Thursday, September 16, 2010

Shamsul Sah Tanding Jawatan Naib Presiden

KUALA LUMPUR 16 SEPT : Ketua Pemuda PKR, Shamsul Iskandar Mohd Akin hari ini mengesahkan bertanding merebut jawatan naib presiden dalam pemilihan parti itu hujung tahun ini.
Shamsul Iskandar berkata, keputusan itu diambil bagi membolehkan golongan muda melangkah setapak lagi ke hadapan dalam mempromosikan amalan demokrasi dalam PKR.
“Menginsafi realiti bahawa generasi muda harus memainkan peranan yang lebih besar di dalam pembudayaan demokrasi dalam keadilan, dan mempertimbangkan gesaan generasi muda parti agar idealisme anak muda diangkat dengan lebih berkesan, saya dengan ini mengumumkan untuk menawarkan diri untuk mengisi ruang kepimpinan parti sebagai Naib Presiden Keadilan,” ujar Shamsul dalam satu sidang media hari ini.
Beliau yang berkata demikian ketika mengumumkan kesediannya itu, di Kompleks Sultan Sulaiman, Kampung Baru turut berkata PKR memerlukan lebih penyertaan orang muda dan wanita di peringkat naib presiden memandangkan pencapaiaan mereka dalam pilihan raya umum dua tahun lalu begitu memberangsangkan.
“Daripada tujuh Naib Presiden, empat yang dipilih tiga yang dilantik kalau tidak ada seorang pun daripada Naib Presiden itu orang muda maka parti ini akan dilihat tidaka akan memberi ruang dan peluang kepada orang muda.Walhal parti kita parti keadilan ini tidak begitu,kerana kita telah lakukan dalam pilihanraya lalu. Dalam pilihanraya lalu kita menjadi parti politik yang terkehadapan dalam memberikan ruang sepenuhnya kepada generasi muda untuk bertanding tidak kira mereka ini ada pengalaman atau tidak dan ternyata ramai mereka yang telah menang kini berkhidmat sebagai ahli parlimen dan Adun. Dan prestasi mereka tidak memalukan pasukan angkatan muda malah saya tegaskan, tiada seorang pun orang muda yang melompat parti,” kata beliau lagi.
Ditanya sama ada beliau mendapat dokongan Naib Presiden PKR Azmin Ali bagi bertanding jawatan itu, Shamsul tersenyum sambil menjawab beliau mendapat sokongan penuh.
“Saya dapat sokongan daripada Azmin dan semua anggota parti, insyaAllah.Sebab itu saya berani tawarkan diri, saya yakin dan Azmin juga orang pimpinan dan anggota parti. Kerana ini adalah direct election,” ujar beliau mengakhiri sesi.

No comments:

Post a Comment