Thursday, September 16, 2010

Panas : Pemilihan Ketua Cabang Indera Mahkota, Razali Jawab Cabaran Azan Agar Tewaskan Beliau Dulu Sebelum Beriya-Iya Untuk Cabar Dato' Fauzi



KUANTAN, 17 Sept - "Tewaskan Saya Dulu" , begitulah kenyataan daripada Razali Alias (foto), calon yang akan menentang YB Azan Ismail bagi jawatan Ketua Cabang Indera Mahkota esok. Kenyataan itu dibuat sehari selepas Azan mencabar Pengerusi Pimpinan Negeri PKR Pahang, Dato' Fauzi Abdul Rahman menentangnya, sedangkan calon yang sepatutnya ialah Razali Alias. Ramai yang beranggapan bahawa tindakan Ahli Parlimen berkenaan jelas tidang matang dan seolah-olah cuba menjatuhkan imej kepimpinan Dato' Fauzi sendiri. Menurut Razali, Azan tidak sepatutnya mengeluarkan kenyataan sedemikian kerana ia amat tidak baik untuk parti secara keseluruhannya. Azan sepatutnya menewaskan beliau terlebih dahulu sebelum beriya-iya ingin mencabar Dato' Fauzi kata Razali. Tambahan pula tempoh proses pencalonan sudah pun ditutup. Makanya, atas alasan apa yang menyebabkan Azan tiba-tiba mahu Dato' Fauzi menjadi lawannya?. "Adakah saya tidak sesuai dan tiada kreadibiliti untuk menentangnya?" kata Razali. Dalam pada itu Razali menegaskan bahawa beliau amat yakin akan dapat menewaskan Azan berdasarkan kepada sokongan akar umbi dan prestasi semasa Ahli Parlimen itu yang semakin merudun sekarang ini. "Azan hanya gagah di parlimen, tetapi gagal menyelesaikan banyak permasalahan rakyat di kawasannya. Malah, banyak pihak yang terkejut apabila Azan tiba-tiba mahu menyaman individu yang membuat laporan polis terhadap kenyataan-kenyataan yang dikeluarkan sendiri oleh beliau atau proksinya", tambahnya lagi. Beliau bagaimana pun tidak mahu menjelaskan apakah masalah sebenar Azan sejak menjadi Ahli Parlimen dan Ketua Cabang Indera Mahkota itu. "Bagi saya, kita harus berhadapan secara sihat. Musuh kita yang sebenarnya ialah UMNO BN dan bukannya sesama parti. Saya lebih suka mengetengahkan apakah agenda perubahan yang akan dibawa sekiranya berjaya memenangi jawatan itu nanti. Barisan kepimpinan baru yang akan saya ketengahkan juga adalah lebih tersusun dan akan diterima oleh majoriti ahli PKR cabang Indera Mahkota sebenarnya", tambah Razali Alias lagi.

[Apapun, kami ucapkan selamat berjuang kepada YB Azan Ismail dan Razali Alias esok. Hari penentuan yang bakal menjadi penanda aras tentang sokongan akar umbi terhadap kepimpinan masing-masing. Biarpun, kempen-kempen kedua-dua belah pihak nampaknya yang paling panas di negeri ini namun diharapkan semuanya tidak akan menjurus ke arah perpecahan dalaman parti selepas ini. Kempen-kempen sedang dijalankan biarpun timbul kisah penggunaaan "ilmu hitam" terhadap pihak-pihak tertentu sekarang ini. Harus diingat bahawa Azan akan mengadakan Majlis Jamuan Hari Raya Aidil Fitiri pada tarikh dan masa yang sama dengan Hari Pemilihan cabang itu esok. Apakah ia secara kebetulan atau memang satu strategi terancang yang dilakukan untuk menarik sokongan ahli terhadapnya. Semoga kedua-dua pemimpin dapat duduk semeja semual selepas ini, bagi membincangkan agenda yang lebih besar terhadap pengukuhan parti menjelangnya PRU-13 nanti].

PS : Nape calon tajaan menjadi semakin angkuh....bak kata pak bakaq....SERIGALA dalam PKR..??

No comments:

Post a Comment