KOTA KINABALU: Jika Naib Presiden PKR, Azmin Ali dicabar satu lawan satu di cabang Gombak, rakannya Datuk Dr Jeffrey Kitingan menghadapi saingan tiga penjuru di Pensiangan, Sabah.
Dr Jeffrey akan dicabar oleh Danny Anthony Andipai dan Richard Liwan dalam pemilihan 29 September ini.
Ketiga-tiga mereka menyerahkan borang pencalonan di Kampung Takul, Pensiangan Ahad lalu.
Seorang ahli PKR cabang yang hanya mahu dikenali dengan panggilan Robert berkata, Richard merupakan kawan baik Danny.
"Beliau turut menyerahkan borang pencalonan bertanding ketua cabang sebagai calon simpanan jika pencalonan Danny ditolak dalam masa tambahan.
‘Masa bantahan akan berlaku selepas tiga hari dari penamaan pencalonan iaitu ketika borang-borang pencalonan mula dipamerkan untuk tatapan dan semakan oleh ahli-ahli PKR di kawasan berkenaan," katanya.
Manakala jawatan Timbalan Ketua Cabang merupakan satu lawan satu di antara Gabriel Uwing menentang penyandang jawatan, Affendy Hasbollah Angindih yang juga seorang bekas guru sekolah.
Danny merupakan penyandang jawatan ketua cabang Pensiangan pernah mempertikaikan kemenangan tanpa bertanding Tan Sri Joseph Kurup, Presiden PBRS bagi parlimen Pensiangan pada PRU-12.
Ketika itu Suruhanjaya Pilihanraya (SPR) menolak kertas pencalonan Andipai ditolak atas sebab-sebab tertentu.
Bagaimana pun mahkamah memutuskan bahawa kemenangan tanpa bertanding Kurup adalah sah.

No comments:
Post a Comment