Tuesday, September 21, 2010

Zaid anti Anwar?

Berberapa hari sebelum umat Islam menyambut Aidilfitri, kita mendengar kenyataan daripada Datuk Zaid Ibrahim bahawa beliau mungkin menerima nasib seperti arwah Tun Ghafar Baba satu ketika dahulu apabila berlaku pertembungan dengan DSAI untuk merebut jawatan Timbalan Presiden UMNO.
Selepas Aidilfitri, beliau mengeluarkan kenyataan untuk mengembalikan kuasa presiden, Datuk Seri Wan Azizah. Apakah niat jahat Zaid selain untuk menunjukkan bahawa beliau memang anti kepada Ketua Umum?
Ahli-ahli KeAdilan harus sedar bahawa orang ini tidak mempunyai niat lain selain daripada untuk mengambil alih KeAdilan daripada DSAI.
Marilah kita bersama-sama dengan majoriti cabang-cabang di seluruh negara untuk menolak unsur-unsur UMNO di dalam KeAdilan.

No comments:

Post a Comment