Sunday, September 5, 2010

Zaid tanding Timbalan Presiden

Selepas begitu banyak spekulasi, zaid Ibrahim akhirnya mengesahkan bahawa beliau akan bertanding bagi jawatan Timbalan Presiden PKR.
Ahli Majlis Pimpinan Pusat PKR itu sebelum ini menimbulkan tanda tanya apabila beliau mengumumkan untuk bertanding bagi jawatan tinggi parti tanpa menyebut dengan jelas jawatan yang akan dipertandingkan.
Malaysiakini melaporkan bahawa Zaid mengumumkan keputusannya untuk bertanding jawatan no 2 itu dalam majlis berbuka puasa di Kuantan semalam, dimana pengumuman dibuat dihadapan 30 Ketua Cabang dan ahli-ahli yang hadir.
Walaubagaimanapun, Zaid memaklumkan bahawa semuanya bergantung kepada sokongan yang akan diperolehi pada hari Panamaan Calon dan mengakui masih belum jelas tentang jumlah pencalonan yang akan diperolehi.
Dengan pengumuman zaid ini, tumpuan akan beralih kepada saingan terdekat beliau, Azmin Ali yang juga merupakan Pengerusi Majlis Pimpinan Negeri Selangor.

1 comment:

  1. 30 ketua cabang pahang hadir..??? ikut maklumat tak sampai 50 org hadir, kebanyakan yg hadir adalah ahli sekitar kuantan yg terpedaya dengan permainan jawatankuasa majlis yg memaklumkan Ketua Wanita dan Calon Ketua Amk pusat akan hadir dalam majlis berbuka puasa.
    Yang lagi panas takan makan untuk 100 orang kos RM 12 ribu…??? Tapi kenapa MPN Datuk Fauzi dan Yb Kuantan tak hadir majlis tersebut…….!!! tapi dimaklumkan ada pertemuan tertutup dihotel dengan beberapa pimpinan…???

    ReplyDelete