Sempena ketibaan bulan syawal tahun ni....aduhh...jangan pula merasa hairan dan terperanjat....ada CABANG yang dikatakan miskin mampu buat RUMAH TERBUKA MERIAH tahun ni....!!
Semua adalah gara-gara pemilihan 2010.....pesta melobi dan menonjol diri akan berlaku...
Bermula pada 17 Sept ini pemilihan peringkat CABANG akan bermula...nama calon-calon telah dikenal pasti...majlis ramah mesra dan jamuan hari raya telah terlaksana...
Jadi 400,000 ahli akan menjalankan tanggungjawap memilih pimpinan CABANG...kuasa dan mandat yang diberi kepada pimpinan baru ini akan membawa suara ahli untuk mencalonkan MPP pula...maka kuasa membeli telah bermula sejak pemilihan CABANG lagi......
Tak mustahil bagi mereka yang berkuasa dan mempunyai wang akan menguasai CABANG terpilih....dan secara tidak lansung amanah 400,000 ahli telah dinodai oleh kepimpinan CABANG yang berpaksikan kuasa dan wang ini.......
KEADILAN...hala tuju ke putrajaya...tapi jika kuasa dan wang menguasai parti ini....nescaya jalan yang lurus boleh jadi jalan yang berliku buat PAKATAN RAKYAT....
Perlu diingat orang diluar sana sedang merancang untuk mengagalkan usaha k eputrajaya....mereka akan melakukan apa sehaja dalam memastikan PAKATAN RAKYAT gagal ke putrajaya........
KEADILAN sebagai parti utama untuk memacu ke putrajaya perlu bersedia menjadi parti pilihan rakyat....sentimen kebencian dan rasa curiga akan jadi agenda utama musuh....
Dengan merosakan hubungan dalam parti serta menimbulkan perbalahan sesama ahli KEADILAN telah dimulakan sejak 2008 lagi.....maka tahun 2010 tahun mencabar ketabahan dan kekuatan ahli bagi memastikan KEADILAN berjaya berada dilandasan yang sepatutnya.................
(Bersambung)
No comments:
Post a Comment