Wednesday, September 1, 2010

Perak gesa Mustafa Kamil tanding timbalan presiden PKR



31232_395934888045_215868293045_3912141_3210088_n IPOH: Parti Keadilan Rakyat (PKR) Perak bersetuju dan menggesa Naib Presiden, Mustafa Kamil Ayub bertanding jawatan timbalan presiden dalam pemilihan parti akhir tahun ini.
PKR negeri itu juga menyatakan sokongan kepada  Naib Presiden  Dr Lee Boon Chye dan ahli majlis pimpinan pusat (MPP)Dr Mohd Nur Manuty bertanding jawatan naib presiden.

PKR Perak yang bermesyuarat di Ipoh turut menyatakan sokongan kepada lapan pemimpin PKR negeri itu untuk bertanding kerusi MPP.
Mereka ialah dua orang  Naib Pengerusi PKR negeri, Madzi Hassan dan Kesavan; Zulkify Ibrahim (ketua penerangan); Ismail Yusof (pengarah pilihanraya);  Tai Sing Ng (bendahari); Muzaffar Shah Khairuddin (exco AMK pusat dan negeri); Siti Aisyah Shaik Ismail (ketua srikandi pusat) dan Usaili Alias (ketua cabang Parit).
Serentak itu PKR Perak meminta pimpinan cabang dan ahli peringkat negeri  mencalonkan nama tersebut dalam proses pencalonan peringkat negeri kelak.
Menurut kenyataan media yang ditandatangani oleh Setiausaha PKR Perak,  Anuar Zakaria, kepimpinan negeri dan 24 ketua cabang menyatakan bahawa Mustafa  Kamil merupakan tokoh yang paling layak menjawat jawatan timbalan presiden parti.    
Mustafa, katanya, mempunyai  asas kualiti kepimpinan yang cemerlang ketika beliau berada dalam parti sejak 1999 yang lalu.
"Mustafa Kamil Ayub berpengalaman memimpin PKR sebelum ini sebagai, pemangku ketua pemuda selama dua tahun, setiausaha agung selama tiga  tahun dan naib presiden selama  enam tahun.
"Beliau juga diberi kepercayaan yang tinggi oleh presiden dan kepimpinan parti mengetuai Negeri Terengganu dan Sarawak, sebagai Pengerusi Keadilan Negeri tersebut dan berjaya menyelesaikan kemelut kedua-dua negeri ketika dilanda masalah.
"Mustafa turut diberi kepercayaan oleh presiden dan kepimpinan parti menjadi pengerusi biro antarabangsa dan biro latihan parti," katanya.
Pada November 2009,  Mustafa dilantik sebagai pengerusi PKR Perak dan berjaya menyelesaikan konflik dan kemelut yang melanda negeri Perak suatu ketika.
Melalui kepimpinan beliau, satu perubahan besar telah dilakukan melalui gagasan Memimpin Agenda Perak (MAP) yang diilhamkan oleh beliau sehingga menjadikan Keadilan Perak disegani oleh rakan dan digeruni pihak lawan.
Anuar berkata, majlis pimpinan Perak yakin sekiranya Mustafa  bersedia bertanding Jawatan timbalan presiden, beliau mempunyai keupayaan yang tinggi memberi sumbangan yang bermakna kepada keadilan untuk menjadi sebuah parti yang unggul di negara ini.

No comments:

Post a Comment