PEMILIHAN KEADILAN 2010

Tuesday, September 21, 2010

Zaid: Tepuk dada tanya selera...

Oleh: ROSLI ISMAIL



Membaca tulisan terbaru Datuk Zaid Ibrahim dalam laman blognya yang bertajuk Hormatilah presiden dan perlembagaan parti maka kita dapat bayangkan bagaimana seorang peguam ternama dan pemilik syarikat guaman terbesar di negara itu nampak macam dah nak tenggelam punca dengan karenah PKR.

Mungkin luahannya kali ini juga dilihat satu bahan kempen untuk jawatan Timbalan Presiden PKR.

Soalnya isu yang dibawanya cukup besar.

Malah dari pengakuannya dalam tulisan itu ,PKR mungkin satu-satunya parti dalam dunia ini yang secara terbuka menjadikan Presiden Datuk Dr Seri Wan Azizah Ismail yang sah dari segi perlembagaan parti sebagai lambang sahaja manakala ahli biasa Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai orang yang paling berkuasa.

Bodoh sangatlah kalau ada siapa tak tahu Anwar ialah Sivaji The Boss PKR .Apa yang Zaid bising ialah dari sudut struktur parti.

Memang pedih hingga beliau terpaksa mengeluarkan kata-kata : Kalau kita dari parti Keadilan tidak hormati jawatan Presiden kita yang sah kerana kita berpuas hati Presiden itu hanya lah lambang (walaupun dia berkuasa penuh mengikut Perlembagaan parti); apa jaminan kita akan menghormati Perlembagaan Negara bila kita berkuasa nanti?

Kalau peguam besar seperti Zaid merasa begitu peliknya pada cacamarba parti yang baru disertainya Julai tahun lalu kesimpulan yang dapat dibuat pastinya tepuk dada tanya selera .

Sebagai orang yang mendakwa dirinya cukup berprinsip hingga sanggup letak jawatan Menteri waktu dalam UMNO kerana tidak setuju dengan isu penahanan ISA yang antaranya melibatkan wartawan...ramai yang sedang memerhati sejauh mana beliau berprinsip kali ini.

Lebih mengaibkan beberapa jam selepas tulisan dalam blognya tersiar,salah seorang orang kepercayaan Anwar yakni Pengarah Komunikasi PKR Nik Nazmi Ahmad terus memperlekehkan desakannya supaya dikembalikan kuasa Presiden...hanya sebagai satu gimik.

Budak baru main politik itu lantas mengajar Zaid supaya berpegang kepada disiplin dan tanggongjawab bersama pada parti.

Beliau cuba mengingatkan Zaid rentetan bagaimana Anwar diberi status de facto kerana masalah edah lima tahun tak boleh pegang apa-apa jawatan politik selepas dibebaskan dari penjara pada tahun 2004.

Edah itu sudah tamat pada April 2008…dan sekarang ialah bulan September 2010.Soalnya apa lagi yang buat Anwar nak terus bergayut kepada Penasihat yang tidak ada dalam perlembagaan parti?

Polimek menjelang pemilihan PKR itu bukan ciptaan Barisan Nasional atau mana-mana musuh politik di luar sana.

Segalanya adalah pandangan Zaid dalam bentuk hitam putih.

Begitu juga dalam tulisan pertamanya yang mendedahkan bagaimana beliau diserang kiri kanan apabila menyatakan hasrat nak bertanding Timbalan Presiden PKR serta meluahkan tentang kemungkinan nasib politiknya dalam PKR jadi macam Allahyarham Tun Ghafar Baba.

Tidak lama masa berlalu selepas mereka saling puja memuja dalam kegairahan kempen pilihanraya kecil parlimen Hulu Selangor bagai dunia ana yang empunya ,Zaid kini macam tidak boleh dipandang sebelah mata oleh puak yang taksub pada Anwar.

Dalam politik tidak ada sahabat yang kekal dan tidak ada musuh yang kekal. Yang ada cuma kepentingan bersama dan Zaid boleh anggap dirinya tidak masuk dalam lingkungan ' kepentingan bersama' itu.

Zaid sudah lama berguru mengenai hal ini sewaktu dalam UMNO dulu.Kalau disingkap balik beliau tidak pernah memekak mengenai hal seperti ini sewaktu dalam UMNO dulu.

Kini baru setahun lebih dalam PKR Zaid tiba-tiba ‘tersedar’ parti itu memang hebat dan cukup hebat hingga beliau ibarat sudah jadi loyar buruk.

Ada yang kata kalau begini halnya apa nak hairan Zulkifli Nordin,Datuk Zahrain Hashim,Salahuddin Hashim,Dr Chandra Muzaffar,Mohsin Fadil Shamsuri,Tan Tee Beng,Wee Choo Keong, Senator Ezam Mohd Nor ,Lokman Nor Adam ,Zaid Md Arip dan sebilangan nama besar pengasas parti itu mengucapkan selamat tinggal.

Namun Zaid jangan lupa ada juga kata-kata Inggeris yang berbunyi if you can’t beat them…join them. Itu pun satu prinsip...bagi mereka yang tak ada prinsip.  
Posted by KEADILAN 2010 at 9:08 AM
Email ThisBlogThis!Share to XShare to FacebookShare to Pinterest

No comments:

Post a Comment

Newer Post Older Post Home
Subscribe to: Post Comments (Atom)

Blog Archive

  • ▼  2010 (306)
    • ►  October (44)
    • ▼  September (227)
      • Kontroversi: Wan Azizah, Tiada Arahan Tindakan Dis...
      • Final Round of PKR Divisional Meetings and Elections
      • TIDAK SALAH HINA PEMIMPIN DI DALAM PKR ?
      • Kenapa Harus 'Bogel'kan Cerita 'Rumahtangga' Sendi...
      • Isu Zaid: Azizah kata tiada tindakan disiplin, Boo...
      • PKR: Tiada tindakan terhadap Zaid Ibrahim..jadi Za...
      • DATUK ZAID MUNGKIN TARIK "HANDBREAK"?
      • Pengumuman Biropolitik
      • Membalas kritikan terbaru Zaid Ibrahim terhadap Pa...
      • Dr Lee Nasihat Zaid Jangan Bandingkan KEADILAN Den...
      • Peringatan Buat Zaid Siri 1
      • Keselamatan Pemilihan Cabang Ditingkat Elak Masalah
      • Azmin 90 - Fuziah, Shamsul dahului calon naib
      • Syor Pecat Jika Ganggu Pemilihan PKR
      • Tiada Parti Sesuai Buat Zaid?
      • NASIHAT BUAT DATO' ZAID IBRAHIM
      • Pemilihan 2010 Latihan Terbaik Persediaan Hadapi P...
      • Isu kesetiaan: PKR belum matang, kata Zaid
      • Pencalonan Timbalan Presiden PKR, Azmin Jauh Menin...
      • Zaid akhirnya tunduk pada UTUSAN MALAYSIA HARAM JA...
      • BOIKOT UTUSAN, TETAPI DATO ZAID BERI `KREDIT' PADA...
      • "Saya Tidak Boleh Tukar Perangai..."
      • Bila Zaid Diinterviu Mingguan Malaysia
      • 100 cabang, Azmin terus dominasi pencalonan
      • AZMIN TIDAK PERLU `IKRAR SETIA' TERHADAP PRESIDEN....
      • Terkini : Azmin 56, Zaid 25, Mustaffa 12
      • Azmin: Wan Azizah Pimpin Kami Hadapi Kekuatan Luar...
      • VIDEO : JAMINAN AZMIN PADA ZAID..
      • An Open Letter to Zaid Ibrahim
      • 'I have no problem with Wan Azizah'
      • Azmin: Tak perlu isytihar setia pada Wan Azizah..k...
      • Hormat Sumbangan & Pengorbanan Pimpinan PKR
      • DATO ZAID, JANGAN BAWA BIADAP UMNO KE DALAM PAKATA...
      • Kenyataan Media Presiden sempena Pemilihan
      • Syed Husin: Saya Tak Akan Layan
      • Nurul Izzah tawar diri untuk bertanding jawatan Na...
      • Zaid losing steam as PKR No. 2 contest enters last...
      • Pakatan leaders slam Zaid for "unjustified" BN sup...
      • Zaid : Syed Hussein Bukan Nyanyuk Tapi “Merepek”
      • Pemimpin Baru Harus Hormati Pejuang Lima Dekad Sye...
      • Azmin: Kalau kalah, Zaid tak dilupakan
      • Zaid Patut Jadi Pahlawan Negara Bukan Jagoan Dalam...
      • Azmin : Tarik balik kenyataan "NYANYUK"..!!
      • Apabila keangkuhan menguasai segalanya
      • Syed Husin: Only time can test a leader
      • Syed Husin pula diserang Zaid
      • Hormati Pemimpin Veteran- Azmin Ali
      • SAMBAL CILLI OLEH SYED HUSIN ALI:RASA PEDAS SEMACAM
      • Syed Husin Sudah Nyanyuk – Zaid
      • Pemilihan PKR : 176 Aduan pelbagai kesalahan diter...
      • Syed Husin nyanyuk: Zaid diingat tak sombong, angkuh
      • Pemilihan PKR cermin komposisi Malaysia
      • Nurul Izzah Tolak Usaha Media Lagakan Dengan Ayah
      • Anwar mahu ahli PKR contohi Syed Husin – Anwar
      • Zaid anti Anwar?
      • Siapa pengganti pilihan Syed Husin?
      • MENGAPA MEREKA BEREBUT-REBUT..KERANA KUASA?
      • Zaid: Tepuk dada tanya selera...
      • Pengkhianat KeAdilan
      • Utusan Malaysia sokong Zaid Ibrahim?
      • Ahli masih sayangkan parti
      • Pemilihan KeADILan : Calon Naib Presiden dan MPP d...
      • Syed Husin Ali: Anwar berbeza daripada Razaleigh
      • Timbalan: Azmin makin selesa di depan
      • Kembali kuasa presiden hanya gimik Zaid..apa agend...
      • Zaid Anggap Anwar Hanya Ahli Biasa
      • Presiden PKR: Anwar tolak pencalonan, tak mahu tan...
      • Timbalan: Azmin 36, Zaid 19, Mustaffa 10, Tian 2
      • Nik Nazmi Umum Tidak Tanding Jawatan Peringkat Nas...
      • Mesyuarat Agung Tahunan PKR Cabang Kuala Krau
      • Terkini : Timbalan: Azmin 35, Zaid 19, Mustaffa 10...
      • Ketua AMK: Chegubard dahului, Rafizi anggap ‘keret...
      • Timbalan: Azmin 29, Zaid 13, Mustaffa 6, Tian 2
      • Pertandingan PKR; Rafizi Ajak Calon Amalkan Adab B...
      • Debat Calon Ketua AMK Tampil Gagasan Besar Tapi Be...
      • Anwar dapat tiga pencalonan tanding presiden PKR, ...
      • Terkini : Azmin Ali terima 23 pencalonan, Zaid dan...
      • Anwar dapat pencalonan pertama presiden PKR
      • Terkini : 13 sudah layak tanding naib presiden PKR
      • Pamer Kebertanggungjawaban, Seluruh Mata Tertumpu ...
      • Anwar: Proses Pemilihan PKR Bebas Dari Fitnah, Sog...
      • 10 pemimpin sudah layak tanding timbalan presiden,...
      • Jadilah Pesaing Yang Bijaksana
      • Pemilihan KEADILAN : Mandat Di Tangan Setiap Anggota
      • Pengerusi Tetap AMK juga tawar tanding naib presid...
      • Pemilihan bincang soal isi, bukan kulit
      • TERKINI : KEPUTUSAN PENCALONAN MPP
      • 5 cabang Kedah cadang Wan Azizah kekal presiden
      • Naib Presiden PKR bertanding ’satu lawan satu’ bag...
      • Lagi Ahli PKR Tanding Kerusi Timbalan Presiden
      • Pemilihan cabang PKR bermula hari ini
      • Zaid akui dakwaan jawatan Presiden hanya boneka
      • Panas : Pemilihan Ketua Cabang Indera Mahkota, Raz...
      • Zaid: 'Pertunjukan' Azmin ada gaya..apa agenda Zai...
      • Wanita, AMK Sokong Penuh Hasrat Shamsul Tanding Na...
      • Shamsul Sah Tanding Jawatan Naib Presiden
      • Shamsul Iskandar: Saya didokong Azmin, semua ahli
      • PKR Kedah batal usul cadang Anwar jadi Presiden
      • SENARAI CALON TERKINI CABANG BAGAN SERAI
      • Tahniah PKR...
    • ►  August (35)

About Me

KEADILAN 2010
View my complete profile
Simple theme. Theme images by Jason Morrow. Powered by Blogger.