Thursday, October 14, 2010

'Saya pakai dokumen, bukan laporan media'


Setiausaha Agung PKR Saifuddin Nasution menyarankan pihak yang tidak berpuas hari dengan keputusan pencalonaan di cabang 'kontroversi' Sempoerna dapat mengadukan perkara itu secara rasmi kepada ibu pejabat parti itu untuk disiasat.

"Antara kenyataan kepada media dan (dokumen) hitam putih, yang mana saya hendak pakai? Tentulah saya pakai hitam putih," katanya.

Tengah hari tadi, bekas ketua cabang Sempoerna Md Abdul WahabAbdullah mendakwa cabang itu tidak mencalonkan ahli parlimen Lembah Pantai Nurul Izzah Anwar untuk bertanding jawatan timbalan presiden.

Sebaliknya, dakwa beliau, Semporna sebaliknya menamakan Naib Presiden Azmin Ali untuk bertanding jawatan nombor dua dalam PKR itu bagi bertanding dengan Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail.

Md Abdul Wahab juga mendakwa PKR cabangnya tidak menghantar senarai pencalonan jawatan tinggi parti kerana beranggapan pegawas pemilihan sendiri akan menyerahkannya kepada ibu pejabat parti.

Keputusan cabang itu amat penting kerana ia merupakan penentu sama ada anak sulung Datuk Seri Anwar Ibrahim itu layak bertanding jawatan tersebut. 

Nurul Izzah sebelum ini hanya mendapat satu pencalonan daripada Keningau, Sabah untuk bertanding kerusi itu.

Ditemui Malaysiakini di pejabatnya di Petaling Jaya selepas sidang media mengenai pemilihan PKR tengah hari tadi, Saifuddin juga memberitahu selagi tiada aduan secara rasmi, pihaknya akan menggunapakai laporan yang diterimanya daripada ketua cabang itu yang baru Lokman Uri.

No comments:

Post a Comment