Thursday, September 16, 2010

Tahniah PKR...

Ramai mangkok dan pak2 sibuk dok komplen kununnya PKR bawa budaya Umno dalam pemilihan parti tersebut. Yang dok sibuk sesetengahnya tak masuk mana2 partipun..he he.

Teman pula cuma nak tengok dari sudut2 positif tentang corak pemilihan parti tersebut. Walaupun nampak macam kemaruk kuasa tetapi itulah 'keterbukaan' yang cuba diperkenalkan oleh PKR, parti termuda dalam Pakatan Rakyat. Pencalunan dan pemilihan dibuka kepada lebih 400,000 orang ahli parti.

Umno yang telah wujud lebih 60 tahunpun tidak seberani dan terbuka macam PKR. PAS...teman tak nak komen????

Setiap corak pemilihan ada baik dan buruk dan apa yang dipraktikkan oleh PKRpun tentulah ada kesan2nya. Tetapi jiwa besar pemimpin utamanya amat menggembirakan teman.

Bayangkan kalau PAS, dengan segala kecanggihan IT unitnya boleh melakukan benda yang sama, teman sebagai seorang ahli biasa dari Taman Bukit Indah boleh memilih siapa yang wajar menerajui parti teman secara direct. Tak ada kirim2 salam dengan perwakilan kawasan.

Walaupun Azmin mendapat 'endorsement' dari majoriti MP, wakil rakyat dan senator PKR, dia tidak tentu mendapat undi Samson Entebeng dari Sabah atau Tuminah di Sabak Bernam atau ST Lim dari Ipoh....Kalau Zaid Ibrahim mendapat sokongan majoriti 400,000 pengundi, terpaksalah Azmin menerima kenyataan yang skil politiknya tidak dapat mempengaruhi anggota PKR.

Bila balik kampong masa beraya baru2 ni, ada sedara mara yang bercakap pasal pemilihan PKR... budaya Umno..bla bla bla. Cepat2 teman kasi potong. Ini adalah budaya akan datang. Pada masa akan datang semuanya mesti telus. Sudah berakhir era orang lain memilih bagi pihak individu lain. Kita kena belajar politik baru yang cuba ditanamkan oleh DSAI.

Sebab itu bila mana2 calun yang berminat untuk bertanding apa2 jawatan dalam PKR, cuba mendapatkan endorsement dari DSAI, kepada semua mereka DSAI kata OK. Go ahead. Cuma patuh etika. Itu sahaja pesanan beliau....

Berita yang berkaitan....

Azmin Ali sahkan tanding jawatan timbalan presiden PKR
Oleh G Manimaran September 16, 2010

Azmin Ali mengumumkan keputusan mahu bertanding jawatan timbalan presiden PKR di Kota Kinabalu, Sabah pagi tadi. KUALA LUMPUR, 16 Sept - Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) Azmin Ali mengesahkan akan bertanding jawatan timbalan presiden parti itu yang kini kosong ekoran keputusan penyandangnya tidak mahu mempertahankannya kali ini.

“Setelah mengambil kira pandangan pimpinan tertinggi parti dan anggota-anggota parti termasuk perbincangan terus dengan (Timbalan Presiden Senator) Dr. Syed Husin Ali, saya dengan penuh rasa tawaduk dan rendah hati ingin menawarkan diri saya untuk berkhidmat jawatan tersebut (timbalan presiden),” kata beliau pada sidang media di Kota Kinabalu pagi ini.

Azmin, 46, pernah dicalonkan bertanding kerusi itu tiga tahun lalu tetapi menarik diri daripada bertanding jawatan timbalan presiden.

Beliau menerima sokongan sekumpulan 20 ahli Parlimen dan Senator serta majoriti ADUN dari Selangor dan Negeri Sembilan minggu lalu agar bertanding jawatan timbalan presiden.

Jawatan itu kemungkinan akan turut ditandingi oleh ahli Majlis Pimpinan Pusat Datuk Zaid Ibrahim yang juga Pengerusi PKR Wilayah Persekutuan.

No comments:

Post a Comment