"Biro Politik PKR Kedah sebelum ini meminta kesemua 15 cabang di negeri ini supaya mencalonkan (Penasihat PKR) Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk jawatan Presiden.
"Anwar kemudian menyatakan tidak mahu menerima pencalonan kerana mahu tumpukan kepada perkara lebih besar. Jadi saya lihat cabang-cabang beralih semula kepada Wan Azizah," katanya kepada pemberita, di Alor Setar hari ini.
Ahmad berkata bagi jawatan Timbalan Presiden, Cabang Langkawi dan Kubang Pasu mencalonkan Naib Presiden Azmin Ali manakala Kuala Kedah mencalonkan seorang lagi Naib Presiden Mustafa Kamil Ayub, Pokok Sena (Pengarah Strategi PKR Tian Chua) dan Alor Setar (Datuk Zaid Ibrahim).
--Bernama
No comments:
Post a Comment