Monday, August 30, 2010

Rafizi Umum Pencalonan Ketua AMK Esok


SHAH ALAM 31 Ogos - Ketua Eksekutif di Pejabat Penasihat Ekonomi Negeri Selangor, Mohd Rafizi Ramli akan mengumumkan pencalonan beliau bertanding jawatan Ketua Angkatan Muda KEADILAN Malaysia  esok.
Beliau menjadi calon pertama yang mengisytiharkan hasrat secara rasmi untuk menentang Ketua AMK, Shamsul Islandar Mohd Akin.
Didamping itu Mohd Rafizi juga dijangka mengumumkan barisan 'Kabinet Bayangan' beliau yang akan bersama-sama bertanding sebagai satu pasukan.
Satu sidang media akan diadakan disebuah restoran bersebelahan ibu pejabat Parti Keadilan Rakyat (KEADILAN) di Tropicana, Petaling Jaya pada pukul 11.00 esok
Mohd Rafizi, 33, yang merupakan bekas pegawai kanan di Petronas Carigali Sdn Bhd dan Pharmaniaga Berhad di lantik ke jawatan sekarang pada Disember 2009.
Beliau dilahirkan pada 14 September 1977 di Besut, Terengganu dan mendapat pendidikan awal di Sekolah Rendah Sultan Ismail, Kemaman (1984 – 1989) serta Kolej Melayu Kuala Kangsar (1990 –1994).
Mohd Rafizi berkelulusan Ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan Elektrikal dan Elektronik dari Universiti Leeds serta lulus sebagai akauntan bertauliah dari Jeffreys Henry Chartered Accountants, London.
Setiausaha AMK, Zulfikar Ali Ariffin ketika dihubungi berkata beliau mengalukan-alu anggota 
AMK untuk bertanding mana-mana jawatan dalam sayap itu.

"Inilah budaya demokrasi yang kita mahu suburkan di dalam AMK dan juga KEADILAN. Setiap ahli 
berhak memilih dan dipilih.

"Hanya saya ingin berkongsi pendapat ahli peringkat akar umbi biarlah pertandingan untuk apa sahaja jawatan bebas daripada budaya 'wahyu' kerana ini akan menjadi penghalang kepada usaha memantapkan KEADILAN sebagai sebuah parti masa depan," kata Zulfikar.

No comments:

Post a Comment