
Mengulas mengenai pemilihan pimpinan parti tidak lama lagi, Datuk Fauzi berharap agar semua calon-calon yang bertanding dapat berkempen secara berhemah.
"Tidak perlu menggunakan serangan peribadi atau yang berbaur perkauman untuk menjatuhkan pihak lawan. Apa yang penting ialah nyatakan agenda perubahan yang mahu dibawa oleh diri masing-masing agar ahli dapat membuat pilihan dengan tepat", katanya. Beliau juga mengucapkan syabas kepada mana-mana calon yang menang tanpa bertanding di seluruh negeri Pahang dalam pemilihan kali ini. PKR Pahang juga sebulat suara menyokong penuh pencalonan pemimpin negeri untuk bertanding di peringkat pusat iaitu
Fuziah Salleh (Naib Presiden) dan
Ahmad Nizam Abd Hamid dan
Zakaria Hamid (Majlis Pimpinan Tertinggi). Tiga pemimpin ini dilihat amat berpotensi untuk menang dan mengharumkan nama PKR Pahang. Malah kekuatan yang ada pada mereka juga sukar untuk dinafikan memandangkan mereka antara pemimpin terawal yang mencorakkan perjuangan parti di negeri Pahang. Justeru itu, beliau menyeru kepada semua pihak untuk menyokong pencalonan ketiga pemimpin terbabit. Sementara itu difahamkan beberapa cabang PKR di Pahang telah mengadakan
Hari Pencalonan semalam dimana terdapat cabang yang menyaksikan pemimpinnya
menang tanpa bertanding.
No comments:
Post a Comment