Wednesday, September 8, 2010

CAKAP-CAKAP POLITIK SEKITAR AZMIN VS ZAID.

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEgRS-NdYf4PFBrAjDPBbQCoYC5I9XujKjAXNCntsbn0At88UzruEDTcItTOgMnIOfnd_bnUR6PS4LcBKIIoFeR_P1aoPfPwkK_DSSvwlmBha6Z-jrk9qglxw_aljHnS7cKmzvxKWgDm_NA/s1600/azmin-ali.jpg

Maafkan aku kerana tidak dapat mengemaskini banyak bahan kerana sibuk bermundar-mandir bertemu teman-teman parti mendapat kisah-kisah sekitar pemilihan parti.

Ditambah dengan persediaan menyambut Raya yang bakal kunjung tiba.

Mungkin agak panjang berjela kalau aku nukilkan semua kesah yang aku kutip dari semua 'kem' yang aku temui.

Mungkin cakap-cakap politik ini boleh dijadikan indikasi awal kepada calon mahupun akar umbi membuat perkiraan :


" Zaid ni liberal ...."

" Azmin ni nampak lagi ke'UMNO'an nya  .."

" Zaid ni kita tak tahu hujung pangkal perjuangan dengan kita untuk masa depan parti.."

" Azmin ni kita susah nak dekat ... "

" Zaid ni 'style' politik 'urban' , mungkin kurang dekat dengan akar umbi di kampung...."

" Azmin ni dapat sokongan kuat PAS .."

" Zaid ni orang PAS kurang sikit..."

" Azmin ni dia punya kabel dengan DAP pun 'quite strong dengan a few DAP assemblyman Selangor' .. "

" Zaid punya hubungan politik dengan kepimpinan DAP memang nampak kukuh..."

" Azmin akan menang mudah kalau ada pertembungan 3 penjuru...."

" Zaid tahu dia akan kalah , cuma nak 'test market'...."

" Azmin ni kadang-kadang nampak macam sombong..."

" Zaid ni dengan akar umbi tak pandai nak bergaul....."

" Azmin punya pengaruh dalam AMK kukuh...."

" Zaid ni budak-budak AMK kurang sikit , kes calon Hulu Selangor .... "

" Azmin punya politic game  is unpredictable.... "

" Zaid punya catur politik kelihatan agak naive tetapi mungkin menambat hati akar umbi kerana karakter yang cuba ditonjol itu... "

" Azmin akan menang kalau dilihat dengan sokongan terbuka banyak Ahli Parlimen dan ADUN Keadilan .. "

" Zaid lebih senior dalam dunia politik , tetapi dalam Keadilan dia masih junior ... "

" Jentera akar umbi Azmin nampak lebih tersusun kerana perkenalan berbelas tahun yang tersemai dengan orang lama parti .... "

" Zaid masih mengharap portal Media Alternatif yang dominan untuk melonjakkan imejnya..."

" Azmin punya jasa susah orang parti nak lupa , kalaupun ada cakap-cakap dia ni susah untuk didekati.... "

" Zaid punya kekalahan di Hulu Selangor sedikit sebanyak mengecewakan jentera parti dengan ada pihak yang meletakkan alasan kesilapan dalam pemilihan calon punca kekalahan.... "

" Azmin punya pengaruh dan sokongan kuat di Gombak...... "

" Zaid maseh tercari-cari kawasan untuk dirinya , tidak seperti Azmin yang mempunyai 'base' yang kukuh .... "

Cukup itu sahaja yang aku dapat kutip....

Ada yang kata nak Azmin....

Ada jugak la yang kata nak Zaid.....

25 : 1 nisbah ikut bacaan aku. Bukan nisbah bacaan Pengerusi SPR. kah kah kah

Tetapi dari keseluruhan memang YB Azmin mendahului...

Kalau ikut aku la..... 

RAIKAN DEMOKRASI DALAM PARTI !!!

YANG WAJIB DILANYAK ADALAH PENYAMUN UMNO !!!   

No comments:

Post a Comment