Tuesday, September 7, 2010

Amaran Keras JPP Berhubung Politik Wang

PETALING JAYA 8 Sept - Jawatankuasa Pemilihan Pusat (JPP) Parti Keadilan rakyat (KEADILAN) menegaskan semua aduan mengenai dakwaan politik wang dan tindakan memburuk-buruk pesaing dalam kempen Pemilihan Party 2010 mesti dikemukakan kepada jawatankuasa itu.

Dalam satu kenyataan yang dikeluarkan hari ini, Ketua JPP, Dr Molly Chead berkata parti memandang amat serius amalan politik wang dan sekiranya terbukti kesalahan, seseorang calon boleh digantung daripada mengambil bahagian dalam proses pemilihan.
Malah menurut beliau kenyataan yang dikeluarkan oleh mana-mana calon untuk meraih sokongan tidak harus menjejaskan imej parti atau mencemarkan nama baik KEADILAN serta sentiasa meletakkan kepentingan perjuangan parti mengatasi segala kepentingan diri.
"Individu atau kumpulan penyokong tidak dibenarkan mengadakan sidang media di ibu pejabat parti untuk tujuan kempem. Adalah dikesali sidang media yang diadakan oleh beberapa ahli parlimen untuk menyokong Azmin Ali diadakan tanpa pengetahuan pihak pengurusan ibu pejabat.
"Semua aduan mestilah disalurkan kepada JPP di ibu pejabat parti dan bukannya dibuat melalui media termasuk blog peribadi. Tindakan itu tidak memberi kepentingan kepada KEADILAN sekiranya mendedahkan keburukan dikhalayak ramai," tegas Dr Molly.

No comments:

Post a Comment