RAUB, 29 Ogos - Pemilihan Pimpinan PKR Cabang Raub bakal menyaksikan pertembungan satu lawan satu bagi jawatan Ketua Cabang. Dua pemimpin berkenaan ialah bekas calon PKR DUN Dong
Kamaluddin Abd Rahman dan
Mohd Ibrahim Derani. Manakala bagi jawatan Timbalan dan Naib Ketua Cabang pula tiada pertandingan berlaku. Begitu juga tiada pertandingan bagi Ketua Wanita dimana dimenangi tanpa bertanding oleh
Normah dan Naib Ketua
Khamsiah Shabuddin. Manakala untuk Jawatan Ketua AMK pula ialah
Zurul Amri Mohd Ali dan Timbalan
Ali Bagener. Sementara itu bekas Ketua Wanita
, Kak Nun dan suaminya menarik diri atas faktor usia bagi memberi laluan kepada pemimpin baru mengemudikan parti di cabang itu.
No comments:
Post a Comment