INDERA MAHKOTA, 28 Ogos - Seperti yang dijangka pertembungan sengit
"Ketua Cabang" akhirnya berlaku di
Cabang Indera Mahkota seperti yang diramalkan. Ketua Cabang yang juga
Ahli Parlimen Indera Mahkota,
YB Azan Ismail bakal dicabar oleh
Setiausaha Perhubungan PKR Pahang iaitu
Razali Alias. Proses penamaan calon bagi pemilihan pimpinan cabang itu dibuat di
Pejabat PKR cabang itu di
Jalan Air Putih Kuantan hari ini. Razali yang kini bekerja sebagai
Pengurus Operasi Perbadanan Kemajuan Pertanian Selangor (PKPS) juga merupakan
Setiausaha Ranting Indera Mahkota 2 dekat sini. Pertembungan antara kedua-dua pemimpin ini memang sudah kami jangka sejak awal-awal lagi. Apapun, kedua-duanya pemimpin itu mempunyai peluang besar untuk menang.
[Bagi pencalonan untuk Cabang Indera Mahkota juga berlaku pertembungan antara Kamaruzaman Md Yunus dengan Ibrahim Sidek bagi jawatan Timbalan Ketua Cabang. Sementara itu bagi jawatan Naib Ketua Cabang pula, pertembungan tiga penjuru antara Kasfian, Ravi dan Chin Cheong. Manakala itu difahamkan bagi perebutan jawatan Ketua AMK Cabang Indera Mahkota pula, Saudara Ahmad Sani Abd Ghani dijangka menang tanpa bertanding jawatan itu].
No comments:
Post a Comment