Saturday, September 4, 2010

Mustaffa Kamil Ayub ditentang oleh Hj. Osman di Pasir Salak



Pencalonan untuk Ketua Cabang PKR bagi lapan lagi cabang di Perak berakhir hari ini. Keputusan-keputusan boleh diperolehi di sini.
Tanjong Malim menyaksikan pertandingan empat penjuru manakala Lumut menyaksikan pertandingan lima penjuru.
Paling menarik ialah Pasir Salak dimana Mustaffa Kamil Ayub ditentang oleh Hj. Osman Abdul Rahman. Hj. Osman menyerahkan borang pencalonan pada pukul 3.45 petang, lima belas minit sebelum waktu pencalonan ditutup.
Ini merupakan perkembangan menarik kerana Hj. Osman dilihat sebgai orang Azmin, dan merupakan bekas Ketua Cabang Pasir Salak sebelum Mustaffa Kamil. Kembalinya Hj. Osman ke Pasir Salak akan menyulitkan lagi Mustaffa Kamil Ayub.
Apakah Hj. Osman mampu mengalahkan Mustaffa Kamil Ayub?

No comments:

Post a Comment