
9 Sept - Penubuhan Jawatankuasa Pemilihan Pusat yang dianggotai sembilan orang anggota adalah kesinambungan usaha Parti Keadilan Rakyat menerapkan prinsip telus dan ketanggungjawaban di setiap lapisan parti.
Ketua Jawatankuasa, Dr. Molly Cheah menjelaskan bahawa peranan jawatan kuasa tersebut secara amnya adalah untuk memantau dan menyelia pemilihan tersebut.
Dr. Molly yang berkata adalah menjadi harapan beliau pemilihan ini dapat dijalan dengan telus ditambah dengan adanya garis panduan kod etika pemilihan serta Jawatankuasa pemantau.
Menurut Dr. Molly, pemilihan dalaman parti ini adalah kali pertama seumpamanya dan ia menjadi cabaran bagi semua pihak untuk memastikan ianya berjalan lancar seperti yang direncanakan.
Sekurang-kurangnya 400,000 ribu ahli parti terlibat dalam pemilihan kali ini bagi menentukan barisan pimpinan kanan dan akar umbi PKR.
Selain dari menetapkan garis panduan dalam pemilihan, Dr. Molly juga menekankan bahawa adalah penting peraturan itu dipatuhi oleh semua ahli kerana ianya mencerminkan parti sendiri.
No comments:
Post a Comment