Friday, September 17, 2010

Naib Presiden PKR bertanding ’satu lawan satu’ bagi jawatan ketua cabang



pemilihan 2010 oleh Fazy Sahir

PETALING JAYA: Jawatan Ketua Cabang Pasir Salak, Perak bakal menyaksikan pertandingan ’satu lawan satu’ antara Naib Presiden Mustaffa Kamil Ayub dengan  bekas Pengerusi Majlis Pimpinan Negeri (MPN) Perak Osman Abdul Rahman, Sabtu depan.
Mustaffa ,  Timbalan Ketua Cabang Pasir Salak memangku cabang itu setelah Osman meletakkan jawatan sebagai ketua pada 2007.

Osman yang bertindak sebagai Ketua Cabang dan Pengerusi MPN pada tahun 2002, meletakkan kedua-dua jawatan itu secara rasminya pada 2007 lalu.
Kemudian pada November 2009, Mustaffa mula mengambil alih jawatan sebagai Pengerusi MPN serta kekal menjadi pemangku bagi cabang tersebut.
Osman ketika dihubungi mengesahkan perkara itu, bahawa beliau menawarkan diri untuk bertanding jawatan itu semula.
"Jawatan itu kosong  setelah saya meletakkan jawatan pada 2007 lalu. Maka Mustaffa yang ketika itu timbalan saya menjadi pemangku untuk jawatan tersebut.
"Malah saya diminta oleh akar umbi untuk bertanding semula, maka saya menawarkan diri untuk bertanding jawatan Ketua Cabang Pasir Salak ini," katanya.
Keputusan pencalonan itu secara rasminya dibuat pada 4 September lalu ketika mesyuarat MPN berlansung.
Boon Chye dicabar Timbalannya
Sementara itu, seorang lagi Naib Presiden PKR Dr Lee Boon Chye yang juga ketua cabang Gopeng bakal berdepan timbalannya Anuar, Zakaria.
Anuar yang juga Setiausaha Kerja Negeri mengesahkan perkara berkenaan.
"Saya akan mencabar Dr Lee untuk jawatan ketua cabang Gopeng itu selepas pencalonan padaa 4 September itu berlangsung. Ini persaingan sihat antara saya dan ketua. Tiada apa-apa yang peribadi cuma saya meletakkan diri saya untuk menawarkan diri bertanding jawatan tersebut," katanya kepada FMT.
Seramai 50,000 ahli PKR Perak bakal menunaikan tanggungjawab memilih dalam pemilihan cabang yang berlangsung 25 September ini.
Perak kini mempunyai 24 cabang,  10 daripadanya telah mengesahkan kemenangan tanpa bertanding bagi jawatan ketua cabang.
Sepuluh cabang itu ialah Bagan Serai, Parit Buntar, Bukit Gantang, Padang Rengas, Parit, Ipoh Timur, Sungai Siput, Tapah, Telok Intan dan Bagan Datok.
Kini pertandingan tertumpu kepada 14 cabang lain termasuklah dua cabang yang dianggap panas, Pasir Salak dan Gopeng.

Berikut senarai ketua cabang yang menang tanpa bertanding:
  • Bagan Serai – Mohd Nasir Abdul Rahim
  • Parit Buntar – Abdul Yunus Jamhari, Adun Kuala Kurau
  • Bukit Gantang – Ismail Yusoff
  • Padang Rengas – Alias Zainon
  • Parit – Kapten (B) Usaili Alias
  • Ipoh Timur – Chang Lih Kang, Adun Teja
  • Sungai Siput – Mohd Aun  Yob Abas
  • Tapah – Ridzuan  Bani
  • Telok Intan – Mohd Hashim
  • Bagan Datok – Madzi Hasan

No comments:

Post a Comment