Friday, October 1, 2010

Peringatan Buat Zaid Siri 2

Zaid perlu ingat, percaturan politik KeADILan berbeza dari UMNO…jadi perbuatan Zaid membandingkan UMNO dan KeADILan telah menunjukan Zaid masih gagal menghapuskan sisa-sisa minda serta pendidikan UMNO kepada beliau.

Perjuangan didalam Pakatan Rakyat telah menarik minat Zaid bersama-sama KeADILan…dan Zaid diberi tempat yang sewajarnya dalam PR. Tapi bila Zaid mahu berada dalam hairaki kepimpinan KeADILan, beliau tidak bersikap sabar serta tunggu dan lihat. Cara berpolitik menongkah arus dalam KeADILan telah menyebabkan Zaid dilihat sebagai pengacau serta seorang yang tamakkan kuasa.

Niat baik Zaid mudah disalah anggap bila dia berkata tidak boleh ubah cara beliau berpolitik, adakah kebiasaan yang ada dalam dirinya sendiri diutamakan atau kehendak akar umbi. Zaid perlu muhasabah diri dan meletakkan dirinya sebagai Hero Rakyat..bukan Hero KeADILan semata-mata.

Zaid lupa agaknya…masa pilihanraya Hulu Selangor..bagaimana UTUSAN MALAYSIA membogelkan dan memfitnah beliau untuk memastikan calon BN menang….tapi bila berlaku pertembungan kuasa dalam KeADILan…Zaid lupa dan memaafkan UTUSAN MALAYSIA,,,Zaid diberi ruang satu muka surat untuk ditemuramah, Zaid sedarkan tak agenda UTUSAN MALAYSIA adalah memusnahkan KeADILan dan PR..diri Zaid dijadikan mangsa dan modal politik UMNO.

Setiap kenyataan Zaid dalam media dinilai oleh ahli…Zaid perlu sedar perkara itu…dan hasilnya secara tak lansung ahli melihat Zaid telah mula mempertikaikan kepimpinan serta dasar parti kepada umum. Sikap Zaid ini telah menyebabkan ahli yang menyokong beliau mula merasa tak selesa…dan mereka akan bertukar arah menyokong Mustafa Kamil dan Azmin…

Ramai pengamal media dan ahli parti mengetahui Zaid mempunyai kuasa keatas web portal Free Malaysia Today dan akbar tabloid Mingguan Era..tapi pengunaan keterlaluan terhadap kedua-dua media ini untuk menjadi ejen propaganda sebenarnya telah menyebabkan Zaid merosot dari segi sokongan ahli…..memang diperingkat Cabang ada sokongan..tapi bila melibatkan ahli ramai..Zaid ketinggalan dengan Mustafa Kamil…dan Azmin Ali ia begitu jauh jaraknya….

Jadi Zaid mempunyai masa…untuk memikirkan yang terbaik bagi masa depan politik beliau dalam KeADILan….hari ini Mustafa Kamil telah mengesahkan dirinya untuk bertanding jawatan Timbalan Presiden kerana yakin arus sokongan penyokong Zaid telah berubah arah kepada beliau…

Bersambung...

No comments:

Post a Comment