Saturday, October 23, 2010

KENYATAAN MEDIA: Biro Politik Parti Keadilan Rakyat

KENYATAAN MEDIA:
22 OKTOBER 2010


Biro Politik Parti Keadilan Rakyat yang bermesyuarat pada 20 Oktober 2010 telah memutuskan untuk mengenepikan keperluan anggota membayar yuran tahunan bagi turut serta dalam Pemilihan Majlis Pimpinan Pusat, Wanita dan Angkatan Muda KEADILAN 2010.

Keputusan ini dibuat atas semangat meraikan demokrasi dalam reformasi satu anggota satu undi yang mula dilihat sewaktu Pemilihan peringkat Cabang-Cabang KEADILAN baru-baru ini.

Diharapkan dengan keputusan ini, anggota-anggota KEADILAN dapat turut sama dalam proses Pemilihan KEADILAN 2010.



SAIFUDDIN NASUTION
SETIAUSAHA AGUNG
~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~

BIRO KOMUNIKASI
PARTI KEADILAN RAKYAT
A-1-09, Merchant Square
No. 1, Jalan Tropicana Selatan 1
47410 Petaling Jaya

Friday, October 22, 2010

Zaid mengaku bukan calon kegemaran

JOHOR BAHRU 22 Okt. – Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Zaid Ibrahim berkata, walaupun beliau bukan calon kegemaran untuk pemilihan kepimpinan parti itu tetapi maklum balas yang diterima daripada ahli adalah baik dan memuaskan.
Beliau yang juga Pengerusi PKR Wilayah Persekutuan berkata, antara tiga calon Timbalan Presiden PKR yang bertanding pada pemilihan November ini, hanya ada seorang calon yang diminati ramai.
“Saya bukan calon kegemaran ramai, calon kegemaran seorang sahaja, itu kamu (media) kena tanya Datuk Seri Anwar Ibrahim, dia tahulah,” katanya pada sidang akhbar, di sini hari ini.
Beliau mengulas peluangnya bertanding jawatan itu bersama dua lagi pencabarnya iaitu Naib Presiden PKR, Azmin Ali dan Ketua Perhubungan PKR Perak, Mustaffa Kamil Ayub.
Pemilihan bagi jawatan tertinggi parti tersebut diadakan pada 31 Oktober hingga 21 November, manakala kongres kebangsaan parti mulai 26 hingga 28 November.
Zaid berkata, beliau tidak kisah pertandingan itu melibatkan tiga penjuru dan menyerahkannya kepada pengundi, selain berharap proses pemilihan akan berjalan lancar.
“Pertandingan lima penjuru pun tidak apa, harap semuanya berjalan lancar dan jangan jadi macam (pemilihan) baru-baru ini (timbul masalah) dari segi pengundian, bilangan undi dan sebagainya,” katanya.
Ditanya adakah kedatangannya ke Johor hari ini untuk berkempen bagi meraih undi, beliau berkata, perjumpaan itu adalah pertemuan biasa kerana ahli PKR negeri mahu berjumpanya.
Sementara itu, ketika berucap, beliau menegur pihak tertentu dalam PKR yang memarahinya kerana tidak membela Anwar dalam kes tuduhan liwatnya yang masih berjalan di mahkamah.
“Bukan tak bela (Anwar), memang ada (bela), perhimpunan dah buat.., doa dah buat, Datuk Seri Anwar telah ada peguam, kita juga kena ingat perkara (isu) lain pun kita (perlu beri perhatian dan) jangan abaikan,” katanya.
Mengenai kegagalan PKR dan Parti Maju Sabah (SAPP) mencapai persetujuan untuk meletakkan calon di Parlimen Batu Sapi, Sabah, beliau kecewa dengan perkara itu.
Jelas beliau, sepatutnya PKR dan SAPP perlu memastikan salah satu daripada parti berkenaan bertanding satu lawan satu dengan Barisan Nasional bagi merebut kerusi Batu Sapi.

Penangguhan Pemilihan KEADILAN di Sabah

KENYATAAN MEDIA
22 OKTOBER 2010



Biro Politik Parti Keadilan Rakyat pada 20 Oktober 2010 telah bersetuju menangguhkan Pemilihan Majlis Pimpinan Pusat, Wanita dan Angkatan Muda KEADILAN di Sabah yang akan dijalankan pada 30 - 31 Oktober kepada
6 - 7 NOVEMBER memandangkan Pilihan Raya Kecil Parlimen Batu Sapi berlangsung pada 4 November.
Ini untuk memastikan seluruh pimpinan, anggota dan jentera KEADILAN Sabah dapat menumpukan pada Pilihan Raya Kecil Parlimen Batu Sapi.
Semua Pemilihan di cabang-cabang yang lain akan berlangsung sebagaimana dijadualkan.

SAIFUDDIN NASUTION
SETIAUSAHA AGUNG

Thursday, October 21, 2010

Sivarasa balas kenyataan Zaid berkenaan PKR dan perbicaraan DSAI

Saya merasa tidak percaya atas serangan terkini Zaid Ibrahim terhadap Parti Keadilan Rakyat (Keadilan).  Kadang-kalanya saya terfikir apakah beliau terlupa yang beliau merupakan anggota Keadilan dan beliau sedang bertanding jawatan Timbalan Presiden.  Adalah menjadi sangat tidak bertanggungjawab, malahan berniat jahat untuk beliau menggambarkan Keadilan sebagai parti dengan satu isu - yang hanya berminat untuk menjuarai Anwar Ibrahim (DSAI) dan perbicaraan beliau yang sedang berlangsung sekarang.
Zaid (gambar kiri) sendiri tahu mitos ini tidak benar dan ianya sesuatu yang hanya biasa dapat kita dengar dari ahli politik UMNO-BN.  Sejak lebih sedekad yang lalu, Keadilan berkembang pesat dan telah memainkan peranan besar dalam membina perikatan Pakatan Rakyat.  Dalam masa yang sama juga Keadilan mengangkat prinsip politik progresif tulen berbilang kaum.  Hal ini telah membawa kepada pembentukan Dasar Bersama Pakatan Rakyat yang kami percaya bakal menimbulkan cabaran kuat terhadap BN pada pilihanraya umum akan datang.
Lagi mengejutkan ialah apabila Zaid menyatakan parti ini tidak mampu membela rakyat hanya kerana Keadilan mempertahankan DSAI.  Sekali lagi, kenyataan Zaid ini merupakan teguran ala UMNO-BN.  Zaid sendiri sebenarnya sudah tahu bahawa parti ini memiliki rekod baik membela rakyat dalam berbagai isu-isu yang melibatkan hak-hak sivil, politik, ekonomi, sosial dan budaya.
Saya (Sivarasa, gambar kanan) amat yakin Zaid pasti sedar bahawa menjamin keadilan untuk DSAI tidak semestinya hanya bermaksud menyediakan pasukan peguambela terbaik.  Tetapi ianya turut melibatkan kempen di luar mahkamah untuk mendedahkan kelicikan Kerajaan yang menggunakan institusi-institusi awam penting untuk menganiaya lawan politik.
Sekali lagi, kenyataan bahawa DSAI telah memiliki barisan peguambela terbaik lantas tidak ada apa lagi yang perlu dibuat - pasti jelas sangat mirip seperti pandangan UMNO-BN, dan sudah tentu teruk apabila ia datang dari mulut seorang pemimpin Keadilan.
Jika beliau tidak tahu, implikasi perbicaraan DSAI sekarang dan dahulu memperlihatkan kepada kita tentang kesemua hal yang salah dengan wajah demokrasi pura-pura UMNO-BN - suatu demokrasi yang membolehkan kerajaan hari ini menggunakan kesemua jentera negara termasuklah kehakiman, polis, pejabat Peguam Negara serta bahkan hospital untuk mereka-reka bukti palsu dan menganiaya lawan-lawan politik UMNO-BN.
Apakah Zaid sudah terlupa, DSAI telah dipenjara selama enam tahun atas tuduhan palsu dan sekarang sekali lagi beliau berdepan dengan nasib yang sama.  Pastilah sangat kejam dan amat tidak mengenang budi untuk Keadilan secara tiba-tiba menggugurkan DSAI di saat parti ini menjadi kekuatan politik negara.
Saya cukup bingung hendak memahami strategi kempen Zaid yang cenderung menegur parti dan kepimpinannya kepada umum secara berterusan - memandangkan Zaid adalah sebahagian daripada kepimpinan Keadilan.  Adalah lebih memanfaatkan sekiranya Zaid memperkuat dan memperjuangkan dasar, proses dan isu-isu Keadilan termasuklah penganiayaan UMNO-BN terhadap DSAI.

*Kenyataan media Sivarasa Rasiah selaku Naib Presiden Keadilan, juga ahli parlimen Subang.

Pemilihan 2010: Tiada bantahan calon presiden, timbalan dan naib

Jawatankuasa Pemilihan Pusat (JPP) PKR tidak menerima sebarang bantahan terhadap calon yang bertanding jawatan presiden, timbalan, naib presiden serta Majlis Pimpinan Pusat (MPP).

Ibu pejabat parti menetapkan 18 hingga 20 Oktober untuk menerima bantahan terhadap calon-calon yang akan bertanding dalam pemilihan PKR mulai hujung bulan ini.

sharifah shahidah, asst. sec-gen pkrManakala tempoh memproses bantahan yang terima ialah pada 21 hingga 23 Oktober ini.

JPP juga tidak menerima sebarang bantahan bagi calon-calon jawatan dalam Angkatan Muda Keadilan (AMK).

Hanya satu bantahan diterima bagi pemilihan Wanita, iaitu terhadap seorang calon yang bertanding untuk Majlis Pimpinan Wanita Pusat.

Timbalan setiausaha agung PKR, Sharifah Shahidah Syed Kamarulzaman (atas, kanan) berkata calon berkenaan didakwa berkempen dengan "mengutuk calon" yang bertanding.

"Saya tidak mahu mendedahkan identitinya. Kita sedang menyiasat bantahan ini kalau ada asasnya," katanya ketika dihubungi Malayskini petang ini.

NONEMenurutnya lagi, ahli parlimen Kuala Langat, Abdullah Sani telah menarik diri daripada bertanding jawatan naib presiden.

Manakala empat orang lagi menarik daripada bertanding jawatan dalam MPP, termasuk ahli parlimen Subang, Sivarasa Rasiah yang akan mempertahankan jawatan naib presiden.

Tiga lagi yang menarik ialah timbalan pengerusi PKR Selangor, Syed Shahir Syed Mohamud; bekas pemimpin Hindraf, K Vashanta Kumar dan calon Ketua Wanita Animah Ferrar.

Sharifah Shahidah berkata selepas tempoh bantahan tamat semalam, secara rasminya Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail (atas, kiri) mengekalkan jawatan presiden tanpa bertanding.

Bagi jawatan timbalan presiden pula, ia akan menyaksikan pertandingan tiga penjuru antara dua naib presiden - Azmin Ali dan Mustaffa Kamil Ayub - serta penyelaras Pakatan Rakyat Datuk Zaid Ibrahim.

azlanManakala 17 calon akan bertanding merebut empat jawatan naib presiden. Selain Sivarasa, antara mereka yang akan bertanding jawatan tersebut ialah ahli parlimen Kuantan Fuziah Salleh, ahli parlimen Lembah Pantai Nurul Izzah Anwar dan ahli parlimen Batu Tian Chua.

Penyandang jawatan ketua AMK Shamsul Iskandar Md Akin pula akan dicabar oleh ahli MPP, Badrul Hisham Shaharin

Jawatan timbalan ketua AMK pula bakal menyaksikan pertembungan dua penjuru antara ketua AMK Selangor Khairul Anuar Ahmad Zainudin dengan ADUN Teja, Chang Lih Kang. Manakala sebelas calon akan bertanding tiga jawatan naib ketua AMK.

Penyandang jawatan ketua Wanita, Zuraidah Kamaruddin yang juga ahli parlimen Ampang, akan dicabar oleh dua calon - Animah Ferrar dan Suraya Sudin.

Manakala penyandang jawatan timbalan ketua Wanita, Rodziah Ismail yang juga exco kerajaan Selangor akan dicabar oleh Asmah Abdul Kadir.

Sembilan calon akan bertanding merebut tiga jawatan naib ketua Wanita. Mereka termasuk ADUN Rawang, Gan Pei Nei dan timbalan speaker DUN Selangor, Haniza Talha.

Sementara itu, Sharifah Shahidah berkata, senarai muktamad calon-calon yang bertanding akan dikeluarkan pada Ahad ini.

Wednesday, October 20, 2010

Azmin dan Saifuddin bidas Zaid, jangan bawa propaganda Umno...Zaid kena masuk kelas peralihan ni...!!


Azmin menuduh bahawa Zaid bercakap menggunakan bahasa Umno

 Calon timbalan presiden Azmin Ali mendakwa pesaingnya Datuk Zaid Ibrahim mengamalkan pendekatan propaganda Umno ekoran kenyataan beliau kelmarin bahawa Parti Keadilan Rakyat (PKR) hanya bergerak atas isu tunggal — Datuk Seri Anwar Ibrahim. “Saya nak bertanya Zaid, mengapa beliau bercakap menggunakan bahasa Umno?” kata Azmin kepada The Malaysian Insider mengulas tulisan Zaid dalam blognya kelmarin.
“Ini adalah kedudukan yang diambil Umno sejak hari pertama (Anwar dipecat pada) 1998, mengatakan bahawa Keadilan adalah parti yang hanya berpusatkan (kepentingan) Anwar,” kata beliau yang memperoleh pencalonan tertinggi pada pemilihan PKR kali ini.
Dalam tulisan terbarunya, Zaid yang juga Pengerusi PKR Wilayah Persekutuan berkata, PKR perlu diacuankan untuk menjadi sebuah “kekuatan politik yang tulen, sebagai sebuah kekuatan yang boleh dijadikan sandaran rakyat dan rakan-rakan dalam pakatan dalam usaha membentuk masa depan yang lebih baik.”
Oleh itu kata beliau, pemilihan ini — yang julung kali berlandaskan sistem pemilihan langsung — adalah penentu masa depan parti dan negara.
“Kita perlu terlebih dahulu memperbaiki diri kita sebelum kita boleh memikirkan soal memperbaiki negara.
“Kita perlu meletakkan diri sebagai pemimpin dalam Pakatan Rakyat, menjadi pentas yang kukuh bagi orang ramai dan mengemudi Pakatan bagi memenangi PRU-13 nanti.
“Kewujudan kita harus menguntungkan rakan-rakan dalam Pakatan Rakyat dan bukannya hambatan. Kita perlu memperjuangkan keadilan untuk Datuk Seri Anwar Ibrahim, namun pada masa yang sama juga terdapat banyak ketidakadilan yang menimpa rakyat negara ini yang memerlukan perhatian kita,” kata beliau.
Zaid menambah, rakyat rata-rata mendesak mahukan keadilan ekonomi dan keadilan sosial dan hak supaya diberi layanan dengan hormat dan bermaruah mengikut kedaulatan undang-undang.
“Kita tidak patut menurunkan darjat parti ini menjadi sebuah parti yang memperjuangkan hanya satu isu. Hal ini tidak adil bagi mereka yang ingin kita wakili.
“Kita bukan sahaja sebuah parti ‘reformasi’, sebagai nama bagi sebuah gelombang di hujung 1990-an, tetapi juga sebuah parti yang menuntut refromasi tulen dan sanggup untuk mereformasi diri,” kata bekas pemimpin Umno ini yang menyertai PKR pertengahan tahun lalu.
Azmin, yang juga Naib Presiden PKR menekankan bahawa partinya tidak pernah berpusatkan isu Anwar meskipun ia berjuang memastikan perbicaraan yang adil bagi Ketua Umum Pakatan Rakyat itu, yang kini berhadapan dengan kes liwat kedua dalam tempoh 12 tahun ini.
“Keadilan tidak pernah bertindak sebagai parti berpusatkan Anwar. Pandangan bahawa Keadilan adalah parti berpusatkan Anwar adalah propaganda Umno,” kata Azmin.
“Ya, kami berjuang untuk keadilan bagi Datuk Seri Anwar pada 1998, 1999, tetapi sudah pasti PKR bukan merupakan parti berpusatkan Anwar kerana kami juga bercakap mengenai agenda reformasi,” katanya.


Saifuddin turut berbeza dengan pandangan Zaid.
Azmin menekankan bahawa pemimpin-pemimpin parti tidak harus mengulangi fitnah satu dekad Umno terhadap PKR. “Pemimpin-pemimpin parti tidak harus membuat kenyataan yang dibawa oleh umno sejak 10, 12 tahun lalu,” kata Ahli Parlimen Gombak ini.
“Sebagai pemimpin kanan parti, kami tidak akan jatuh dalam perangkap Umno.
“Menjadi keyakinan saya dan keyakinan ahli-ahli parti bahawa ini adalah parti reformasi,” tambah beliau.
Azmin berkata, penggubalan Akta Kebebasan Maklumat oleh kerajaan negeri Selangor dan pendiriannya partinya mempertahankan hak peneroka Felda adalah bukti PKR memperjuangkan prinsip demokrasi, yang sudah pasti berbeza daripada isu Anwar.
“Kami memperkenalkan Akta Kebebasan Maklumat. Ia tiada kaitan dengan Anwar,” katanya.
Seorang lagi calon jawatan timbalan presiden ialah Mustaffa Kamil Ayub.
Dalam pada itu, Setiausaha Agung PKR Saifuddin Nasution Ismail memperlihatkan nada yang seiring dengan pendirian Azmin sambil menekankan, kenyataan-kenyataan Zaid menggambarkan pemikiran tipikal yang dibawa Umno selama ini.
“Ini fikiran tipikal Umno sejak 12 tahun lalu. Untuk mengatakan PKR hanya berjuang demi kepentingan Anwar (seorang), ia sebahagian daripada usaha mereka cuba membuatkan orang ramai percaya perkara ini,” kata Saifuddin.
Ahli Parlimen Machang ini memberitahu, partinya berdiri teguh bersama Anwar sebab pendirian beliau memperjuangkan keadilan adalah simbolik membawa matlamat yang lebih besar.
“Saya tidak bersetuju dengan Zaid. PKR mempertahankan Anwar kerana layanan tidak adil yang beliau lalui 12 tahun lalu... ketidakadilan di mana beliau dipenjarakan, beliau dipukul, dan bagaimana beliau melalui perbicaraan... kesemua ini adalah gambaran kemusnahan institusi-institusi negara,” katanya lagi.
“Kami berjuang bagi Anwar sebagaimana kami berjuang untuk Teoh Beng Hock, Kugan dan Aminulrasyid Amzah,” kata Saifuddin.
Justeru kata beliau, keputusan pilihan raya umum 2008 yang menyaksikan BN dinafikan majoriti dua pertiga di Parlimen adalah bukti rakyat percaya pada perjuangan PKR.
“Rakyat mengundi PKR, Pakatan kerana mereka tidak percaya cara BN menguruskan negara. Jadi, bagaimana anda boleh mengatakan yang PKR hanya berjuang untuk Anwar,” kata beliau lagi.

Ps : Mereka adalah BEKAS PELAJAR SEKOLAH POLITIK UMNO....jadi kena faham2 lah...pilihlah yang terbaik dari yang baik.......!!!

Pemilihan MPP KEADILAN 2010: Percaturan Sudah Bermula



Oleh Hamdan M. Salleh   
pemilihan-PKRPemilihan KEADILAN 2010 nampaknya semakin mendapat perhatian, baik yang positif mahupun negatif. Akhbar Sunday Star tanggal 17 Oktober menjadikannya berita utama muka depan. Sinar Harian sejak daripada MATC memberi kolum dan ruang khusus untuknya.

Malah media cetak yang dipersepsikan pro-BN seperti Utusan Malaysia dan Berita Harian serta New Straits Times turut berminat. Begitu juga warkah Cina dan Tamil memberi ruang membincangkan Pemilihan KEADILAN.
Media baru seperti Malaysiakini, MalaysianInsider malah media sesawang kelolaan Raja Petra, Malaysia Today amat jelas berminat dengan proses ini. Para blogger seperti biasa  mengeluarkan pelbagai analisa dan kisah hebat tentang apa yang berlaku.

Tentunya proses yang berlaku dalam KEADILAN ini suatu perkembangan yang besar dan menarik minat. Mengapa? Kerana proses Pemilihan KEADILAN ini unik dek kerana uniknya parti ini.

Ini perlu diakui, unik tidak bermakna semuanya baik-baik sahaja. Unik juga tidak membawa maksud semuanya negatif semata-mata. Keunikan ini terhasil dari pelbagai peristiwa yang berlaku dalam KEADILAN. Positif dan negatif. Itu maksud unik.

Jadi bila artikel ini serta artikel-artikel terdahulu mengatakan bahawa KEADILAN itu parti yang unik, bukanlah kerana ingin memuji KEADILAN semata-mata.

Tanggal 16 Oktober menamatkan spekulasi tokoh-tokoh mana yang akan menawarkan diri sejak bermulanya Mesyuarat Agung Tahunan Cabang (MATC). Sudah jelaslah siapa yang bersedia untuk bertanding sama ada dari peringkat Timbalan Presiden, Naib Presiden, Ketua Wanita dan AMK serta dua puluh kerusi Majlis Pimpinan Pusat (MPP).

Sejumlah 26 jawatan utama yang akan dipilih oleh semua ahli KEADILAN. Pemilihan MPP nampaknya turut menarik minat ramai hingga menyaksikan 135 tokoh telah disahkan bertanding apabila tempoh penamaan calon tamat pada 16 Oktober tersebut.

Terdapat juga pelbagai kejutan apabila melihat senarai nama mereka yang bertanding. Seperti dijangka jawatan Presiden yang disandang oleh Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail tidak dipertandingkan apabila tiada yang mencalonkan diri.

Kerusi panas Timbalan Presiden yang layak ditandingi oleh tujuh calon pula hanya menyaksikan pertandingan tiga penjuru. Kerusi Naib Presiden yang menawarkan tiga tempat pula menampakkan ramai peminat terutama tokoh-tokoh yang merasakan sudah sampai masa mereka “naik pangkat” dalam parti itu. Sembilan belas calon pelbagai peringkat dan golongan telahpun menawarkan diri untuk jawatan itu.

Inilah pusingan kedua proses Pemilihan KEADILAN 2010. Proses pertama tamat apabila tamatnya proses pengundian pimpinan Cabang serta selesainya MATC pada pertengahan Oktober 2010.

Pusingan pertama nampaknya dihiasinya dengan adegan penuh warna-warni. Banyak persepsi berubah bila tamatnya proses pertama tempoh hari. Negatif dan positif. Ada yang baik, ada yang buruk. Persepsi itu biasa dalam politik kerana dalam politik persepsilah memenangkan sesebuah parti politik.

Inilah masanya KEADILAN memperbaiki apa yang tidak kena sewaktu proses pemilihan Cabang serta pencalonan tertinggi. Itu perkara biasa. Semua perlu maklum kerana pemilihan Satu Ahli Satu Undi pertama kali berlaku di Malaysia.

Tentunya berlaku masalah dan mesti diperbaiki. Masalah-masalah seperti pergaduhan kecil, pencalonan tidak sampai, senarai keahlian tidak lengkap, masalah pengurusan proses mengundi dan tentunya ketelusan JPP perlu diambil perhatian serius.
Isu-isu negatif ini jika berulang sewaktu pengundian pimpinan tertinggi kali ini akan memberi impak negatif yang serius kepada keahlian. Itu sudah pasti. Oleh itu, Jawatankuasa Pemilihan parti (JPP) yang bertindak sebagai SPR KEADILAN perlulah melihat rungutan-rungutan sewaktu pengundian tempoh hari kerana nama baik dan survival KEADILAN amat penting untuk dipelihara.

Tiada guna seseorang tokoh itu memenangi jawatan dalam Pemilihan KEADILAN 2010 ini jika ia dipersepsikan sebagai tidak telus dan berintigriti . Amaran calon Timbalan Presiden, Azmin Ali yang menyatakan bahawa pimpinan tertinggi akan bertindak terhadap calon-calon yang tidak telus, menggunakan taktik kotor serta politik wang dalam berkempen amat kena masanya.

Begitu juga cadangan Mustaffa Kamil Ayub yang meminta diadakan sistem cap jari serta diwajibkan calon mengemukakan penyata belanjawan kempen. Ini juga perlu dijadikan peraturan agar pemilihan bukan sahaja nampak bersih tetapi memang telus dan berintegriti. Pelbagai rungutan dari tokoh-tokoh lain yang bertanding seperti Zaid Ibrahim dan Gobalakrishnan juga perlu diambil perhatian dan jangan dianggap seperti pepatah “membuka pekung di dada”.

Inilah peluang JPP membuktikan ketelusan dalam mengendalikan pengundian dalaman. Ingat juga bahawa SPR acap kali dikritik oleh kEADILAN. Justeru itu, buktikanlah bahawa JPP Pemilihan KEADILAN 2010 lebih telus dan beringriti dari SPR itu sendiri. Ketelusan JPP akan mengubah persepsi semua dan semestinya satu yang penting ke arah demokrasi tulen yang dicanang KEADILAN.

Berbalik kepada PEMILIHAN KEADILAN 2010. Perebutan jawatan Timbalan Presiden adalah seperti dijangka. Walaupun tujuh yang layak, cuma tiga yang akan bertanding. Dua Naib Presiden, Azmin dan Mustaffa serta Datuk Zaid Ibrahim memang telah dijangka. Apa yang tidak terjangka adalah Tan Sri Khalid Ibrahim.
Agak mengejutkan apabila beliau tiba-tiba menawarkan diri sebaik sahaja memenangi pertandingan Cabang Keluar Selangor. Tambah mengejutkan juga bila beliau tidak pula menghantar borang pencalonan. Maknanya beliau tidak mahu bertanding merebut jawatan Timbalan Presiden.

Tentunya ada calon Timbalan Presiden yang menarik nafas lega memandangkan semua sedia maklum pengaruh Tan Sri Khalid di Selangor dan Sarawak. Keputusan Nurul Izzah Anwar untuk tidak merebut jawatan Timbalan Presiden juga adalah satu langkah yang baik.

Bayangkan sekiranya beliau menang. Peluru yang baik untuk parti lawan. Tentunya orang berkata bapanya ketua umum, ibunya Presiden dan beliau Timbalan Presiden. Memang tidak salah, malah bukan Nuruk Izzah tidak layak walaupun masih muda. Namun politik adalah satu persepsi. Apa persepsi orang lain perlu diambil kira.

Perebutan jawatan Timbalan Presiden tentunya di atas kertas akan memenangkan Azmin Ali. Dari sudut pencalonan, popularitinya serta kelebihan-kelebihan lain yang jelas memihak kepada beliau.

Namun, dua calon lain juga mempunyai kelebihan tersendiri. Jika kesetiaan dan senioriti jadi sandaran, Mustaffa Kamil dilihat lebih baik peluangnya. Datuk Zaid walaupun masih baru, profilnya tinggi dan dikenali.

Kelebihan Azmin adalah beliau dilihat orang kanan Datuk Seri Anwar Ibrahim. Penentu kemenangan mungkin terletak di Selangor yang mana ahli KEADILAN paling ramai di situ. Peratus keluar mengundi juga paling tinggi di Selangor.

Kelebihan Azmin Ali sebagai Pengerusi Pimpinan Negeri Selangor bukan penentu. Ini kerana Datuk Zaid Ibrahim dan Mustaffa Kamil juga bermastautin di Selangor. Datuk Zaid sendiri calon Pakatan Rakyat sewaktu Pilihan Raya Kecil Hulu Selangor tempoh hari. Sudah tentu beliau sudah ada tapak di Selangor.

Aspek lain yang juga perlu diambil kira adalah undi ahli-ahli dari kaum  India. Mengapa? Pertamanya Kaum India dalam KEADILAN adalah seramai 100,000 orang. Satu jumlah yang signifikan.

Faktor kedua yang amat penting adalah peratus keluar mengundi kaum India adalah 60 peratus iaitu kira-kira 60,000 ahli. Pengundi Melayu walaupun jumlahnya sekitar 250,000, peratus keluar mengundi tempoh hari cuma 20 peratus iaitu sekitar 50,000 ahli.

Tambahan pula majoriti ahli dari kaum India datang dari Cabang-cabang di Selangor seperti Hulu Selangor, Kapar, Hulu Langat, Kuala Langat, Kota Raja dan Selayang.

Tentu sekali calon-calon Timbalan Presiden perlu juga menjenguk calon-calon Naib Presiden, Wanita, AMK serta MPP. Dalam keadaan sistem Satu Ahli Satu Undi adalah mustahil calon-calon ini mampu bergerak secara bersendiri.

Tempoh satu bulan ini memerlukan setiap calon Timbalan serta yang lain perlu mencari gandingan masing-masing. Malah, pemilihan peringkat Cabang yang telah dilaksanakan turut menyaksikan kaedah ini dilaksanakan.

Adalah bukan rahsia terdapat calon di peringkat Naib Presiden, Wanita, AMK serta MPP dikaitkan sebagai “orang Azmin” dan “orang Mustaffa Kamil”. Malah ada penganalisis menyatakan bahawa Mustaffa Kamil sendiri mewakili proksi Abim dalam KEADILAN.

Namun jika dilihat secara teliti, Mustaffa Kamil bukanlah mewakili proksi ini. Sokongan kepada beliau menjangkau melepasi kepompong itu.  Malah Yaakob Sapari yang datang dari Abim sendiri jelas meletakkan sokongan kepada Azmin Ali.

Begitu juga jika kita sorot sokongan terhadap Azmin yang rata-rata dikatakan ditunjangi oleh mereka yang Umno. Sivarasa dan Dr Xavier yang turut menyokong Azmin tentunya bukan bekas Umno. Zaid mungkin lebih sesuai dilabelkan sebagai bekas Umno. Tetapi sokongan terhadap beliau nampaknya bukan kerana atas tiket itu.

Tujuh belas calon Naib Presiden yang telah sah bertanding pula nyata pelbagai. Tokoh-tokoh Selangor seperti Yahya Sahri, S Manikavasagam, R Sivarasa, Dr Xavier dan Abdullah Sani Abdul Hamid tentunya mempunyai kelebihan.

Wanita pula mungkin memilih sama ada Fuziah Salleh atau Nurul Izzah. Ahli-ahli KEADILAN di sabah dan Sarawak tentunya terfikir untuk memilih “orang mereka” seperti  Ansari Abdullah, Baru Bian, Dominique Ng dan Jimmy Donald.

Tokoh-tokoh yang lama berbakti seperti N Gobalakrishnan, Tian Chua serta Mansor Othman juga mempunyai kelebihan tersendiri. Golongan muda pula selain mempunyai Nurul Izzah sebagi pilihan, turut akan memberi undi kepada Yusmadi Yusoff dan Jonson Chong.

Calon kurang mendapat publisiti seperti Suresh Kumar juga tidak boleh dipandang sepi atas kapasiti beliau mewakili kaum India yang majoriti keluar mengundinya tinggi.

Pertandingan di peringkat AMK dan Wanita juga nampaknya agak mudah untuk dilihat. Peringkat AMK terutamanya adalah persaingan dua tokoh anak muda.
Shamsul Iskandar sebagai penyandang akan berhadapan secara satu lawan satu dengan Badrul Hisham Shaharin yang lebih dikenali dengan nama CheGuBard. Pasukan Reformasi yang diketuai oleh Rafizi yang terlebih dahulu menawarkan diri nampaknya telah menarik diri pada saat-saat akhir. Hasmi Hashim yang pada mulanya turut berkira-kira untuk menawarkan diri juga tidak bertanding kali ini.

Namun, apa yang penting kali ini adalah keperluan AMK untuk distruktur dan diperkasa semula. AMK juga perlu lebih aktif terutama dalam menghadapi pilihan raya umum akan datang. Atas sebab itu, walau siapa yang menang perlu sama-sama berganding bahu dengan yang tewas untuk lebih memperkasa anak muda KEADILAN.

Wanita pula menyaksikan calon pilihan dan penyandang, Zuraida Kamaruddin mempunyai kelebihan terhadap dua pencabar beliau iaitu orang lama Animah Ferrar dan orang baru Dr Suraya Sudin.

Kelebihan Zuraida adalah beliau nampaknya disokong oleh pimpinan Wanita secara total. Walaupun demikian, dalam sistem Satu Ahli Satu Undi ini apa pun boleh berlaku.

Sokongan kepada mereka yang bertanding ini juga mungkin berubah sekiranya mereka ini membuat pakatan dengan salah satu calon Timbalan Presiden atau sebaliknya. Keberangkalian seperti ini mungkin berlaku. Makin tinggikah peluang Azmin Ali umpamanya sekiranya beliau memilih Fuziah Salleh, R. Sivarasa dan Mansor sebagai rakan sepasukan dalam Naib Presiden, Zuraidah di Wanita serta Shamsul Iskandar di AMK?

Apa pula reaksi ahli yang mengundi sekiranya Mustaffa Kamil bergandingan dengan Gobalkrishnan, Yahya Sahri dan Tian Chua (Naib Presiden), CheGuBard (AMK) dan Dr Suraya (Wanita)?

Lain pula sekiranya Zaid berpakat dengan Nurul Izzah, Jonson Chong, Dominique Ng atau Ansari Abdullah (Naib Presiden).
Semua itu memainkan peranan menentukan sokongan. Jangan lupa juga siapakah pilihan para penyokong Tan Sri Khalid Ibrahim pula? Semua ini perlu diberi perhatian oleh mereka yang bertanding kali ini.

Perkiraan ini semuanya akan terjawap dalam tempoh 29 Oktober hingga 21 November 2010 akan menjadi penentu siapakah menjadi pilihan ahli-ahli KEADILAN.
Sejumlah 218 Cabang termasuk 13 Jawatankuasa Penaja akan mengadakan pengundian secara berperingkat. Tentunya Kongres Tahunan yang bakal diadakan pada 26 hingga 28 Novenber akan menyaksikan barisan kepimpinan baru KEADILAN yang mereka harapkan akan menjadi pasukan yang cukup mantap dalam menghadapi Pilihan Raya Umum ke-13 nanti.

Walau apa pun dan walau siapa pun yang menang, adalah penting untuk KEADILAN memastikan proses pemilihan yang unik dan bersejarah ini berjalan dengan penuh telus, berintegriti dan dalam suasana persaingan yang sihat.


Hamdan Datuk Mohd Salleh merupakan ahli akademik dan mantan Ketua Jabatan Sains Sosial di Univerisiti Industri Selangor (Unisel) yang mengkhusus dalam bidang sains politik. Kini beliau sedang menyiapkan tesis Doktor Falsafah yang mengkaji KEADILAN sebagai sebuah parti politik oposisi di Malaysia. 

Tuesday, October 19, 2010

Zaid Bodoh.., Lu Ingat PKR Berjuang Untuk Anwar Saja Ke??




'Jangan turunkan darjat perjuangkan Anwar saja'


PKR tidak patut menurunkan darjat parti itu menjadi sebuah parti yang hanya memperjuangkan keadilan isu Datuk Seri Anwar Ibrahim kerana ia tidak adil bagi rakyat yang ingin diwakili, kata calon timbalan presiden Datuk Zaid Ibrahim.

"Kita bukan sahaja sebuah parti 'Reformasi', sebagai nama bagi sebuah gelombang di hujung 1990-an, tetapi juga sebuah parti yang menuntut reformasi tulen dan sanggup untuk mereformasi diri.

"Saya menitikberatkan masa depan proses perubahan," kata Zaid (kiri).

Katanya, PKR harus menguntungkan rakan-rakan mereka dalam Pakatan Rakyat dan bukannya menjadi satu "hambatan".

"Kita perlu memperjuangkan keadilan untuk Datuk Seri Anwar Ibrahim, namun pada masa yang sama juga terdapat banyak ketidakadilan yang menimpa rakyat negara ini yang memerlukan perhatian kita.

"Rakyat rata-rata mendesak mahukan keadilan ekonomi dan keadilan sosial dan hak supaya diberi layanan dengan hormat dan bermaruah mengikut kedaulatan undang-undang," katanya bekas menteri yang juga penyelaras Pakatan Rakyat itu.

Matlamat dan asas perjuangan politik PKR 

Saturday, October 16, 2010

Pemilihan 2010 : Patuhi Etika, Perjelas Agenda

Alhamdulillah selesai sudah Proses Penerimaan Pencalonan bagi Pemilihan KEADILAN 2010. Kelihatan semuanya berjalan dengan baik dan lancar hasil daripada komitmen Sekretariat Pemilihan dan calon-calon yang bersikap profesional. Nyatanya ini satu berita buruk buat musuh kerana tiada berita negatif yang boleh mereka muatkan dalam berita esok!


Ruang yang disediakan KEADILAN melalui kaedah demokratik ’1 Anggota 1 Undi’ ini harus dimanfaatkan semua dengan penuh tertib dan sopan. Menjadi tanggungjawab semua calon untuk mematuhi etika pemilihan dan menjelaskan agenda mereka kepada ahli dan rakyat umumnya. Kalangan anggota, ruang pemilihan harus disahut untuk memperkemaskan KEADILAN untuk menghadapi PRU-13 yang dijangka berlaku tahun hadapan.

ANWAR IBRAHIM

Keputusan penuh Pencalonan untuk Pemilihan PKR 2010

Setelah selesai pencalonan, seramai 19 orang telah menawarkan diri untuk merebut 4 jawatan Naib Presiden. Manakala seramai 135 orang merebut 20 jawatan dalam Majlis Pimpinan Pusat.
Senarai penuh boleh dilihat disini. Pemilihan MPP.
Wanita juga menyaksikan pertandingan bagi setiap jawatan. Rodziah Ismail yang agak selesa disebelah pagi dikejutkan dengan kemasukan Hasmah Abd Kadir untuk merebut jawatan Timbalan Ketua Wanita.
Senarai penuh Wanita boleh dilihat disini. Pemilihan wanita.
Tapi dimana barisan Generasi Reformasi? apakah sudah diserapkan kedalam barisan Shamsul Iskandar?
Boleh lihat senarai AMK disini. Pemilihan AMK

Timbalan: Pertandingan 3 penjuru - Azmin, Zaid, Mus


Persaingan merebut jawatan nombor dua PKR adalah pertandingan tiga penjuru membabitkan naib presiden parti itu, Azmin Ali, ketua Wilayah Persekutuan, Datuk Zaid Ibrahim dan ketua perhubungan negeri Perak, Mustaffa Kamil Ayub.
Azmin yang juga adalah ketua perhubungan negeri Selangor, merupakan calon pertama mengemukakan borang penerimaan pencalonan.
"Pada tepat jam 11.05 pagi tadi, dengan penuh keinsafan, saya menerima pencalonan sebagai timbalan presiden.

"Saya berharap anggota terus memberi sokongan dan selepas pemilihan ini parti (kita) akan lebih kuat, anggota menjadi matang, demokrasi akan terus subur dan reformasi ditegakkan di Putrajaya," katanya.
Turut berada di atas pentas, adalah exco Selangor Dr Xavier Jayakumar yang menyokong Azmin. Beliau pula pula menawarkan diri untuk bertanding naib prtesiden.
Zaid yang sejak awal pagi mengesahkan bahawa beliau akan bertanding menerusi blognya dan kemudiannya menghantar wakil untuk mengemukakan penerimaan pencalonannya.
Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim dan puteri reformasi PKR yang juga ahli parlimen Nurul Izzah Anwar yang sebelum ini disebut-sebuat akan bertanding, bagaiamanapun tidak berbuat demikian.
Nurul Izzah yang juga anak ketua umum PKR dan presiden parti itu kemudiannya mengumumkan bahawa beliau akan bertanding merebut satu daripada empat jawatan naib presiden.
Puteri reformasi itu berkata, beliau menolak pencalonan bagi timbalan presiden dan memilih bertanding jawatan nombor tiga itu disebabkan keterbatasan dan ruang yang beliau ada.
"Saya mahu membudayakan politik harapan dan pembebasan dan memperkukuhkan asas-asas demokrasi parti dalam usaha memperkasakan suara dan semangat generasi muda,"katanya dalam satu sidang media selepas menghantar borang pencalonannya.

Ditanya mengapa beliau tidak betanding untuk jawatan timbalan, sedangkan beliau layak berbuat demikian, Nurul Izzah berkata:

"Semua calon yang bertanding layak akan membuat sedaya mungkin untuk memmbantu memperkukuhkan parti.
"Dalam ruang dan keterbatasan yang saya, ada, saya fikir inilah (bertanding naib presiden) jalan terbaik untuk saya buat masa ini. Yang penting adalah kesetiaan dan perjuangan parti dan terus mempromosi politik harapan dan pembebasan demi memastikan Malaysia dijauhkan daripada politik kebencian dan perkauman".
Perjuangan reformasi
Sementara itu, Mustaffa Kamil Ayub yang berulang kali berkata tidak akan menarik diri mengotakan janjinya untuk bertanding jawatan timbalan presiden.
Beliau menyerahkan borang tawarannya itu kira-kira jam 12.50 pagi di ibu pejabat parti.
"Saya tawarkan diri untuk berkhidmat dengan parti kerana saya yakin demokrasi ada dalam parti.

"Saya akan meneruskan agenda kepimpinan dan kekuatan dalam parti sehingga ia terus diyakini," katanya dalam ucapan selepas mengemukakan penawarannya.

Menurutnya lagi, beliau mempertaruhkan segala pengalaman beliau sewaktu memimpin pertubuhan belia Islam dan selaku bekas setiausaha politik Tan Sri Muhyiddin Yassin untuk meneruskan perjuangan reformasi.

Tambahnya, beliau menawarkan politik baru yang menekankan politik nilai yang berteraskan profesionalisme dan menolak politik perkauman.
Sementara itu, Datuk Zaid Ibrahim yang tiba kemudian, dalam ucapannya berkata ahli parti perlu diberi kesedaran terlebih dahulu sebelum parti bercakap tentang perubahan dan transformasi.

"Ia perlu untuk menjayakan harapan kita yang terpendam... Dengan itu saya minta ahli dan penyokong tumpu dalam pemilihan dengan kempen yang sihat.
Ganyang BN

"Jangan mereka-reka cerita, jangan laga-lagakan sesama kita, kita mahu kesatuan yang kukuh. Itu sahaja yang boleh ganyang BN," katanya.

Katanya, parti ini bukan parti untuknya, tapi parti untuk rakyat.
Ahli parlimen Batu, Tian Chua, yang juga merupakan bekas naib presiden PKR telah memilih untuk tidak bertanding jawatan timbalan presiden meskipun telah mendapat lima pencalonan.
Beliau juga seperti Nurul Izzah, akan merebut jawatan naib presiden.

Semua calon mempunyai masa sehingga jam 6 petang tadi untuk mengesahkan sama ada mereka menerima pencalonan untuk bertanding jawatan masing-masing. 24 Oktober ini telah ditetapkan sebagai tarikh pengumuman calon yang sedia bertanding.

Penerimaan pencalonan dibuka mulai jam 10 pagi ini di luar pusat pencalon yang ditubuhkan di ibu pejabat parti di Tropicana, Kuala Lumpur.

Suasana sejak pagi dilaporkan bagaikan pesta dengan lima kanopi besar dipasang untuk proses pengambilan borang penerimaan calon.

Sejak beberapa hari kebelangkangan ini, terdapat usaha sengit bagi mengatur percaturan dalam usaha menentukan kepimpinan PKR.

Jawatan naib presiden juga dijangka amat sengit dengan hampir 30 calon yang layak bertanding meskipun ramai dijangka akan mengundurkan diri.

“Hari penerimaan calon Pemilihan Pimpinan PKR. 252 dicalonkan untuk pelbagai jawatan. Ramai akan tarik diri. Tentu ada memeranjatkan,” kata timbalan presiden PKR Syed Husin Ali yang tidak akan mempertahankan jawatannya menerusi tweeter.
AMK: Shamsul nafi 'u-turn'
Bagi kerusi Pemuda - AMK, - ketuanya sekarang Shamsul Iskandar Mohd Akin juga akan mempertahankan jawatannya.
Shamsul sebelum ini dikatakan berminat menjawat jawatan lebih tinggi dalam PKR tetapi menukar hasratnya kerana dipercayai sedar bahawa peluangnya agak tipis.
"Ada banyak media kata saya u-turn, tapi saya bukan u-turn, ini tafsiran media.

"Saya takde u-turn, saya cuma sampai satu T-junction, boleh pusing ke kanan atau kiri," kata Sahmsul yang cuba berkias.

"Kalau pusing kanan, saya tahankan jawatan ketua AMK, kalau kiri, saya tanding naib presiden. Jadi saya sekarang pergi kanan," katanya.

Menurutnya, semua calon bertanding atas semangat setia kawan dan keputusannya itu dibuat demi kepentingan parti dan bukannya peribadi.
Ditanya sama ada tindakannya itu dilihat tidak adil kepada Chegubard, Shamsul berkata: “kita semua mempunyai peluang yang sama.”

Shamsul akan dicabar oleh Badrul Hisham Shahrin, yang lebih dikenali sebagai Chegubard.
Sementara itu, dua lagi calon yang disebut-sebut sebelum ini untuk turut bertanding bagi jawatan penting itu, iaitu Rafizi Ramli dan Hasmi Hashim dilaporkan menarik diri.

Setakat ini, mereka belum membaut penjelasan tetapi dipercayai kerana 'arahan' daripada pemimpin atasan PKR.
Senarai calon yang telah mengesahkan penerimaan pencalonan

Presiden

Dr Wan Azizah Wan Ismail

Timbalan presiden


Azmin Ali
Zaid Ibrahim
Mustaffa Kamil Ayub
Naib presiden (17 calon untuk 4 jawatan)
Abdullah Sani Abdul Hamid
Ansari Abdullah
Baru Bian
Dominique Ng
Fuziah Salleh
N Gobalakrishnan
Jimmy Donald
Jonson Chong
S Manikasavagam
Mansor Othman
Mohd Yahya Sahri
Nurul Izzah Anwar
R Sivarasa
Suresh Kumar Ramachandran
Tian Chua
Dr Xavier Jayakumar
Yusmadi Yusoff
Ketua AMK

Shamsul Iskandar Md Akin
Badrul Hisham Shaharin
Ketua Wanita
Animah Ferrar
Suraya Sudin
Zuraida Kamaruddin

Majlis tertinggi (111 calon untuk 20 jawatan)

Abang Zulkifli Abang Engkeh
Abbas Awang
Abdul Rahman Yusof
Abdul Halim Hussain
Abdul Latif A Tambi
Abdul Malik Abdul Kassim
Abdul Manan Othman
Abdul Razak Mohamed Jalil
Abdul Wahab Ibrahim
Ahmad Jufliz Faiza
Alinah Dompong
Aminuddin Harun
Amran Abd Ghani
Andonny Pilit @ Anthony Biri Mandia
Animah Ferrar
Azan Ismail
Azizan Jamaludin
Azman Abidin
Badrul Zaman PS Md Zakariah
Baharuddin Arif Siri
Beti @ Mohd Said Gapor
Chai Tong Chai
Cheah Kah Peng
Christina Liew
Christopher Kyu
Dominique Ng
Dr Mahendran V Markandoo
Dr Noraini @ Ahmad Faidhi Saidi
Dr R Krishnamoorthy
Dr Tan Kee Kwong
Elizabeth Wong
Fariz Musa
Francis Sebastian
George Chen Nyuk Fa
Felicia Ling
Gurmit Singh Hullon
Haniza Talha
Harbajan Kaur
Hasnah Hashim
Hassan Karim
Hee Loy Sian
Ismail Yusop Ahli
Jalumin Bayagoh
Johari Abdul
John Antau Anak Linggang
Josephy Wilfred
Juliana Jusit
Kalakau Untol
Kamal Badri Tak M Zainudin
Khalid Jaafar
Khew Kim Poo
Ko Chu Liang
Krishnasamy Punusamy
Kotappan Suppiah
Latheefa Koya
Low Chee Chong
MS Arjunan
M Mathialagan
Manikumar Subramaniam
Mat Shuhaimi SMd Yusof Saad
Md Shah Amin
Mohd Nazar Mohd Yakain
Mohd Annuar Mohd Salleh
Mohd Izwan Hafiz Othman
Mohd Roslan Puteh Ahli
Mohd Yatim Ismail
Muhamad Kamel Yassin
Murali Subramaniam
Mustapha Kamal Mohd Yusoff
Muzaffar Shah Khairuddin
Nik Mahmood Nik Hassan
Nicholas Bawin
Nordin Ismail
Ong Khan Lee
Onn Abu Bakar
Pajudin Nordin
Ponnusamy Nagamuthu
Pui Aen Du
Punusamy Govindasamy
Radzali Mokhtar
Ravi Munusamy
Rohani Bakar
Roland Chia
Rozaini Mohd Rosli
S Kesavan
Salma Ismail
Selvarajan Rathinam
Shanmugam Rengasamy
Sharifuddin Budin
Sivam Veeramuthu
Siti Aishah Shaik Ismail
Suhaimi Mohd Nor
Sulaiman @ Suhaimi Said
Suraya Sudin
Syed Hamid Ali
Syed Shahir Syed Mohamud
Tai Sing Ng
Thuraiyah Abd Aziz
Tuan Zamri Ariff
Vasantha Kumar Krishnan
Wan Salleh Wan Isa
Wan Zainal Abidin Wan Senusi
Yaakob Sapari
Yusmadi Yusoff
Zabadi Abbas
Zahari Mamat
Zainon Jaafar
Zakaria Abd Hamid
Zakaria Abdul Rahim
Zamri Yusuf

Untul senarai penuh rasmi, layari laman ini.

Thursday, October 14, 2010

Anwar: Nurul know her true supporters and who wants to use her

PKR advisor Anwar Ibrahim today said he was confident in his daughter Nurul Izzah's ability to decide for herself on whether or not she will go for the party's deputy presidency during the upcoming party polls.


Commenting for the first time on Nurul Izzah's intention to contest the number two post, Anwar said it would be unwise to underestimate the Lembah Pantai MP as she was more than capable of figuring out who were her 'true supporters'.

"I am proud of her and I trust her judgment. I am quite sure she knows who her genuine supporters are and those who want to use her for whatever reasons," he told a press conference at the Parliament House lobby today.

Memilih antara yang kurang buruk

Meskipun PKR dilihat sebagai "parti harapan masa depan", namun pemilihan parti ini agak mengecewakan pada peringkat awal, khususnya jawatan Timbalan Presiden. Ini kerana pertandingan ini disarat dengan serangan peribadi, dan tidak menampilkan perdebatan halatuju atau dasar. Malah, terdapat anggota partinya yang mengeluh bahawa ia bagaikan pemilihan antara dua biji epal yang busuk, bezanya hanya yang busuk dengan yang kurang busuk.
Ia sememangnya membosankan. Zaid Ibrahim asyik dengan kritikannya yang menghala ke arah pemimpin partinya. Bermula dengan kenyataan untuk memberi laluan kepada Khalid Ibrahim seandainya beliau bertanding untuk jawatan Timbalan Presiden, kemudian kenyataan itu ditarik balik. Tidak cukup dengan itu, malah Zaid dengan sinis mendakwa bilangan pencalonan Khalid lebih kurang berbanding pencalonan yang diperolehi dirinya. Belum lagi babak ini melabuh tirai, Zaid pula menyatakan sokongan agar Nurul Izzah Anwar bertanding untuk jawatan Timbalan Presiden.
Pada hakikatnya, Zaid mencungkil saraf anggota partinya apabila menerima satu wawancara bersama Mingguan Malaysia. Seandainya diteliti, mereka yang berada di kem Zaid sebenarnya orang yang tidak berpuas hati dengan Azmin Ali, misalnya Jeffrey Kitingan yang tidak berpuas hati kerana pelantikan Tamrin Zaini sebagai Pengerusi Perhubungan Sabah; ahli parlimen Padang Serai N. Gopalakrishnan dan sebagainya.
Dan kita tidak lupa puak "korporat", termasuk Soh Chee Wen, yang seketika dahulu rapat dengan bekas Presiden MCA Ling Liong Sik. Kebetulan bekas Pengarah Komunikasi, Jonson Chong telah menyatakan sokongannya terhadap Zaid, dan sudi membantu Zaid untuk berkempen. Zaid pernah mengeluarkan kenyataan untuk membela Soh Chee Wen, yang disifatkannya rapat dengan Anwar Ibrahim seketika dahulu. Apabila tindak-tanduk ini dikaitkan bersama, ia akan memberi persepsi bahawa wujudnya kerjasama yang terjalin antara kedua-dua puak ini.
Dalam satu wawancara bersama MerdekaReview, ketika mengulas nama Soh Chee Wen (gambar kanan), Syed Husin Ali memberi bayangan, "Baca Free Malaysia Today, kaji siapa di belakangnya... Adakah ia menganggap parti sebagai kawan, atau lawan?"
Zaid dijangka meraih sokongan daripada kelas menengah dan penduduk bandar. Mereka memberi penghormatan kepada Zaid Ibrahim yang meletak jawatan Menteri Jabatan Perdana Menteri ketika kerajaan Barisan Nasional menangkap wartawan Sin Chew Daily Tan Hoon Cheng dengan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) pada September 2008.
Namun demikian, Zaid Ibrahim yang pada mulanya mendapat sokongan mereka yang tidak suka Azmin Ali, dikatakan kehilangan sokongan itu setelah menunjukkan sikap yang dianggap terlalu angkuh. Malah, sesetengah anggota yang sedar sikap Soh Chee Wen, juga dipercayai tidak lagi menaruh harapan kepadanya

As expected Gobala, first MP in Zaid-cartel, threatens to quit PKR


In better times - Gobala and Manikavasagam with Anwar
In a widely anticipated move, Padang Serai MP N Gobalakrishnan has threatened to quit PKR in a bid to increase the bargaining power of a cartel led by FT Chief Zaid Zaid Ibrahim, who is due to hold a press conference on Friday.

Zaid has tried hard to wrest power in PKR but has so far failed to win over PKR grassroots despite using all his resources. The former Umno leader had in September launched his bitter campaign against long-time vice president Azmin Ali, ironically accusing Azmin of “Umno culture”.

However, despite Zaid's efforts, he only managed to received 38 nominations versus Azmin’s 102 and has since trained his sights at Opposition Leader Anwar Ibrahim, even dragging Anwar's daughter Nurul Izzah, the Lembah Pantai MP, into his verbal jousting against her father.

PKR pundits say Anwar and the PKR top leadership are monitoring the situation and biding their time flushing out the Trojan horses or Umno moles that have infiltrated the party since it became a serious threat to Umno following its electoral success in the 2008 General Election.

“The whole nation is now talking about the next General Election in early 2011, after Chinese New Year. It is no surprise that Gobala has come out to threaten PKR and we are also expecting the same of Manikavasagam (Kapar MP) and Loh Gwo Burne (Kelana Jaya MP). They are in the Zaid cartel but because the next GE is already within months, there is also nothing for PKR to lose. These guys wouldn’t have been picked anyway,” a party elder told Malaysia Chronicle.


On Thursday, Gobala told reporters that he wanted PKR to stop interfering in the party’s historic direct elections.

“Today, I am coming out with the statement to ask the committee to immediately solve all problems pertaining to the divisional elections. I want them to be fair, transparent and neutral to all. If this continues, then there is no point staying if the elections can be manipulated by individuals in this way,” Malaysian Insider reported him as saying at the Parliament lobby.

“For the past 11 years, I have stood firm with the party, this is the first time I am standing in front a camera to say this. They can call me a traitor or a Trojan (horse) but I will stand strong but if this continues, I do not think I should stay.”

In a further twist to development, secretary-general Saifuddin Nasution announced that the political bureau had during its weekly meeting on Wednesday decided to accept the nominations of six divisions who sent in their lists after the October 10 deadline.

"There has been  a lot of mischief caused by wrong reporting. The political bureau accepted because the nominations came one day late. No harm in that. Of these nominations, some were for Nurul. This means that she qualifies to go for the deputy presidency. Whether she does is up to her, she has until October 16 to decide. We hope the press will not play up or twist the issue," Saifuddin said.

'Saya pakai dokumen, bukan laporan media'


Setiausaha Agung PKR Saifuddin Nasution menyarankan pihak yang tidak berpuas hari dengan keputusan pencalonaan di cabang 'kontroversi' Sempoerna dapat mengadukan perkara itu secara rasmi kepada ibu pejabat parti itu untuk disiasat.

"Antara kenyataan kepada media dan (dokumen) hitam putih, yang mana saya hendak pakai? Tentulah saya pakai hitam putih," katanya.

Tengah hari tadi, bekas ketua cabang Sempoerna Md Abdul WahabAbdullah mendakwa cabang itu tidak mencalonkan ahli parlimen Lembah Pantai Nurul Izzah Anwar untuk bertanding jawatan timbalan presiden.

Sebaliknya, dakwa beliau, Semporna sebaliknya menamakan Naib Presiden Azmin Ali untuk bertanding jawatan nombor dua dalam PKR itu bagi bertanding dengan Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail.

Md Abdul Wahab juga mendakwa PKR cabangnya tidak menghantar senarai pencalonan jawatan tinggi parti kerana beranggapan pegawas pemilihan sendiri akan menyerahkannya kepada ibu pejabat parti.

Keputusan cabang itu amat penting kerana ia merupakan penentu sama ada anak sulung Datuk Seri Anwar Ibrahim itu layak bertanding jawatan tersebut. 

Nurul Izzah sebelum ini hanya mendapat satu pencalonan daripada Keningau, Sabah untuk bertanding kerusi itu.

Ditemui Malaysiakini di pejabatnya di Petaling Jaya selepas sidang media mengenai pemilihan PKR tengah hari tadi, Saifuddin juga memberitahu selagi tiada aduan secara rasmi, pihaknya akan menggunapakai laporan yang diterimanya daripada ketua cabang itu yang baru Lokman Uri.

Kenapa saya dipersalahkan kerana semua masalah pemilihan...................



KUALA LUMPUR, 14 Okt — Calon jawatan timbalan presiden PKR Azmin Ali menyangkal dakwaan bahawa beliau bersama “puaknya” memanipulasikan proses pemilihan agar memihak kepada mereka. “Kesemua masalah dalam parti, saya dipersalahkan. Saya bukan ahli jawatankuasa pemilihan pusat, jadi anda kena rujuk perkara ini kepada mereka,” kata beliau (gambar) kepada pemberita di bangunan Parlimen hari ini.
“Bagaimana saya boleh memanipulasikan keputusan pemilihan? Saya bertanya anda... bagaimana saya memanipulasikan undi?
“Ini adalah pemilihan langsung, sistem baru dalam parti.
“Setiap ahli ada satu undi, jadi mereka perlu datang untuk mengundi. Saya tidak boleh memanipulasikan undi,” kata beliau dalam nada jengkel apabila wartawan terus mengajukan soalan berkaitan dakwaan anggota Majlis Pimpinan Pusat PKR N. Gobalakrishnan juga di bangunan Parlimen.
Gobalakrishnan memberi kata dua akan keluar parti itu sambil mendakwa Azmin, yang juga Naib Presiden PKR, dan beberapa pemimpin tertinggi membentuk “puak” untuk memanipulasikan proses pemilihan yang menggunakan sistem langsung.
Sehubungan itu, Ahli Parlimen Padang Serai ini menggesa Jawatankuasa Pemilihan Pusat segera mengambil tindakan untuk membetulkan segala kelemahan dan kekurangan yang wujud ketika pemiliham bahagian, yang berakhir 3 Oktober lalu, dan jika gagal beliau akan meninggalkan parti.
“Hari ini, saya datang dengan kenyataan ini meminta jawatankuasa pemilihan segera menyelesaikan kesemua masalah berkaitan dengan pemilihan bahagian.
“Saya mahu mereka berlaku adil, telus dan berkecuali kepada semua.
“Jika keadaan ini berterusan, maka tidak gunanya (saya) tinggal lagi (dalam parti), jika ada individu yang boleh memanipulasikan pemilihan cara-cara begini,” kata beliau yang pernah dikaitkan akan keluar parti satu hari bersama beberapa wakil rakyat yang telah pun keluar.
Beliau telah menafikan khabar-khabar angin itu sebelum ini.
Mengulas lanjut, Azmin berkata, ketika proses pengiraan undi, pegawai-pegawai pemilihan parti akan turut hadir dan memang mustahil baginya memanipulasikan undi.
“Dan, cabang-cabang pula akan mengemukakan laporan mereka kepada ibu pejabat. Jadi, saya tidak berada dalam kedudukan untuk memanipulasikan undi,” katanya lagi.
Azmin juga menegaskan bahawa parti telah menghantar notis kepada semua cabang supaya mengemukakan senarai pencalonan mereka kepada jawatankuasa pemilihan sebelum 10 Oktober.
“Sebagai ketua cabang, saya juga menerima notis daripada sekretariat mengingatkan bahawa setiap cabang perlu mengemukakan laporan bertulis mereka sebelum 10 Oktober.
“Jadi, sebagai pemimpin yang bertanggungjawab, anda kena memastikan bahawa kesemua laporan diserahkan. Ia proses yang mudah dan kena menghormatinya. Jangan berkata, kerana masalah itu pun saya juga dipersalahkan.
“Tidakkah anda bersimpati dengan saya... saya dipersalahkan kerana semua masalah,” katanya lagi.

Monday, October 11, 2010

Mungkin Zaid beri laluan pada Khalid......Mungkin Zaid lupa janjinya pada Khalid...!!!

Pengumuman Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim semalam untuk bertanding jawatan timbalan presiden PKR, telah meletakkan semula tumpuan terhadap pesaingnya, Datuk Zaid Ibrahim.

Ini kerana ketika menawarkan dirinya, Zaid berkata, beliau hanya akan berbuat demikian jika Khalid tidak bertanding jawatan nombor dua PKR itu.
Jika ketua PKR Wilayah Persekutuan itu mahu menjaga imej dan prinsipnya, maka beliau harus mengotai janjinya dan menarik diri walaupun mendapat pencalonan dari kira-kira dua pertiga cabang PKR.

Zaid (kiri) masih membisu mengenainya dan sehingga ini tidak dapat dihubungi. Bagaimanapun, menurut sumber-sumber yang rapat dengan bekas menteri di jabatan perdana menteri itu, beliau tidak mungkin menarik diri untukmemberi laluan kepada Khalid.

Katanya, ini kerana keadaan sudah berubah kebelakangan ini.
Begitu juga, Zaid - ketika ditanya sama ada akan menarik diri untuk memberi laluan kepada Khalid - pernah memberitahu pihak media tentang perlunya 'mengambil jalan yang berbeza' jika 'keadaan berubah'.
Tumpuan pada Nurul Izzah
Sumber itu berkata, orang yang perlu diberi perhatian sekarang ialah ahli parlimen Lembah Pantai Nurul Izzah Anwar, yang belum memutuskan sama ada akan menerima "tawaran' Zaid untuk menyokongnya jika bertanding timbalan presiden.

"Dia masih belum putuskan. Saya berhati-hati terhadap apa yang akan dilakukan oleh Zaid (berdasarkan keputusan Nurul Izzah nanti)," katanya.

Nurul hanya menerima satu pencalonan untuk bertanding jawatan his timbalan presiden. Beliau memerlukan dua pencalonan untuk layak bertanding.

Bagaimanapun, Nurul dilaporkan telah mendapat pencalonan yang mencukupi, dari kalangan kira-kira 30 cabang yang belum lagi menghantar keputusan rasmi kepada ibupejabat parti.

Zaid yang juga penyelaras Pakatan Rakyat sehingga ini membisu tentang jawatan yang akan ditandinginya jika Nurul menerima tawaran bertanding timbalan presiden, tetapi wujud spekulasi yang mengatakan beliau mungkin mensasarkan jawatan presiden.

Sama ada Zaid akan menggunakan 'persetujuan Nurul" sebagai satu alasan untuk bertanding jawatan tersebut masih menjadi teka-teki, tetapi mereka yang mengetahui, telah menyatakan kebimbangan masing-masing dengan langkah Zaid seterusnya.

CEKGU BARD DAPAT RM 400 RIBU..RAFIZI DAPAT RM 5 JUTA ?

Cekgu Bard dapat RM 400 Ribu..? Rafizi dapat RM Juta..hahhaha!..


Dua-dua cerita tak betoi... kisah ni datangnya daripada Kuala Kangsar ketika YB Dollah Sani turun berkempen. Tapi nak bagitau, cerita ni bukan YB Dollah Sani yang bawa...tapi orang Kuala punya cerita..nak tau tanya orang Kuala Kangsar..

Sunday, October 10, 2010

Khalid Tanding Timbalan Presiden PKR, Janji Tarik Diri Jika Gugat Perpaduan Parti

SHAH ALAM, 10 OKT- Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim menawarkan diri untuk jawatan Timbalan Presiden Parti Keadilan Rakyat tetapi keputusan muktamad beliau bergantung kepada sebuah jawatankuasa khas yang akan menentukan kesan tindakannya itu terhadap  perpaduan parti.


Jawatankuasa itu yang ditubuhkan oleh Khalid sendiri, merangkumi Syed Sharir selaku pengurus kempen beliau, Irene Fernandez, Tian Chua dan Muhamad Nur Manuty.
“Mereka ini bebas untuk mengadakan rundingan dengan pemimpin parti yang berkaitan sehingga 15 Oktober. Sekiranya jawatankuasa ini menasihatkan bahawa tawaran saya ini (untuk bertanding jawatan  Timbalan Presiden) tidak baik untuk parti dan ada cara lebih baik untuk saya berkhidmat pada parti, saya akan akur pada nasihat ini,” kata beliau.
Khalid yang mendapat empat pencalonan untuk jawatan Timbalan Presiden akur bahawa beberapa insiden pada pemilihan PKR telah membawa persepsi negatif di kalangan ahli dan dalam media.
“Saya juga melihat apa yang berlaku menampakkan kepimpinan berpuak dan serangan peribadi. Perkembangan ini tidak sihat dan perlu diperbetulkan. Sebagai salah seorang pemimpin Pakatan Rakyat dan Menteri Besar negeri Pakatan Rakyat, saya akan cuba memperbetulkan keadaan ini," tambah beliau.
Khalid adalah calon keempat bertanding jawatan itu selain Naib Presiden PKR, Mohamed Azmin Ali, Pengerusi PKR Wilayah Persekutuan, Datuk Zaid Ibrahim dan Pengerusi PKR Perak, Mustaffa Kamil Ayub.
Ahli Parlimen Lembah Pantai, Nurul Izzah yang turut dicalonkan untuk Timbalan Presiden setakat ini belum membuat keputusan mengenainya. Beliau hanya mengesahkan akan bertanding untuk jawatan Naib Presiden.
Pemilihan pucuk pimpinan nasional PKR akan berlansung bulan depan.
Khalid menggariskan lima teras perjuangan bertemakan “Memperkasakan Reformasi” untuk  kempennya. Lima teras tersebut ialah;
-Setia kepada perjuangan
-Meneruskan agenda perubahan
-Merakyatkan ekonomi
-Menolak politik pecah perintah
-Kesepaduan parti
Khalid berkata lima teras perjuangan itu akan mencorakkan pentadbiran ‘inclusive’ dan memastikan laluan Pakatan Rakyat ke Putrajaya menjadi realiti.

Thursday, October 7, 2010

Laksanakan tanggungjawab dan hak suara anda untuk memilih



Zaid Tetap 'Sokong' Utusan

Pengerusi PKR Wilayah Persekutuan Zaid Ibrahim menolak arahan ibu pejabat PKR  supaya memulau akhbar milik Umno, Utusan Malaysia kerana menfitnah parti-parti dalam Pakatan Rakyat berulang kali.
Zaid hari ini menganggap polisi memboikot Utusan Malaysia itu adalah pendirian yang tidak progresif, tidak masuk akal dan tidak berasas sama-sekali.
"Saya tidak akan mempedulikan dasar-dasar yang saya fikirkan tidak progresif. Tiada berasas sama-sekali!" tegas Zaid.
Zaid sebelum ini memberi wawancara eksklusif kepada Mingguan Malaysia, di mana beliau membidas pucuk pimpinan parti berhubung proses pemilihan pimpinan Cabang yang baru selesai minggu lalu. secara lumrahnya komen Zaid digunakan pula oleh akhbar berkenaan dan pemimpin Umno untuk mengecam PKR.
Semalam, parti itu mengeluarkan amaran keras terhadap mana-mana ahli yang menggunakan organisasi media yang disenarai-hitamkan, termasuk Utusan Malaysia.
"Mungkin itu keputusan parti, tetapi itu bukan polisi yang baik. Berapa media yang kita perlu boikot? Bagaimana dengan Berita Harian? Bagaimana pula dengan New Straits Times? Boikot ini akan berlarutan dan terus berlarutan, tetapi akhirnya kita nak cakap dengan siapa nanti?" kata Zaid.
"Jika ini bukan polisi yang baik, maka kita tidak perlu ikut polisi itu lah. Bagaimana saya nak sampaikan mesej saya?" ujarnya lagi.
Sementara itu, Zaid menafikan beliau memiliki portal Free Malaysia Today, sebuah portal berita yang sering mengecam pucuk pimpinan PKR, khususnya Anwar.
Dibiayai oleh jutawan Soh Chee Wen yang dilaporkan menjadi pengurus dana kempen Zaid untuk pemilihan PKR.
"FMT pun dia kata saya punya. Saya pun tidak tahu bila masa saya beli FMT," kata Zaid.

Peringatan Buat Zaid Siri 3

Zaid telah menunjukan belang dia sekali lagi.....secara lantang menolak keputusan majlis pimpinan presiden Pakatan Rakyat dalam isu "BOIKOT UTUSAN"...Zaid lupa atau saja melupakan dirinya adalah Penyelaras PR...Apa agenda Zaid dalam hal ini..

Zaid perlu ingat...kedudukan beliau sebagai Penyelaras PR perlu digalas oleh beliau dengan penuh tanggungjawap...bukanya mengikut emosi dan rasa hati sehaja. Kalau beliau sendiri menghargai diri sendiri,...beliau juga perlu menghargai keputusan Parti dan kompenanya.

Sebagai seorang berpengalaman dan mempunyai kuasa kewangan yang kukuh...Zaid tidak perlu menempelak Parti sendiri untuk mengikut naluri dan cara berpolitik beliau. Zaid perlu sedar amanah yang diberi kepada beliau. Jangan kerana politiking dalam KeADILan, Zaid menjadi manusia yang hipokrit serta melatah.

Kenapa Zaid perlu terbabit dalam isu Rahimi Osman....Zaid tahu tak hal sebenarnya...sebagai Peguam yang berpengalaman Zaid tahu apa yang perlu dibuat, tak perlulah Zaid nak menjadi hero kepada Kes Anwar...biarkan Rahami dengan agendanya....Zaid tak perlulah mencampuri urusan yang dikendalikan oleh Peguam Anwar.

Adakah Zaid telah lupa pada janjinya akan menarik diri jika Tan Sri Khalid bertanding jawatan Timb.Presiden, dan kenapa nak babitkan Nurul Izzah dalam soal ini. Nurul sendiri telah menawarkan diri untuk bertanding jawatan Naib...kenapa perlu dipaksa dan dikacau-ganggu minda Nurul untuk bertanding melawan Azmin dan Mustafa...!!!

Kenapa perlu Nurul dijadikan kambing hitam buat Zaid dalam isu ini....!!! Kita perlu berbangga dengan Puteri Reformasi yang mahu melangkah secara teratur menjadi pemimpin dalam parti...tak perlu menongkah arus dan mendahului masa untuk mendewasakan diri dalam politik. Adakah Zaid mempunyai agenda tersembunyi menjadikan Nurul sebagai batu loncatanya....!!!

Makin banyak tindak tanduk Zaid berlawanan dengan arus perjalanan parti...makin berkuranganlah sokongan ahli kepada beliau...

Zaid perlu kembali kelandasan asal tujuanya bersama KeADILan dan Pakatan Rakyat...jangan mengikut naluri sendiri dan nasihat dari orang yang tidak tahu sepak- terajang politik KeADILan...!!! Zaid perlu ingat....selagi masih ada simpati ahli kepada beliau.....kembalilah kelandasan asal....................

Bersambung.....................

Zaid Sedia Cabar DSWA Untuk Jawatan Presiden.....!!!

 Bekas Menteri Undang-Undang Zaid Ibrahim tidak menolak kemungkinan mencabar Datuk Seri Dr Wan Azizah Ismail untuk jawatan Presiden Parti Keadilan Rakyat dengan syarat Ahli Parlimen Lembah Pantai Nurul Izzah Anwar bertanding jawatan Timbalan Presiden.

Sebelum ini beliau menegaskan bahawa beliau tidak mementingkan jawatan dan hanya mahu menawarkan diri untuk jawatan Timbalan Presiden parti itu.

Zaid berkata beliau berkata beliau sanggup bertanding apa-apa jawatan selagi ia "membantu peluang Izzah untuk menang" sebagai Timbalan Presiden.

Beliau tidak membuat penafian dan sekadar ketawa apabila ditanya sama ada ia bermaksud beliau akan beralih bertanding untuk jawatan Presiden.

Zaid sebelum ini berjanji untuk menarik diri daripada pertandingan untuk jawatan Timbalan Presiden PKR sebagai memberi laluan kepada Menteri Besar Selangor Tan Sri Khalid Ibrahim.

Namun hari ini, Zaid menegaskan  beliau sanggup memberi laluan jika Nurul Izzah bertanding untuk jawatan Timbalan Presiden.

Zaid berkata beliau sanggup bertanding jawatan lain dan tidak menafikan kemungkinan mencabar Dr Wan Azizah untuk kerusi Presiden.

Bulan lalu, Zaid berjanji akan membantu Datuk Seri Dr Wan Azizah untuk membela kuasa-k uasa presiden yang beliau dakwa semakin terhakis.

Dr Wan Azizah mendapat pencalonan 123 cabang PKR untuk mengekalkan jawatan Presiden manakala Zaid menerima tiga pencalonan.

Untuk jawatan Timbalan Presiden, Zaid menerima 38 pencalonan manakala seorang lagi pencabar, Azmin Ali mendapat 102 pencalonan.

Khalid berkata beliau belum memutuskan jawatan apa yang akan dipertandingkannya.

Nurul izzah pula menyatakan bahawa beliau hanya berminat untuk mengisi jawatan Naib Presiden.

Zaid: Saya bantah polisi PKR larang media



PETALING JAYA, 7 Okt — Anggota Majlis Pimpinan Pusat PKR Datuk Zaid Ibrahim yang dicalonkan bertanding jawatan timbalan presiden berkata, beliau memutuskan untuk memilih tidak mengambil peduli larangan parti memboikot media tertentu khususnya akhbar Kumpulan Utusan. Pendirian Pengerusi PKR Wilayah Persekutuan itu dilihat bertentangan dengan amaran penasihat PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim supaya tidak mengeluarkan sebarang kenyataan terhadap akhbar milik Umno itu.
“Saya bantah polisi ini,” kata Zaid (gambar).
“Jika ia bukan polisi baik, kita tidak perlu ikut,” tambah beliau.
Dua hari lalu Zaid berkata bahawa beliau tidak akan boikot mana-mana media dilihat menyerang parti atau pemimpin Pakatan Rakyat.
Semalam, Setiausaha Agung PKR Saifuddin Nasution Ismail berkata, setiap ahli parti itu perlu mematuhi keputusan komponen Pakatan Rakyat itu, yang memutuskan untuk tidak membenarkan media-media tertentu khususnya akhbar Kumpulan Utusan daripada membuat liputan aktiviti parti tersebut.
Keputusan itu merangkumi calon-calon yang bertanding pada pemilihan parti kali ini, termasuklah anggota Majlis Pimpinan Pusat PKR Datuk Zaid Ibrahim yang dicalonkan bertanding jawatan timbalan presiden.
Saifuddin berkata, keputusan parti adalah jelas dalam isu ini.
“Saya tengok begini... sudah menjadi satu rahsia umum, pendirian parti terhadap media tertentu... saya nak sebut, saya nak mengulangi, prinsip menghormati kebebasan media, itu tidak akan berubah, dari sudut Keadilan, OK? Yang mendasari parti kita,” kata beliau lagi.
“Di sana kepimpinan parti dapat melihat kecenderungan yang agak ketara dan jelas di kalangan media tertentu dalam kes ini Utusan, yang kita sifatkan sebagai usaha mahu menghancurkan Keadilan, bermula daripada usaha membunuh karakter Ketua Umum (Anwar), tak letih-letih, terus-menerus untuk menjahanamkan parti,” kata beliau.
Dalam Mingguan Malaysia dua minggu lalu, Zaid menyindir penyokong Anwar dan Azmin Ali, persaing utamanya dalam pemilihan parti.
Temu bual itu mengejutkan PKR terutamanya Anwar yang meminta supaya calon yang bertanding tidak menggunakan media Umno untuk menyerang parti sendiri.
Ini kali kedua Anwar menolak dakwaan Zaid bahawa “budaya Umno” mula wujud dalam parti dan memberi amaran kepada ahli-ahli PKR tentang kemungkinan munculnya “kuda-kuda Trojan” dalam parti.
Zaid bagaimanapun berkata serangan media terhadap dirinya tidak menjadi masalah seperti tanggungjawab wartawan kepada pembaca bukan kepada dirinya.
Beliau juga menegaskan, ia bukan masalah kepada sesiapa yang memiliki media itu.
Hari ini Zaid berkata larangan terhadap Utusan Malaysia dan Mingguan Malaysia tidak wajar.
“Polisi yang ada harus rasional,” katanya.
“Bagaimana dengan Berita Harian dan [New] Straits Times? Ini boleh diteruskan. Dengan siapa kita bercakap? Bagaimana saya keluar,” kata Zaid.
Persaingan bagi jawatan timbalan presiden parti semakin hangat apabila Naib Presiden Mustaffa Kamil Ayub masuk bertanding dengan memberikan tumpuan kepada perpecahan dan komitmen dalam parti sebagai fokus utama.
Azmin mendahului pencalonan bagi jawatan timbalan presiden apabila menerima 102 undi, diikuti Zaid 38 undi dan Mustaffa 17 undi.
Azmin yang juga Pengerusi PKR Selangor merupakan orang kepercayaan Anwar, Zaid pula popular di kawasan Timur Malaysia dan orang bukan Melayu.
Zaid menyertai PKR tahun lepas selepas ditendang keluar Umno akhir 2008.
PKR meminda perlembagaannya tahun lalu untuk mengadakan pemilihan parti menggunakan sistem satu ahli satu undi.
Kira-kira 400,000 ahli akan mengundi untuk memilih kepimpinan pusat mulai hujung bulan ini selama tiga minggu sebelum kongres khas parti hujung bulan depan.
PKR mempunyai 218 cabang dan dipecahkan kepada dua mesyuarat, satu mesyuarat agung tahunan dan pemilihan cabang, dan yang kedua ada pemilihan pusat.
Setiap cawangan akan mengundi untuk pemilihan pusat bermula dari 29 Oktober hingga 21 November.

Wednesday, October 6, 2010

Zaid to ignore PKR Utusan boycott


Zaid said policies deemed bad should be ignored. — file pic
PETALING JAYA, Oct 7 — PKR deputy presidential contender Datuk Zaid Ibrahim has chosen to ignore his party’s boycott of Umno-owned newspaper, Utusan Malaysia. The PKR Federal Territories chief’s defiance of his party mirrors his stand against party de-facto leader Datuk Seri Anwar Ibrahim’s recent warning to bypass Umno-owned media.
“I will ignore that policy,” Zaid told reporters today.
“If it’s not a good policy, we shouldn’t follow the policy,” he added.


Larang Utusan Buat Liputan Keputusan Parti
SHAH ALAM 7 Okt - Setiausaha Agung Parti Keadilan Rakyat (KEADILAN), Saifuddin Nasution Ismail menegaskan pendirian parti itu yang menetapkan setiap anggota parti hendaklah menghormati keputusan parti kerana ia merupakan etika yang perlu dipatuhi dan ini termasuk ketetapan parti untuk tidak membenarkan akhbar Utusan Malaysia membuat liputan berkaitan aktiviti parti termasuk pemilihan parti kali ini.

Beliau berkata ketetapan tersebut dibuat berdasarkan usaha media milik Umno itu yang tidak pernah berhenti untuk melihat kehancuran parti itu sejak awal penubuhannya sehingga kini.

“Oleh kerana itu, parti membuat satu keputusan, satu ketetapan. Apa keputusan kita? Keputusan kita ialah kita tidak libatkan Utusan dalam sidang media kita, aktiviti kita, itu keputusan parti.

“Baik, saya berpendapat (sebagai) anggota parti, tanggungjawab paling mudah ialah kita mematuhi dengan keputusan, itu sahaja, sikit sahaja.

“Soalan pilihan kita satu bab. Sebelum parti membuat keputusan, kita boleh memberikan pendirian kita, tetapi apabila parti membuat keputusan, disiplin yang betul ialah menghormati kerana menghormati keputusan parti adalah perkara yang paling asas dituntut, satu etika yang perlu dipatuhi," katanya dalam wawancara khas bersama media di ibu pejabat parti itu semalam. 

Zaid sedia beri laluan jika Nurul tanding timbalan presiden PKR..permainan politik cara Zaid..dulu Tan Sri Khalid..hari ni Nurul pulak..!!!..!!!

Nurul Izzah terdahulu mengumumkan kesediaan bertanding jawatan naib presiden. — Gambar fail
PETALING JAYA, 7 Okt — Datuk Zaid Ibrahim yang dicalonkan bertanding kerusi timbalan presiden PKR bersedia untuk tidak turun gelanggang jika Nurul Izzah Anwar bersedia menyaingi kerusi nombor dua parti itu. Zaid berkata, beliau merasakan Nurul Izzah, Ahli Parlimen Lembah Pantai kemungkinan bertanding kerusi timbalan presiden kerana cukup pencalonan untuk berbuat demikian.
“Saya bersedia untuk menarik diri (daripada tawaran bertanding) dan membantu beliau dalam pertandingan ini,” kata beliau pada sidang media di sini hari ini.
Dua minggu lalu Nurul Izzah mengumumkan kesediaan bertanding jawatan naib presiden.

Pemilihan KEADILAN 2010: Satu Pandangan Berkenaan Pemilihan Timbalan Presiden KEADILAN



pemilihan-PKRPemilihan 2010 nyata semakin menarik perhatian bukan sahaja ahli KEADILAN malahan rakyat Malaysia secara keseluruhanya terutama kerana kali ini sistem Satu Ahli Satu Undi akan dan telah dilaksanakan.

Semua 400,000 ahli KEADILAN kini boleh menentukan halatuju parti tersebut dengan memilih barisan kepimpinan yang mereka inginkan baik di Cabang mahupun di peringkat tertinggi parti.

Ini suatu peluang kepada ahli untuk menjadi pemangkin politik baru serta menentukan arah perjuangan KEADILAN terutama jika ingin melihat hasrat menuju ke Putrajaya bersama Pakatan Rakyat tercapai.

Setakat berakhirnya Mesyuarat Agung Tahunan Cabang pada 3 Oktober 2010, telah tiga tokoh KEADILAN menawarkan diri untuk jawatan Timbalan Presiden bagi Pemilihan 2010.

Bermula dengan Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi, Datuk Zaid Ibrahim, disusuli pengumuman Naib Presiden, Azmin Ali di Sabah serta terbaru penawaran diri seorang lagi Naib Presiden, Mustaffa Kamil Ayub menerusi sidang medianya di Kampung Baru.

Dua calon lagi yang telah layak iaitu Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim dan Pengarah Strategik KEADILAN, Tian Chua nampaknya belum menyatakan hasrat secara rasmi sama ada untuk turut memeriahkan pemilihan Timbalan Presiden atau tidak.

Pemilihan Timbalan Presiden kali ini adalah amat penting kepada KEADILAN dalam menjamin kesinambungan kepimpinannya.

Persoalan tentang pengganti Datuk Seri Anwar Ibrahim bakal terjawab menerusi pemilihan kali ini. Ini kerana tokoh yang menang dan dilantik sebagai Timbalan Presiden KEADILAN akan memikul tanggungjawab yang amat berat kerana untuk tugas utama untuk tiga tahun mendatang ini adalah untuk membawa KEADILAN ke arah yang lebih kukuh serta perlu sentiasa bersedia untuk menjadi pengganti Ketua Umum serta Presiden parti.

Ini tentunya bukan satu tugas yang mudah. Semestinya beliau akan dibandingkan dengan Anwar. Perbandingan ini tentunya berlaku dalam semua segi terutama dari segi personalitinya, idealistiknya malah dalam semua aspek. Bukan mudah untuk menggantikan pemimpin yang sebegitu. Lebih mudah menjadi pengganti kepada pengganti tokoh besar itu.

Jika dilihat kepada calon-calon yang telah menawarkan diri, nyata mereka semua mempunyai kelebihan dan keupayaan masing-masing. Andainya pencalonan dari 204 Cabang yang MATC telah disahkan menjadi kayu ukur, sudah tentu Azmin Ali menjadi pilihan utama kerana beliau jauhmendahului dengan 102 pencalonan diikuti Datuk Zaid Ibrahim (33 pencalonan) serta Mustaffa Kamil Ayub (17 pencalonan).

Tan Sri Khalid Ibrahim dan Tian Chua yang belum menawarkan diri sebagai calon masing-masing mendapat 4 dan 5 pencalonan.  Presiden KEADILAN, Datuk Seri Wan Azizah yang mendapat 3 pencalonan tidak mungkin bertanding bagi jawatan Timbalan Presiden. Fuziah Salleh serta Nurul Izzah Anwar pula mendapat 1 pencalonan dan tidak melepas had 2 pencalonan yang ditetapkan.

Pemilihan 2010 jelas berbeza. Tiada lagi pucuk kepimpinan ditentukan oleh perwakilan. Semua 400,000 ahli KEADILAN kali ini adalah perwakilan. Ini tentu lebih merumitkan namun sangat baik dari segi amalan demokrasi tulen selain dapat meminimakan politik wang.

Amat sukar meramalkan kehendak ahli secara individu. Pencalonan mungkin boleh dijadikan petunjuk tetapi tidak kayu ukur yang baik. Jika MATC menjadi ukuran, situasi berbeza dapat dilihat. Umpamanya, Azmin Ali telah dicalonkan sebagai Timbalan Presiden oleh Cabang Petrajaya dengan menewaskan Mustaffa Kamil Ayub tetapi dengan kelebihan hanya satu undi di mana ahli yang turun mengundi adalah seramai 117 orang.
Cabang Putrajaya menyaksikan Mustaffa Kamil Ayub telah dipilih oleh ahli Cabang berkenaan untuk bertanding Timbalan Presiden. Jadi undi secara individu di sini sekiranya kedua-dua Cabang digabungkan tentunya memenangkan Mustaffa Kamil Ayub.

Tetapi jika di corak pengundian ini di Selangor di mana terdapat 150,000 ahli KEADILAN situasi tentunya amat berbeza. Tambahan pula Azmin Ali adalah Pengerusi Pimpinan Negeri Selangor.

Jumlah keluar mengundi di Selangor ternyata mengejutkan dan tidak konsisten. Cabang Kapar yang mempunyai keanggotaan seramai 5,000 anggota menyaksikan lebih 4,000 keluar mengundi. Lebih 2,000 dari 7,000 ahli KEADILAN Cabang Hulu Selangor pula keluar mengundi bagi MATC.

Namun harus diberi perhatian, dari lebih 2,000 yang mengundi hanya sekitar 25 orang hadir dalam MATC. Cabang Selayang pula mempunyai keahlian lebih 5,000 yang mana 970 keluar mengundi  mempunyai situasi berbeza dalam mencalonkan tokoh pilihan mereka.

Amat menarik 250 ahli yang hadir untuk MATC sebulat suara memilih Azmin Ali.  Cabang Gombak sendiri menyaksikan hanya kurang 300 ahli keluar mengundi dan tentunya yang hadir MATC adalah lebih kecil. Ini bermakna sukar meramal peluang jika berdasarkan undi angkat tangan di MATC kerana hanya sebahagian kecil yang keluar mengundi telah hadir ke MATC.

Keadaan juga berbeza di Cabang Tanjung Karang, hanya 80 ahli hadir mengundi dari keseluruhan 2,435 ahli KEADILAN di sana. Ini tentunya sukar dijangka.

Cabang-cabang di Perak juga membuat keputusan yang mengejutkan. Keupayaan Mustaffa Kamil Ayub mendapat sebahagian besar pencalonan beliau dari Perak telah dijangka atas kapasiti beliau sebagai anak Perak dan Pengerusi Pimpinan Negeri.

Azmin Ali pula berjaya mendapat 5 pencalonan dari Perak. Kekalahan Mustaffa Kamil di peringkat Cabang Pasir Salak itu tidak juga akan menjadi petunjuk beliau tidak mendapat sokongan dari sana untuk jawatan Timbalan Presiden. Malah, Cabang Pasir Salak yang tidak memilih beliau sebagai Ketua Cabang mencalonkannya pula untuk jawatan Timbalan Presiden.

Sabah yang dianggap kubu kuat Datuk Zaid Ibrahim juga membuat kejutan dengan majoriti daripada Cabang mencalonkan Azmin Ali.

Memetik maklumat dari ucapan Datuk Johari Abdul sewaktu merasmikan MATC Selayang pada 3 Oktober 2010, kadar turun mengundi ahli secara purata adalah 25 peratus. Bagi sebuah parti baru yang bersifat nasional, ia satu jumlah yang agak tinggi iaitu satu perempat dari keseluruhan jumlah keahlian.

Ini juga bermakna kemungkinan Timbalan Presiden dan barisan pimpinan tertinggi KEADILAN ditentukan oleh sekitar 100,000 ahli. Ini satu jumlah yang munasabah jika dibandingkan dengan amalan pengundian perwakilan yang biasanya sekitar 2,500 perwakilan.

Sekiranya separuh yang datang daripada 25 peratus itu yang hadir, jumlahnya masih banyak iaitu 50,000 undi. Ia satu petanda yang amat baik dalam usaha membuktikan amalan demokrasi tulen dan politik baru yang selama ini dilaungkan oleh KEADILAN.

Jika sasaran 25 peratus ini menjadi kenyataan bagi Pemilihan Tertinggi, pertandingan Timbalan Presiden sekiranya dilihat mengikut negeri akan memperlihatkan situasi seperti berikut:
Negeri                       Keahlian          25 %
Selangor                  150,000            37,000
Sabah                        65,000            16,250
Pulau Pinang             55,000            13,750
Perak                         40,000            10,000
Lain-lain Negeri         90,000             22,500
Keseluruhan            400,000          99,500

Jika kekuatan calon-calon Timbalan Presiden dilihat mengikut negeri yang kuat menyokong mereka dengan andaian 60 peratus undi akan diperolehi, Azmin Ali akan memperolehi 22,500 di Selangor, Datuk Zaid Ibrahim akan mendapat 9,750 undi dari Sabah manakala Mustaffa Kamil Ayub pula dijangka diundi oleh 6,000 ahli KEADILAN di Perak. Ini tentunya satu kelebihan buat Azmin Ali dan juga konsisten dengan jumlah pencalonan yang diperolehinya.

Azmin Ali tentunya calon yang dijangka menang. Malah, awal-awal lagi beliau mendapat sokongan dari majoriti Yang Berhormat baik ahli Parlimen mahupun ADUN KEADILAN hingga membuat dua sidang akhbar khas untuk itu.

Namun, perkiraan perlu dibuat adakah sokongan YB-YB ini akan diikuti oleh ahli-ahli di akar umbi? Secara dasar, YB-YB KEADILAN ramai yang datang dari atas, bukan bermula sebagai ahli di peringkat Ranting mahupun Cabang.

Ini perlu diakui oleh semua kerana bermulanya KEADILAN bukan menerusi proses biasa. Ia bukan awalnya disusun  dari Ranting atau dulunya Cawangan atau Daerah Mengundi. Ia bermula hasil respon isu-isu nasional yang merentasi semua itu. Kemunculan tokoh-tokoh ini adalah kerana personaliti dan kekuatan individu.

Hanya Pemilihan kali ini baru menyaksikan pimpinan-pimpinan tertinggi menawarkan diri untuk bertanding di MATC. Zaid Ibrahim adalah satu contoh nyata. Sebelum ini ramai pemimpin tertinggi yang berjawatan peringkat Cabang menerusi proses lantikan.

Tentunya juga ahli-ahli akar umbi memilih berdasarkan pemerhatian mereka kerana proses politik dari bawah ke atas masih baru dalam KEADILAN. Inilah kelebihan Satu Ahli Satu Undi.

Walaun bagaimanapun, komposisi kaum dalam KEADILAN harus juga diambil perkiraan. Kira-kira 100,000 ahli KEADILAN merupakan kaum India yang sebahagian besar berada di Selangor.

Cabang Hulu Selangor umpamanya yang mempunyai 7,000 lebih ahli yang 80 peratus adalah kaum India. Malahan, Cabang Hulu Selangor telah mencalonkan Zaid Ibrahim untuk jawatan Timbalan Presiden atas faktor dan sentimen bahawa beliau adalah calon Pakatan Rakyat bagi Pilihan Raya Kecil Hulu Selangor baru-baru ini.

Faktor “anak Kelantan” Datuk Zaid Ibrahim juga bukan satu kelebihan untuk beliau mengharapkan undi dari ahli-ahli KEADILAN di Kelantan kerana peratus keluar mengundi sewaktu pemilihan-pemilihan Cabang negeri Kelantan amat rendah sekali.

Jawatan sebagai Pengerusi pimpinan Wilayah Persekutuan juga bukan satu kelebihan kerana beliau baru sahaja menggalas jawatan tersebut. Tambahan pula Pengerusi yang lama adalah Azmin Ali.

Keadaan yang sama berlaku di Sabah. Walaupun Azmin Ali pernah mengemudi Sabah, tempoh kepimpinan beliau agak singkat untuk mendapatkan sokongan akar umbi di sana.

Tambahan pula Datuk Zaid Ibrahim mempunyai kelebihan sokongan terutama oleh barisan kepimpinan sebelum ini.Mustaffa Kamil Ayub pula mungkin dapat menggunakan kelebihan sebagai Pengerusi Pimpinan Perak serta mantan Pengerusi Pimpinan Sarawak.

Kelebihan beliau juga adalah beliau bukan seorang Yang Berhormat. Ini memberi peluang untuk beliau kerap turun ke akar umbi atas kapasiti pelbagai biro yang diketuai beliau seperti SEHARUM, Biro Latihan, Biro Antarabangsa dan Akademi KEADILAN.

Pengalaman beliau sebagai mantan Setiausaha Agung KEADILAN juga boleh memberi kelebihan untuk beliau rapat dengan akar umbi. Apabila PERKASA cuba mengusik dengan memberi sokongan kepada beliau, nama beliau menjadi semakin dikenali.

Analisa ini juga akan berbeza andainya Tan Sri Khalid Ibrahim turut menawarkan diri untuk bertanding. Setakat ini beliau telah layak dan belum pula mengumumkan untuk tidak bertanding.

Sekiranya Tan Sri Khalid mengambil keputusan untuk bertanding tentunya undi di Selangor akan berpecah antara beliau dan Azmin Ali. Dalam pada itu, keadaan berbeza akan berlaku andainya Datuk Zaid Ibrahim pula mengotakan janji dengan menarik diri kerana semua maklum dengan kenyataan beliau bahawa akan mengundur diri dari bertanding sekiranya Tan Sri Khalid menawarkan diri.

Namun, semua ini adalah di atas kertas. Penentu sebenar adalah ahli-ahli KEADILAN yang datang mengundi pada antara 29 Oktober hingga 21 November ini. Ahli-ahli inilah juga menjadi penentu halatuju dan kesinambungan KEADILAN selepas ini.

Kebijaksanaan mereka yang mengundi inilah yang diperlukan. Mereka perlu bijak memilih pemimpin dengan berdasarkan pengalaman, kesetiaan, personaliti, kredibiliti serta keupayaan mereka.

Jangan sokongan undi didasarkan kerana calon itu popular dan terkenal semata-mata. Bagi pemimpin yang bertanding, kalah menang bukan penamatnya. Jangan hingga menjadi seperti istilah menang jadi arang kalah jadi abu.

Ia juga adalah permulaan untuk tugas berat dan lebih besar iaitu Pilihan Raya Umum ke-13. Menang tidak bererti sekiranya agenda yang lebih besar tidak tercapai seperti yang dihasratkan oleh KEADILAN. Sekali lagi keluarga besar KEADILAN menjadi penentu.