Thursday, September 23, 2010

Hormat Sumbangan & Pengorbanan Pimpinan PKR

KUALA LUMPUR 23 SEPT : Ahli Parlimen Lembah Pantai, Nurul Izzah hari ini menggesa semua pihak untuk menghormati sumbangan dan pengorbanan  pimpinan Parti Keadilan Rakyat (PKR), selepas  Zaid Ibrahim dilapor melabelkan Timbalan Presiden PKR, Dr  Syed Husin Ali sebagai 'nyanyuk' dan 'nyanyu'.
Nurul  menegaskan demikian  dalam satu kenyataan yang diedarkan kepada media petang tadi.
Ketika diminta mengulas tindakan Zaid melabelkan timbalan presiden parti Syed Husin Ali sebagai 'nyanyuk' dan 'nyanyu', Nurul  berkata kenyataan beliau  cukup jelas bagi mencerminkan pendiriannya.
“Hargailah sumbangan pimpinan daripada pelbagai peringkat, pengorbanan mereka dalam membentuk gerakan reformasi kepada sebuah parti politik yang akan mentadbir negara ini bersama-sama Pakatan Rakyat,” kata Nurul Izzah.
Pelbagai pihak, termasuk Naib Presiden PKR  Azmin Ali sebelum itu meminta Zaid untuk menarik balik kenyataan kurang sopannya terhadap Syed Husin.
Timbalan Presiden PKR itu sendiri berkata beliau tidak akan melayan sebarang kenyataan Zaid  terrhadapnya.
Zaid juga dilaporkan menuduh Syed Husin sebagai "nyanyuk" kerana kononnya memperkecilkan peranan beliau dalam Pakatan Rakyat.
Zaid kemudian menafikan mengguna ungkapan itu dan berkata apa yang dimaksudkannya ialah Syed Husin adalah nyanyu dan bukan nyanyuk.
Kedua-dua kenyataan Zaid yang melabelkan Syed Husin nyanyuk dan nyanyu disiarkan oleh portal Free Malaysia Today.
Zaid adalah antara pencabar untuk jawatan Timbalan Presiden PKR yang akan dilepaskan oleh Syed Husin pada pemilihan PKR November depan.

No comments:

Post a Comment