Monday, September 6, 2010

Dato Zaid dan YB Azmin Ali.

Aku hormat pada Dato Zaid sebagai bekas Menteri UMNO yang berprinsip.

Beliau merupakan antara satu-satunya Menteri UMNO yang membuktikan jawatan Menteri itu bukanlah tujuan akhir dalam capaian politik , ada juang yang lebih penting dari itu.

Kemasukan nya dalam Keadilan dengan nyata menambah kekukuhan Parti dan membuka minda kebanyakan warga bahwa Keadilan merupakan wadah tunjang dalam merobek kubu-kubu samun Penyamun UMNO.

Tetapi aku sebagai ahli Keadilan dan juga berjuta ahli Keadilan lain di seluruh negara menghadapi dilemma yang sama apabila 'dipaksa' memilih antara Dato Zaid dan YB Azmin.

Apa perkiraan dan sentimen akar umbi ?


YB Azmin adalah 'True Warrior'.

Perjuangan berbelas tahun tanpa lelah adalah satu kualiti dan jasa yang dihargai oleh akar umbi.

Pernah ada ketika nya ketika Parti dalam keadaan lemah , sehingga akar umbi meletakkan kalau YB Azmin meninggalkan Parti maka berakhirlah wadah perjuangan yang berasaskan Parti dalam mengemudi gerakan Rakyat.

Tetapi kini Keadilan nyata gagah.

Penyamun UMNO sedia untuk dihambat bila-bila masa.

Pejuang Parti yang kaliber dari peringkat Ranting ke Pusat sudah ramai.

Dari golongan Profesional , Agamawan , Ahli Perniagaan , Reformis dan Rakyat Marhaen.

Kejayaan Parti yang dicapai sehingga kini  adalah hasil titik peluh yang giat dibangunkan oleh YB Azmin dan beberapa teman Pimpinan selama berbelas tahun.

Mana mungkin Ahli Parti boleh lupakan itu ? 

Kalau akar umbi lupakan perkiraan itu , nyata kamu lupakan jasa Azmin ketika Parti dilanda tahun-tahun pancaroba dan dugaan politik yang dihadap oleh beliau dalam memastikan wadah perjuangan kekal terpelihara.

AKU DENGAN SECARA TERBUKA MEMBERI SOKONGAN PENUH KEPADA KEPIMPINAN YB AZMIN UNTUK DINOBAT SEBAGAI TIMBALAN PRESIDEN !!!

TIDAK ADA SYAK TENTANG ITU !!!

PENYAMUN UMNO WAJIB DILANYAK !!!!

PEJUANG REFORMIS !!!

ANGKATAN MUDA KEADILAN !!!

WANITA KEADILAN !!!

ORANG LAMA PARTI !!!

ORANG BARU PARTI !!!

SEMUA MENYOKONG PENUH YB AZMIN !!!!


TERUS TERUSAN DALAM PERJUANGAN !!!

No comments:

Post a Comment