Thursday, September 16, 2010

Zaid: 'Pertunjukan' Azmin ada gaya..apa agenda Zaid dalam isu ini..??

Penyelaras Pakatan Rakyat Datuk Zaid Ibrahim menyifatkan tindakan Naib Presiden PKR Azmin Ali menawarkan diri bersaing dengannya bagi merebut jawatan timbalan presiden parti itu berjaya dibuat dengan penuh "gaya" pagi tadi.

"Dia lakukannya penuh bergaya," selorohnya ketika ditemui dalam sebuah seminar mengenai integriti di sebuah universiti di Kuala Lumpur hari ini.

Diminta memberikan reaksinya, Zaid (kanan) bagaimanapun secara sinis berkata: "Ia pertunjukkan yang mengagumkan. Amat mengejutkan."

Azmin pagi tadi mengumumkan hasratnya bertanding jawatan naib presiden di sebuah hotel di Kota Kinabalu dengan diringi sekumpulan pemimpin kanan PKR.

Walaupun ada yang menafikannya, sejak minggu lalu, beberapa wakil rakyat PKR telah muncul menyatakan sokongan terhadap Azmin sebagai pemimpin nombor dua parti itu.

PS : Sejak menawarkan diri bertanding sebagai Timb Presiden, macam-macam cerita dari Zaid..nak jadi Ghafar Baba lah..Jadi Musuh dalam parti la....PKR jadi UMNO la....pencalonan pun belum bermula...Cabang belum pun mengundi...cadangan belum diberi untuk mencalonkan diri untuk bertanding...


Belum bertanding macam-macam cerita telah berlaku...apa ni budaya politik baru yang dimahukan oleh PKR...


Adakah bila Azmin menawarkan diri untuk bertanding selepas Syed Hussin istihar tidak mempertahankan jawatan dikatakan lakonan Azmin...sekurang-kurangnya Azmin menghormati Timb Presiden yang ada...ni belum gugur lagi dah nak cabar...ada desas desus nak lawan Presiden lak...ia PKR mengamalkan kebebasan dan keterbukaan..tapi kalau menongkah arus mengikut nafsu kuasa politik...kapal pun boleh karam macam UMNO......


Zaid kena fikirkan PKR lahir dari Reformis yang berjiwa kental.....jangan jadikan ia parti elite yang dikuasai oleh golongan bangsawan......!!! Jadi Zaid kena kembali kepada fikrah PKR..jangan ikut rasa...nanti semua binasa......fikir-fikirkan lah......

No comments:

Post a Comment