Thursday, September 23, 2010

Zaid : Syed Hussein Bukan Nyanyuk Tapi “Merepek”

KUALA LUMPUR 23 SEPT : “Saya tak kata dia nyanyuk, saya kata dia nanyu” –  demikian penjelasan Zaid Ibrahim terhadap kritikannya ke atas Timbalan Presiden Parti Keadilan Rakyat Syed Hussein Ali.

Pengerusi PKR wilayah Persekutuan itu  memberi  penjelasan berkenaan hari ini, 24 jam selepas beliau dinasihati supaya menghormati pemimpin veteran seperti Syed Hussein dalam keghairanan untuk mengisi jawatan yang dikosongkan oleh tokoh politik itu.
Menurut Kamus Dewan Bahasa dan Pustaka, nyanyu membawa label “bercakap yang bukan-bukan, meraban dan merepek”. Nyanyuk, pula membawa erti berkelakukan seperti kanak-kanak dan tidak berapa betul lagi, menurut kamus DBP.
Zaid di petik oleh portal Free Malaysia Today sebagai berkata wartawan FMT salah melaporkan beliau sebagai melabel Syed Hussein sebagai nyanyuk semalam.
 “Ketika itu saya sedang memandu dan mungkin wartawan berkenaan salah dengar (dan memetik saya berkata Syed Hussein nyanyuk). Tap apa yang saya kata ialah Syed Hussein “nyanyu”  dan oleh kerana itu beliau mungkin lupa beberapa fakta,” Zaid memberitahu FMT.
Pagi tadi Naib Presiden PKR Azmin Ali menggesa Zaid untuk menarik balik  kritikan peribadinya terhadap Syed Hussein. Azmin berkata, perjuangan Syed Husin selama lima dekad harus dihormati semua pihak.
"Saya nasihatkan Datuk Zaid tarik balik kenyataan itu, hormati beliau (Syed Husin) dan janganlah melampau," kata beliau.
Menurut Azmin, pimpinan PKR sedia menerima kritikan membina tetapi bukan bersifat peribadi.

No comments:

Post a Comment