KUANTAN, 9 Sept - Pemilihan
PKR Cabang Indera Mahkota pada
18 September semakin dihangatkan lagi, apabila seorang calonnya iaitu
Ram Ponnusamy (foto), menarik diri. Beliau yang sepatutnya bertanding untuk jawatan
Naib Ketua Cabang itu, menarik diri beberapa hari yang lalu. Surat penarikan dirinya telah dihantar kepada
Ibu Pejabat PKR baru-baru ini. Difahamkan, dengan penarikan diri Ram maka perebutan jawatan untuk Naib Ketua cabang itu kini tinggal tiga penjuru antara
Lee Chean Chung, Ravichandran a/l Krishnan dan
Kasfian Kasmudin. Menurut Ram, beliau menarik diri untuk memberi laluan kepada calon laun bertanding dengan lebih selesa.
"Musuh saya yang sebenarnya ialah UMNO BN, bukannya rakan-rakan dalam PKR sendiri. Saya juga kecewa kerena pertandingan di cabang ini memang penuh dramatik sekali berikutan jawatan Ketua Cabang yang disandang oleh Ahli Parlimen, YB Azan dicabar", katanya. "Saya terkilan, amalan demokrasi agak tercemar bila ada pihak yang menyerang secara peribadi terhadap calon-calon tertentu. Kenapa perlu ada laporan polis jika kita mengamalkan demokrasi?", kata Ram. Beliau mungkin menyentuh mengenai dua laporan polis yang telah dibuat oleh calon Timbalan Ketua,
Kamarulzaman Mohamed Yunus dan calon Naib Ketua,
Ravichandran terhadap
Azan Ismail di
Ibu Pejabat Polis Daerah Kuantan baru-baru ini. Beliau juga berharap agar pertandingan dapat diadakan secara sihat dan berhemah.
"Tidak perlu ada unsur tuduh menuduh, sepatutnya masing-masing menyatakan agenda untuk membangunkan parti di peringkat cabang. Kita tidak mahu, pertandingan ini nanti menimbulkan perpecahan, sedangkan pilihanraya umum akan datang sudah semakin hampir untuk kita lalui", kata Ram kepada krew PDO malam tadi.
[Penarikan diri Ram Ponnusamy ini ada baiknya, untuk memberi laluan pertandingan tiga penjuru bagi jawatan itu di cabang Indera Mahkota. Walau bagaimana pun ramai yang terkejut dengan keputusan tersebut, tambahan pula Ram dikataka berada dalam "Team A". Beliau juga merupakan Timbalan Pengerusi III, PKR Pahang dan mantan calon PKR untuk kerusi parlimen Bentong dalam Pilihanraya Umum Ke-12 lalu. Sebelum ini Ram adalah Ketua Cabang Bentong sebelum membuat pertukaran ke Cabang Indera Mahkota. Apapun PDO ucapkan tahniah atas keberanian mempertahankan prinsipnya. Soalnya, apakah tindakan beliau itu sedikit melumpuhkan jentera kempen "Team A"?. Sebagai makluman Cabang Indera Mahkota dikataka yang paling panas di Pahang kerana Ketua Cabang itu YB Azan Ismail bakal ditentang oleh Setiausaha Perhubungan Negeri iaitu Razali Alias. Razali merupakan mantan calon DUN Indera Mahkota dalam pilihanraya umum 1999 yang lalu. Pemilihan cabang itu juga dihangatkan lagi dengan perkabaran YB Azan akan menganjurkan Majlis Rumah Terbuka Raya dilokasi dan tarikh yang sama dengan pemilihan cabang itu pada 18 September ini].
No comments:
Post a Comment