KUANTAN, 6 Sept - Keputusan Ketua AMK Negeri Pahang memaklumkan bahawa mereka sebulat suara menyokong Ketua AMK Pusat, Samsul Iskandar Md Akin (foto), terus dikekalkan untuk jawatan itu dalam pemilihan parti tidak lama lagi adalah terlalu awal. Begitulah keluhan beberapa orang pemimpin AMK Pahang di peringkat cabang sekarang ini. Rata-rata amat terkejut dengan keputusan yang dibuat oleh Rizal Jamin (Ketua AMK Pahang) dalam satu pertemuan di Mentakab. "Rizal tidak sepatutnya membuat kenyataan media berhubung perkara itu. ia masih terlalu awal dan tidak wajar dilakukan. Tambahan pula, bukan kesemua mereka bersetuju untuk mengekalkan Samsul Iskandar", kata salah seorang pemimpin terbabit. Malah katanya, keputusan yang dibuat oleh Rizal itu bukanlah keputusan majoriti ahli AMK terutamanya peringkat cabang di negeri Pahang. "Memang kami tahu Samsul mempunyai banyak jasa dan sumbangannya terhadap AMK, namun sudah tiba masanya satu perubahan dibuat. Malah Samsul yang sudah sinonim dengan AMK sewajarnya dicalonkan ke jawatan yang lebih tinggi dari kedudukannya sekarang", kata pemimpin itu lagi. Kenyataan tiu dibuat berikutan terdapatnya spekulasi yang mengatakan bahawa Samsul bakal dilantik ke jawatan Ketua Penerangan PKR Pusat oleh Ketua Umum, Datuk Seri Anwar Ibrahim. Dalam satu pertemuan dengan pemimpin AMK Pahang baru-baru ini, Rizal memberi gambaran bahawa semua Ketua AMK Cabang menyokong keputusan tersebut. Namun difahamkan, keputusan yang dibuat itu lebih kepada sokongan peribadi beliau terhadap Samsul. "Jika sokongan sebulat suara, bagaimana pula andainya pemilihan baru ini menyaksikan AMK Cabang memiliki ketua yang baru yang tidak hadir dalam pertemuan baru-baru ini?. Bukankah ini amat tidak adil buat mereka sebenarnya", kata salah seorang calon Ketua AMK Cabang semalam.
[Kenyataan Rizal bahawa prestasi Shamsul cemerlang kerana dalam tempoh tiga tahun, AMK mempunyai 166 Cabang (Bahagian) di seluruh negara. Namun beliau harus ingat, itu adalah tanggungjawab dan amanah yang perlu dipikul oleh sesiapa pun jika menjawat jawatan itu sebenarnya. Maka tidak timbul siapa hebat dan siapa tidak hebat dalam hal ini. Keupayaan Rafizi dan Chegubard juga tidak harus dipertikaikan andainya mereka memegang jawatan itu. Cuma, apa yang penting arus perubahan baru dalam AMK perlu dilaksanakan. Sentimen peribadi tidak boleh diambil kira dalam menentukan kepimpinan. Kemungkinan besar Rizal menyokong Samsul kerana beliau sendiri dilantik ke jawatan itu menerusi kuasa yang ada pada Ketua AMK Pusat itu. Sedangkan Rizal sendiri tidak melalui apa-apa pun proses pertandingan secara demomrasi. Maka itu, usahlah terlalu awal membuat kenyataan yang akhirnya akan menimbulkan polimik dan spekulasi yang tidak berkesudahan akhirnya].

No comments:
Post a Comment