Thursday, October 7, 2010

Zaid Sedia Cabar DSWA Untuk Jawatan Presiden.....!!!

 Bekas Menteri Undang-Undang Zaid Ibrahim tidak menolak kemungkinan mencabar Datuk Seri Dr Wan Azizah Ismail untuk jawatan Presiden Parti Keadilan Rakyat dengan syarat Ahli Parlimen Lembah Pantai Nurul Izzah Anwar bertanding jawatan Timbalan Presiden.

Sebelum ini beliau menegaskan bahawa beliau tidak mementingkan jawatan dan hanya mahu menawarkan diri untuk jawatan Timbalan Presiden parti itu.

Zaid berkata beliau berkata beliau sanggup bertanding apa-apa jawatan selagi ia "membantu peluang Izzah untuk menang" sebagai Timbalan Presiden.

Beliau tidak membuat penafian dan sekadar ketawa apabila ditanya sama ada ia bermaksud beliau akan beralih bertanding untuk jawatan Presiden.

Zaid sebelum ini berjanji untuk menarik diri daripada pertandingan untuk jawatan Timbalan Presiden PKR sebagai memberi laluan kepada Menteri Besar Selangor Tan Sri Khalid Ibrahim.

Namun hari ini, Zaid menegaskan  beliau sanggup memberi laluan jika Nurul Izzah bertanding untuk jawatan Timbalan Presiden.

Zaid berkata beliau sanggup bertanding jawatan lain dan tidak menafikan kemungkinan mencabar Dr Wan Azizah untuk kerusi Presiden.

Bulan lalu, Zaid berjanji akan membantu Datuk Seri Dr Wan Azizah untuk membela kuasa-k uasa presiden yang beliau dakwa semakin terhakis.

Dr Wan Azizah mendapat pencalonan 123 cabang PKR untuk mengekalkan jawatan Presiden manakala Zaid menerima tiga pencalonan.

Untuk jawatan Timbalan Presiden, Zaid menerima 38 pencalonan manakala seorang lagi pencabar, Azmin Ali mendapat 102 pencalonan.

Khalid berkata beliau belum memutuskan jawatan apa yang akan dipertandingkannya.

Nurul izzah pula menyatakan bahawa beliau hanya berminat untuk mengisi jawatan Naib Presiden.

No comments:

Post a Comment