Friday, September 17, 2010

Lagi Ahli PKR Tanding Kerusi Timbalan Presiden

KUALA LUMPUR 17 SEPT: Bekas Timbalan Setiausaha Agung Parti Keadilan Rakyat (PKR) Jenapala Perumal Subaan hari ini mengumumkan untuk bertanding jawatan timbalan presiden pada proses pemilihan parti itu.


Setakat ini, hanya Naib Presiden Azmin Ali dan Ahli Majlis Pimpinan Pusat, Datuk Zaid Ibrahim mengesahkan untuk bertanding jawatan itu manakala Pengerusi PKR Perak, Mustaffa Kamil Ayup sedang mempertimbang untuk menyertai saingan.

Bercakap pada sidang media di sini, Jenapala menggariskan empat alasan untuk bertanding jawatan yang dikosongkan penyandangnya, Dr Syed Husin Ali.

Antara alasan beliau ialah mahu menguji sama ada proses demokrasi benar-benar wujud dalam PKR , selain membuktikan PKR adalah parti pelbagai kaum.

“PKR juga mesti kembali kepada rakyat, kepada ahli akar umbi. Keempat-empat objektif ini akan menjadi asas kempen saya,” kata beliau.

No comments:

Post a Comment