Wednesday, September 1, 2010

AMK Pahang Sebulat Suara Mahu Agar Shamsul Iskandar Dikekalkan Sebagai Ketua AMK Pusat !!

MENTAKAB, 2 Sept  - Angkatan Muda Keadilan (AMK) Pahang sebulat suara mahu mengekalkan Ketua AMK Malaysia, Shamsul Iskandar Mohd Akin menjawat jawatan itu dalam pemilihan pucuk pimpinan Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan AMK sesi 2010 hingga 2013. Ketua AMK Pahang, Rizal Jamin (foto) berkata, selain itu seramai empat atau lima calon pemuda AMK Pahang akan dihantar untuk bertanding bagi jawatan Exco Majlis Pimpinan AMK nanti. Menurutnya, pemuda AMK Pahang kini kian giat menjalankan pelbagai program turun padang terutama di kampung tradisional dan tanah rancangan untuk menyampaikan maklumat seperti edaran risalah, ceramah dan sebagainya. Beliau berkata demikian selepas mesyuarat bersama 14 Ketua Cabang AMK Pahang di sini semalam.

[Satu keputusan yang akan terlalu awal untuk dibuat sebenarnya. Apapun itu adalah apa yang dinyatakan oleh Ketua AMK Pahang sendiri. Cuma apa yang lebih penting sekarang ialah AMK Pahang perlu lebih kerap mengadakan program bersama Pakatan Rakyat terutamanya PAS. AMK Pahang juga wajar melahirkan lebih ramai skuad pelapis untuk naik ke pentas ceramah bagi membantu perjuangan rakyat di negeri ini. Jika dilihat kepada senario semasa, perkara ini jelas tidak berlaku sebenarnya. Malah peranan ICT dalam AMK Pahang juga perlulah ditingkatkan jika benar ingin menarik golongan muda menyokong Pakatan Rakyat dalam pilihanraya umum akan datang. Apapun kami ucapkan syabas atas keputusan berani AMK Pahang untuk terus mengekalkan Shamsul menerajui pergerakan itu. Namun, harus diingat bahawa lawan beliau juga hebat jika Chegubard dan Rafizi sah menawakan diri untuk jawatan itu. Terdapat juga ura-ura Shamsul akan dinaikkan pangkat kepada Ketua Penerangan PKR untuk memberi laluan kepada Chegubard dan Rafizi bertemu satu lawan satu dalam pemilihan nanti. Semoga pertembungan itu tidak akan mewujudkan perpecahan dalam AMK itu sendiri hendaknya].
PDO

No comments:

Post a Comment