Thursday, September 30, 2010

Isu Zaid: Azizah kata tiada tindakan disiplin, Boon Chye gesa henti kecam parti...sendiri mau ingat.!!!!

Datuk Zaid Ibrahim yang dicalonkan untuk jawatan timbalan presiden PKR, hari ini menjadi tumpuan kenyataan dua pemimpin kanannya ekoran beberapa tulisan dan pandangan terbuka beliau yang dilihat sebagai menjejaskan imej parti itu termasuk pemilihan secara langsung 'bersejarah' yang sedang berlangsung.
Presiden PKR Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail berkata parti itu yang mengadakan mesyuarat Biro Politik malam tadi tidak memutuskan sebarang tindakan disiplin ke atas Zaid berhubung kenyataan beliau baru-baru ini mengenai pemilihan yang sedang berlangsung.
“Biro Politik menegaskan juga bahawa tiada arahan, aduan mahupun apa –apa keputusan yang telah diambil untuk apa-apa tindakan displin terhadap Zaid Ibrahim dan menyangkal fitnah dan maklumat palsu berkenaan perkara ini,” kata beliau dalam satu kenyataan dikeluarkan di sini.
Terdahulu, Naib Presiden PKR Dr Lee Boon Chye dalam kenyataan bertajuk “Membalas kritikan terbaru Zaid Ibrahim terhadap PKR dan pemilihan parti" berkata, parti itu kebingungan dengan keluhan anggota Majlis Pimpinan Pusat itu yang tidak habis-habis kepada pihak akhbar tentang parti dan pemilihan parti yang sedang berlangsung, termasuklah wawancara eksklusif dengan Mingguan Malaysia yang pernah disebut beliau sebagai akhbar ‘Gestapo’.
“Apakah beliau lupa bahawa dirinya merupakan subjek kempen kotor Utusan, selama pilihan raya kecil Hulu Selangor dulu?
“Apakah beliau lupa serangan bertubi-tubi Utusan terhadap Pakatan Rakyat yang menyebabkan Pakatan tidak mengendahkan akhbar tersebut?” kata beliau yang dicalonkan untuk mempertahan kerusinya.
Lee menambah, Zaid turut membuat sindiran kasar bahawa sesetengah pemimpin termasuk Pengarah Strategi Tian Chua dan seorang lagi anggota MPP N. Gobalakrishnan telah dihalang daripada bertanding jawatan cabang PKR sedangkan mereka mereka bebas bertanding dan berkempen sesuka mereka.
“Hakikatnya, Tian Chua telah menang jawatang ketua cabang di Batu dan Gobalakrishnan pula akan bertanding untuk jawatan ketua cabang di Padang Serai.
“Demikian juga, tiada siapa yang mencegah Zaid untuk tidak mencalonkan diri beliau bagi apa jua jawatan, termasuklah jawatan Presiden parti,” katanya.
Selain itu menurut beliau, pihaknya juga hairan bahawa beliau seringkali membandingkan PKR dengan Umno.
“Walhal tidak ada tolok bandingnya apabila PKR mengemukakan segala pendirian-pendirian yang tidak dipegang Umno.
“Beliau mesti berhenti melakonkan watak “mangsa” untuk meraih simpati dengan cara menjejaskan parti,” katanya lagi.
Lee menambah, daripada mengeluh secara terbuka tentang pemilihan dan merosakkan parti, beliau seharusnya membuat aduan kepada Jawatankuasa Pemilihan Pusat (JPP) bersama perincian yang tepat dari membuat kenyataan meluru berlakunya konspirasi dan taktik curang.
“Kita juga bingung dengan kenyataan Zaid bahawa parti ini menghalang agenda reformasinya sedangkan keputusan parti selalu dibuat secara kolektif  bagi menambah dasar-dasar parti yang progresif dan berteraskan reformasi.
“Zaid seharusnya mengemukakan agenda reformasi beliau tersebut dan patut membentangkannya menerusi pembuatan keputusan parti yang biasa dari memberi petikan-petikan ringkas kepada media massa,” kata Lee lagi.
Lee menambah Zaid sebagai Pengerusi PKR Wilayah Persekutuan dan anggota Biro Politik berada di peringkat tertinggi proses pembuatan keputusan parti.
Maka katanya Zaid mempunyai lebih dari peluang biasa untuk memberi pandangan beliau.
“Zaid harus mengakui bahawa beliau sebahagian daripada kepimpinan parti.
“Maka, beliau tidak dapat mengelakkan daripada tanggungjawab bersama yang termaktub itu dan mestilah menghormati pembuatan keputusan parti,” katanya.
Lee juga menambah PKR ingin menasihati beliau untuk menilai semula apa yang telah dicapai oleh sebagai ejen reformasi di negara ini termasuk pemilihan parti yang menempa sejarah ini yang telah memberi kuasa mengundi yang sama kepada setiap anggota parti tanpa mengira jawatan mereka dan ini merupakan “bukti komitmen kami terhadap reformasi.”
“Dalam ketika kesengitan pemilihan parti, janganlah kita lupa siapa lawan kita yang sebenarnya Umno-BN.
“Dan kami yakin bahawa PKR hanya akan menjadi lebih kuat selepas pemilihan parti yang bersejarah ini,” kata beliau.

No comments:

Post a Comment