Thursday, October 7, 2010

Zaid Tetap 'Sokong' Utusan

Pengerusi PKR Wilayah Persekutuan Zaid Ibrahim menolak arahan ibu pejabat PKR  supaya memulau akhbar milik Umno, Utusan Malaysia kerana menfitnah parti-parti dalam Pakatan Rakyat berulang kali.
Zaid hari ini menganggap polisi memboikot Utusan Malaysia itu adalah pendirian yang tidak progresif, tidak masuk akal dan tidak berasas sama-sekali.
"Saya tidak akan mempedulikan dasar-dasar yang saya fikirkan tidak progresif. Tiada berasas sama-sekali!" tegas Zaid.
Zaid sebelum ini memberi wawancara eksklusif kepada Mingguan Malaysia, di mana beliau membidas pucuk pimpinan parti berhubung proses pemilihan pimpinan Cabang yang baru selesai minggu lalu. secara lumrahnya komen Zaid digunakan pula oleh akhbar berkenaan dan pemimpin Umno untuk mengecam PKR.
Semalam, parti itu mengeluarkan amaran keras terhadap mana-mana ahli yang menggunakan organisasi media yang disenarai-hitamkan, termasuk Utusan Malaysia.
"Mungkin itu keputusan parti, tetapi itu bukan polisi yang baik. Berapa media yang kita perlu boikot? Bagaimana dengan Berita Harian? Bagaimana pula dengan New Straits Times? Boikot ini akan berlarutan dan terus berlarutan, tetapi akhirnya kita nak cakap dengan siapa nanti?" kata Zaid.
"Jika ini bukan polisi yang baik, maka kita tidak perlu ikut polisi itu lah. Bagaimana saya nak sampaikan mesej saya?" ujarnya lagi.
Sementara itu, Zaid menafikan beliau memiliki portal Free Malaysia Today, sebuah portal berita yang sering mengecam pucuk pimpinan PKR, khususnya Anwar.
Dibiayai oleh jutawan Soh Chee Wen yang dilaporkan menjadi pengurus dana kempen Zaid untuk pemilihan PKR.
"FMT pun dia kata saya punya. Saya pun tidak tahu bila masa saya beli FMT," kata Zaid.

No comments:

Post a Comment