Wednesday, September 22, 2010

Pemimpin Baru Harus Hormati Pejuang Lima Dekad Syed Hussin

SHAH ALAM 23 SEPT: Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Mohamed Azmin Ali berkata, perjuangan ahli politik veteran, Dr Syed Husin Ali selama lima dekad harus dihormati bukannya ditampal label 'nyanyuk'.

Beliau menganggap kenyataan yang melabel demikian kepada bekas Presiden Parti Rakyat Malaysia yang kemudian bergabung dengan Parti Keadilan Nasional bagi membentuk PKR, sebagai melampau.
Lantaran itu, beliau yang ditemui ketika mengadakan lawatan ke Sinar Harian di sini pagi ini, terpaksa menegur perbuatan Pengerusi PKR Wilayah Persekutuan, Datuk Zaid Ibrahim yang mengeluarkan kenyataan demikian.
Mohamed Azmin dan Zaid adalah calon dalam persaingan jawatan Timbalan Presiden PKR yang dikosongkan Syed Husin.
Dalam pada itu, Mohamed Azmin turut menyelar tindakan portal berita, Free Malaysia Today yang memutar belit kenyataan Ahli Parlimen Lembah Pantai, Nurul Izzah Anwar.
Beliau kesal kerana FMT menggambarkan Puteri Reformasi itu menyokong Zaid dalam persaingan jawatan Timbalan Presiden PKR hingga menyebabkan Nurul Izzah terpaksa mengeluar kenyataan mengenai pendiriannya yang berkecuali.
Mengikut laporan Malaysiakini pula, Azmin memberi jaminan jika menang pertandingan jawatan nombor dua dalam parti itu, akan ada tempat untuk Zaid Menurut Azmin, PKR merupakan sebuah parti yagn sentiasa memberikan ruang kepada semua orang, termasuk anggota baru seperti bekas menteri di Jabatan Perdana Menteri itu.
"Beliau juga ada kekuatannya untuk membantu parti.
"Percayalah, sekiranya saya diterima oleh anggota (PKR) sebagai timbalan
presiden, Datuk Zaid juga akan diberikan peranan penting untuk meneruskan khidmat beliau dalam PKR, untuk mengukuhkan parti, (dan) menyediakan parti untuk menyertai pilihan raya yang akan datang," katanya.

No comments:

Post a Comment