Siapa dibelakang debat ini?
Idea untuk mengadakan debat ini sudah lama aku tulis dalam posting-posting yang lama. Setiap calon yang mahu menawarkan diri untuk memimpin, perlu berdepan dengan rakyat. Bukan dengan mengipas atau mengampu pemimpin atasan. Diperingkat awal, aku tak ada duit untuk menguruskan program ini dan meminta bantuan AMK Taiping dan Bukit Gantang untuk membantu. Kemudian timbul pula tuduhan mengatakan ini hanyalah medan untuk berkempen menyokong calon-calon yang disokong. Maka, kami bersepakat untuk tidak menggunakan nama AMK Taiping dan Bukit Gantang, dan diuruskan sepenuhnya oleh UREKA. Walaubagaimanapun, aku mengekalkan beberapa orang ahli AMK Taiping dan Bukit Gantang untuk membantu. Macam mana nak buat sorang-sorang? Aku pun untung, sebab bila orang komplen, depa semua join UREKA.
Pasai apa pilih Taiping Golf Resort?
Itu tempat yang paling hampir dengan kami. Kalau nak buat kat Ipoh…mampuih la nak keluar modal. Tapi bila buat kat Taiping, semua kerja boleh diuruskan selepas waktu pejabat. Pagi cari makan, petang kami buat kerja sukarela ni. Tujuannya ialah untuk menyuburkan semangat demokrasi. Semua Calon diberi peluang untuk mempamerkan persembahan mereka. Habis debat, terpulang la hangpa nak sokong sapa.
Bila pilih Taiping Golf Resort, of course kena bayar la. Ada orang kata kami nak cari makan dengan mencari untung dengan mengenakan bayaran. Masalahnya, Taiping Golf Resort tak mau bagi free. Kalau depa boleh bagi free, mungkin kami kurangkan bayaran masuk. Dan kalau ada yang boleh sponsor semua kos, semua kami bagi free.
Ada yang suruh kami minta ihsan Pas untuk guna markas depa. Boleh dapat free. Aku pun heran. No. 1, ini bukan ceramah. Lagi pun leceh la. Nampak sangat sengkek PKR ni. Tapi bila petugas dok kutip derma dalam punjut kain, hangpa tak bising pun. Tapi bila aku minta kongsi kos…ada pulak yang kutuk!
Sapa nak kutuk..mampuih pi la. Tapi, untuk menampung kos program yang setakat ini semuanya janji air lior, kami minta sumbangan sepuluh ringgit. Harga sekotak rokok saja pun tak kan tak mampu?
Tertutup atau terbuka?
Yang tertutup hanyalah tempat program. Dalam dewan tertutup. Kalau buat kat padang macam ceramah…yang tu terbuka. Jadi tempat terhad. Pada awalnya kami tempah dewan yang boleh memuat dua ratus orang. Tapi oleh kerana ramai yang buat booking sebelum aku pukui canang, kami terpaksa menyewa ruang yang lebih luas, iaitu dewan yang mampu menampung 600 orang. Nak tau berapa kosnya, boleh tanya kat Taiping Golf Resort. Sapa nak bayar?
Tapi apa yang didebatkan adalah terbuka. Sapa-sapa pun boleh dengar. Sapa pun boleh masuk. Janji bantu kami sama-sama tanggung kos. Aku tak mau minta dari Calon, nanti orang kata politik wang. Tapi kalau depa nak bagi…kami terima. he..he..he. Nik Aziz kata, bagi duit ambil. Undi bagi kat Pas.
Macam mana dengan orang yang tak ada duit ataupun kedekut?
Tak payah bayar. Yang ini kami anggap tanggungjawab sosial. Walaupun kami tau ada orang macam Yob Tualang Sekah yang mampu beli Blackberry, hisap rokok Dunhill, tapi dengar orang minta sepuluh ringgit, heboh satu dunia. Orang macam ni cuma perlu duduk depan laptop dan tontoni siaran langsung yang akan disiarkan melalui ureka.asia. Tak payah bayar satu sen pun.
Ada kerusi VIP atau undangan khas tak?
Sorry brader. Dalam istilah UREKA, tak ada sapa pun VIP. Kalau Najib sekalipun yang datang, duduk la kat mana kerusi yang kosong. Tak ada kompang, tak ada rebana. No protocol, No Alcohol.
Macam mana nak daftar dan cara-caranya?
Klik pada banner diatas. Semua dah tertulis dan kalau ada apa-apa soalan, boleh tulis kat ruangan komen.
Taiping Golf Resort tu kat mana?
Kalau kaki reformasi..mesti tau Kem Tahanan Kamunting. Dekat situ saja. Kalau tak jumpa juga, bukak Google Earth. Kalau sapa-sapa yang pakai GPS, ambil koordinat ini. N 04 53.896 E 100 44.581.
Kalau ikut Lebuhraya Utara Selatan, jangan keluar kat Taiping/Changkat Jering. Sat lagi hangpa terus pi Taman Tasik…haru. Keluar ikut tol Taiping Utara. Aku pun heran, pasai apa PLUS tak tulis “Kamunting”. Hangpa jalan straight…jangan langgar tiang lampu sudah. Kami akan pasang petunjuk untuk kesana.
Bolehkah yang bukan ahli PKR turut serta?
Dari segi kehadiran, terbuka kepada semua. SB pun boleh masuk. Tapi semua penggambaran video tidak dibenarkan. Hanya Team UREKA sahaja yang dibenarkan membuat rakaman video. Kalau hangpa nak rakam pakai handphone…tu hangpa punya pasai. Sebab aku tak mau terlalu banyak kamera didepan sampaikan orang dibelakang tak nampak.
Sapa Calon Ketua AMK?
Setakat ni, belum ada yang buat pengumuman rasmi. Tapi dalam majlis-majlis tertutup, semua dah confirm akan bertanding, dah mula berkempen dan dah mula pasang kaki…kecuali Hasmi yang aku tengok masih lagi sorong tarik. Tapi itu cuma apa yang aku dapat tau dari pihak ketiga, sebab aku tak mau berhubung dengan mana-mana Calon. Nanti orang kata aku pilih kasih pulak.
Susah jugak nak jadi moderator. Dulu, keempat-empat calon aku boleh call…sekarang tak boleh, takut langgar kod etika.
Debat ni macam Anwar dengan Shaberyy Cheek ka?
Tak aaiihh!! Sesi pertama, setiap Calon akan diberikan masa selama 15 minit untuk berpidato. Depa nak cerita Altantuya ka, nak cerita pasai kapal selam…mampuih pi la. Kita cuma bagi tajuk, dan kalau depa cerita yang diluar tajuk…hangpa nilai sendiri la.
Lepas tu kita akan buka kepada mereka yang hadir untuk mengemukan soalan. Sampai habis.
So, debat ni bukan dikalangan Calon-calon, tapi diantara yang duduk dibawah dan yang duduk diatas pentas. Apa soalan yang hendak ditanyakan..mana aku tau.
So, jangan nanti pulak ada yang kata, aku dah sedia soalan untuk memerangkap calon sekian-sekian, atau pun cuba berkempen untuk calon sekian-sekian. Hangpa yang tanya..bukan aku.
Disini, bukan saja kredibiliti Calon-calon yang akan diuji, malah kredibiliti orang yang bertanya juga akan dilihat. Kalau tajuk debat ialah VISI dan MISI AMK, tiba-tiba hangpa tanya pasai Landasan Keretapi Berkembar…kalau ada orang yang boo…aku tak bertanggungjawab.

No comments:
Post a Comment