Sunday, September 26, 2010

Pencalonan Timbalan Presiden PKR, Azmin Jauh Meninggalkan Zaid

Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) Mohamed Azmin Ali terus mendahului pencalonan bagi jawatan timbalan presiden parti dengan memperoleh 86 pencalonan berbanding Ahli Majlis Pimpinan Pusat (MPP), Datuk Zaid Ibrahim 37 sahaja.
Sehingga jam 8 malam semalam, Pengerusi PKR Perak, Mustafa Kamil Ayub terus mengekori dengan memperoleh 17 pencalonan; Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim (empat), Pengarah Strategik PKR, Tian Chua (tiga) dan Ahli Parlimen Lembah Pantai, Nurul Izzah Anwar (satu)

No comments:

Post a Comment