Friday, August 27, 2010

PKR Kuala Krau mengadakan Mesyuarat Agung Tahunan Cabang di Kg Penderas

Parti Keadilan Rakyat Cabang Kuala Krau akan mengadakan Mesyuarat Agung Tahunannya di Kg Penderas, sebuah perkampongan Orang Asal di sini pada 19hb September 2010 nanti. Lokasinya adalah di rumah Chim yang telah dijadikan Markas Parti Keadilan Rakyat Kg Penderas.
Ini adalah satu tempaan sejarah kerana selama ini tidak pernah berlaku di mana-mana Cabang parti itu yang mengadakan Mesyuarat Agung Tahunannya di perkampongan Orang Asal.
Tindakan mengadakan mesyuarat agung di kampong Orang Asal bertujuan untuk menyatakan bahawa PKR adalah parti untuk semua dan semua kaum diraikan didalam parti ini. Mengadakan mesyuarat agung di kampong ini mendekatkan parti dengan Orang Asal dan sejumlah yang sangat besar dari kalangan Orang Asal DUN Jenderak kini sudah menyertai keanggotaan Parti Keadilan Rakyat.
Markas di kampong Penderas ini amatlah sesuai untuk Mesyuarat Agung Tahunan kerana ia besar dan luas, boleh menampung kehadiran yang ramai, dan mempunyai bekalan elektrik.
Pada 29hb Ogos ini, akan berlangsung penamaan calon dan semua anggota Parti Keadilan Rakyat Cabang Kuala Krau dari semua ranting-rantingnya boleh mendaftarkan diri untuk menjadi calon didalam MATC yang akan diadakan pada 19hb September 2010.
Dari segi rekodnya, PKR Cabang Kuala Krau adalah aktif dari segi pencalonan, dan didalam pencalonan semasa perasmian penubuhan parti hampir dua tahun lalu menyaksikan lebih 50 orang calon didaftarkan untuk memilih 15 anggota Jawatankuasa dan jawatan-jawatan utama yang lain.
Jika pada tahun ini akan berlaku seperti itu, maka pengundian akan dilakukan bagi pemilihan Jawatankuasa PKR Cabang Kuala Krau. Demokrasi di Cabang Kuala Krau hidup segar megar!

No comments:

Post a Comment