetapi di mana adab sopan Dato' Zaid?

Mungkin benar, mungkin tidak jika dikatakan YB Nurul Izzah menyokong Dato' Zaid untuk kerusi No. 2 di dalam PKR. Itu tidak menjadi masalah kerana beliau juga diberi hak melaksanakan amalan demokrasi di dalam parti. Tetapi, mendakwa YB Nurul Izzah terlalu anti kepada YB Azmin mungkin satu tuduhan yang tidak masuk akal.

YB Azmin sememangnya tidak perlu melakukan `ikrar setia' kepada Presiden PKR kerana Presiden sendiri tahu dan nampak jelas apa yang telah YB Azmin lakukan kepada parti semenjak awal penubuhannya. Bahkan, ketika parti ini belum wujud lagi YB Azmin sentiasa komited dengan perjuangan reformasi.

Terkini : Azmin 56, Zaid 25, Mustaffa 12


Sebanyak 37 lagi cabang PKR di sembilan negeri dijadual melangsungkan mesyuarat agung tahunan masing-masing hari ini.

Negeri-negeri itu ialah Terengganu (4 cabang), Perak (5), Melaka (2), Johor (4), Wilayah Persekutuan (5), Selangor (1), Sabah (5) dan Sarawak (4).

Setakat semalam, pencalonan untuk naib presiden PKR Azmin Ali bertambah kepada 46 selepas tiga lagi cabang - dua di Kelantan dan satu Kedah - mencalonkan beliau bertanding jawatan timbalan presiden.

Sehingga ini pencabar terdekatnya, pengerusi PKR Wilayah Persekutuan, Datuk Zaid Ibrahim memperolehi 21 pencalonan manakala pengerusi PKR Perak, Mustaffa Kamil Ayub (10), Tian Chua (2), Tan Sri Khalid Ibrahim dan Fuziah Salleh masing-masing mendapat satu pencalonan.

Setakat ini, sebanyak 97 cabang telah mengadakan mesyuarat dan melangsungkan pemilihan mereka masing-masing.

Berikut perkembangan semasa pencalonan:

6.28pm Di Nibong Tebal, pencalonan presiden: Wan Azizah. Timbalan presiden: Azmin. Naib: Mansor Othman, Shamsul Iskandar Md Akin, Fuziah Salleh dan Lee Boon Chye.

Di Muar, pencalonan presiden: Wan Azizah. Timbalan presiden: Zaid. Naib: Chua Jui Meng, Tian Chua, Nurul Izzah Anwar dan Saiful Iskandar Md Akin.

Di Kalabakan, pencalonan presiden: Wan Azizah. Timbalan presiden: Azmin. Naib: Ansari Abdullah, Mansor Othman, Mustaffa Kamil Ayub dan Jimi Donald.

Ini menjadikan Azmin mendapat 56 pencalonan. Manakala Zaid pula mendapat 25 pencalonan dan Mustaffa kekal 12.

6.04pm
Di Balik Pulau, pencalonan presiden: Wan Azizah. Timbalan: Azmin. Naib: Fuziah Salleh, Mansor Othman, Yusmadi Yusoff dan R Sivarasa.

Speaker DUN Pulau Pinang Abdul Halim Hussein menang besar jawatan ketua cabang menewaskan naib ketua Mohd Shukri Ishak.

Di Ledang, pencalonan presiden: Wan Azizah. Timbalan: Zaid. Naib: Chua Jui Meng, Nurul Izzah Anwar, Shamsul Iskandar Md Akin dan Tian Chua.

Di Sepang, pencalonan presiden: Wan Azizah. Timbalan: Azmin. Naib: Xavier Jayakumar, Abdullah Sani, Yahya Shaari dan Shamsul Iskandar Md Akin.

Ini menjadikan Azmin memperoleh 54 pencalonan keseluruhan sebagai timbalan presiden. Manakala Zaid pula mendapat 24 dan Mustaffa kini kekal 12 pencalonan.

5.08pm
Di Gopeng, pencalonan Presiden: Wan Azizah, Timbalan: Mustaffa Kamal Ayub. Naib: Lee Boon Chye, Fuziah Salleh, Nurul Izzah Anwar dan Shamsul Iskandar Md Akin.

Lee yang juga ahli parlimen cabang itu mempertahankannya jawatan ketua cabang menewaskan setiausaha PKR negeri Anuar Zakaria.

Di Kota Melaka, pencalonan Presiden: Wan Azizah, Timbalan: Azmin Ali. Naib: Shamsul Iskandar Md Akin, Mustaffa Kamil Ayub, R Sivarasa dan Fuziah Salleh.

Di Jasin, pencalonan Presiden: Wan Azizah. Timbalan: Azmin Ali. Naib: Mustaffa Kamil Ayub, Shamsul Iskandar Md Akin, Fuziah Salleh dan N Gobalakrishnan.
Di Bakri, pencalonan Presiden: Wan Azizah.Timbalan: Azmin Ali. Naib: Chua Jui Meng, Fuziah Salleh, Mustaffa Kamil Ayub dan Setiausaha PKR Johor Saiman Marzuki.

Ini menjadikan Azmin kini memperoleh 52 pencalonan, Zaid 23 dan Mustaffa sebanyak 12 cabang.
4.25pm Di Titiwangsa, pencalonan Presiden: Wan Azizah, Timbalan: Azmin. Naib: Fuziah Salleh, R Sivarasa, Tian Chua dan Shamsul Iskandar Md Akin.

Di Bukit Bendera, pencalonan presiden: Wan Azizah. Timbalan: Azmin. Naib: Tian Chua, Mansor Othman, Fuziah Salleh dan Xavier Jayakumar.

Di Kepong, pencalonan presiden: Wan Azizah. Timbalan: Zaid Ibrahim. Naib: Nurul Izzah Anwar, Tian Chua, N Gobalakrishnan dan K Suresh.

Ini menjadikan Azmin secara keseluruhan mendapat 47 pencalonan, Zaid sebanyak 23 dan Mustaffa sebanyak 11 pencalonan.

3.39pm Di Setiawangsa. Pencalonan Presiden: Wan Azizah. Timbalan: Mustafa. Naib: Fuziah Salleh, Khalid Ibrahim, Tian Chua dan Datuk James Ghani.

Mustaffa kini mendapat 11 pencalonan keseluruhan.

3.25pm
Di Semporna. Pencalonan Presiden: Wan Azizah. Timbalan: Azmin. Naib: Ansari Abdullah, Datuk Mansor Othman, Mustafa Kamil Ayub dan Jimi Donald.

Azmin kini mendapat 47 pencalonan keseluruhan.

3.20pm
Di Wangsa Maju, Zaid dicalonkan sebagai timbalan presiden oleh cabangnya sendiri, menjadikan keseluruhan 22 pencalonan. Datuk Seri Wan Azizah dicalonkan sebagai presiden.

Manakala jawatan naib pula diberikan kepada Khalid, Tian Chua, Setiausaha Agung Saifudin Nasution dan Fuziah Salleh.

Zaid menang tanpa bertanding untuk jawatan ketua cabang berkenaan.