Pemantau perjalanan pemilihan PKR Mydemocracy Watch kini menerima aduan  berhubung dakwaan terdapat cubaan menjual nama Datuk Seri Anwar Ibrahim  dan isterinya Datuk Seri Wan Azizah Ismail oleh bakal calon.
  
 "Kita  terima aduan terdapat pihak yang menggunakan perkataan bahawa beliau  direstui Anwar dan Wan Azizah. Kita tidak mahu perkara ini berlaku,"  kata penyelaras badan sukarela itu, Yusmadi Yusoff.
 
   Yusmadi yang juga ahli parlimen Balik Pulau berkata, aduan itu antara  tiga aduan yang diterimanya bagi mempengaruhi keputusan pemilihan PKR di  pelbagai peringkat pada November ini.
 
 "Tetapi kita  dapat tahu, Anwar sendiri tidak pernah secara rasmi menunjukkan beliau  menaja atau merestui sesiapa," katanya kepada Malaysiakini.

 
No comments:
Post a Comment