Sunday, September 5, 2010

Kelas Sejarah Untuk Zuraida

So…Zaid sudah mengumumkan untuk bertanding jawatan Timbalan Presiden. Pasai apa dia buat U-turn? Hari tu dia kata dia tak minat untuk bertanding..tup-tup semalam dia umumkan untuk bertanding. Sudah pasti dia ada jawapan dan alasan. Ada orang kata, ini sebahagian dari Qada dan Qadar. Tapi bagi aku, it’s all in numbers.
Aku setuju Zaid bertanding. Kalah menang, mampuih pi kat dia la. Aku setuju Zaid bertanding bukan pasai aku suka dia, tapi pasai aku protes cara berkempen. Zaid kata dia tak mau bertanding, tapi geng Azmin kutuk dia semacam. Dan yang jadi tukang kempen untuk Azmin ialah Ketua Wanita, Zuraida Kamarudin.
Aku tak setuju bila Zuraida kata, kesetiaan Zaid terhadap PKR diragui. Kalau kesetiaan Zaid diragui, walaupun dia banyak melakukan perubahan dalam PKR, terutamanya bila mengambil alih Wilayah Persekutuan…bagaimana pula yang beratus ribu lagi ahli-ahli PKR yang masuk selepas 2008? Apakah kesetiaan mereka juga diragui?

Tambah sumber yang memegang jawatan penting dalam PKR, Mustapha dianggap sebagai calon yang ‘tidak dikenali’ di kalangan pertarungan gergasi itu.


Ketua Wanita PKR, Zuraida Kamaruddin bersetuju: “Dia (Mustapha) mungkin orang lama tetapi dari segi profail, dia akan kalah kepada Azmin.”


Kedua-dua mereka telah berada di PKR untuk tempoh masa yang hampir sama.
Pengalaman perjuangan Azmin dalam PKR meletakkannya ke hadapan jika dibandingkan dengan Zaid, yang kesetiaannya masih diragui, kata Zuraida.


Aku nak imbau balik sejarah lama.
Siapakah orang yang paling dipercayaai oleh Anwar? Mat Ezam Mat Nor.
Saifudin pun lari join Pas, sebab Ezam lebih dipercayaai. Sapa yang buat sumpah keramat? Mat Ezam Mat Nor.
akhirnya, orang yang paling dipercayaai dan tidak diragui kesetiaannya kepada Keadilan dan Anwar…itulah orang yang mengkhianati parti.
Pasai apa Ezam sanggup mengkhianati parti? Pasai gaduh dengan Azmin.
Begitu jugak dengan Ruslan Kassim and the gang. Orang-orang yang paling Kak Zu percaya ini jugaklah yang mengkhianati parti.
Mungkin itu sejarah lama. Kita imbau pulak sejarah yang mungkin masih belum kering dakwatnya.
Siapakah yang membawa Salehudin Hashim masuk dalam parti? Anwar. Siapakah yang mengkhianati parti apabila keluar dan mensabotaj parti? Salehuddin Hashim. Orang yang paling dipercayaai oleh anwar dan tidak diragui kesetiaannya hingga diserahkan jawatan yang paling penting…Setiausaha Agung. Bukan itu saja…ketika mereka yang berjuang untuk parti mati kelaparan, Salehudin Hashim dibayar 10 ribu sebulan. akhirnya, orang yang paling dipercayaai itu..belot.
Siapakah yang membawa Zahrain Hashim sehingga menjadi Pengerusi PKR Pulau Pinang? Anwar.
Malah aku ingat lagi kata-kata Anwar. Semasa kempen di Pulau Pinang, seorang wanita tua berbangsa Cina datang berjumpa Anwar dan memegang tangan Anwar. Wanita tua itu memberitahu Anwar, “You’re our hope to save our children.” Selepas itu, Anwar ke Bayan Baru untuk berkempen untuk Zahrain. Dan diatas pentas, Anwar memberitahu hadirin, “Kalau Tuan-tuan sokong saya, undilah Zahrain. Sebab Zahrain adalah orang kepercayaan saya untuk memimpin Tuan-tuan di Pulau Pinang.” Apa jadi?
Tak payah cakap pasai Zul Nordin. Dah puas orang desak supaya zul disingkir dari PKR, tapi berapa lama masa yang diambil untuk menyingkir Zul? Dan bila Zul keluar, apa dia kata? dia ditawar untuk memerangkap Najib. Itulah balasan dari orang yang cukup dipercayaai.
Masa Perak diperintah oleh Pakatan Rakyat, Jamal dan Osman buat kacau. Depa minta supaya Hj. Mail disingkir. Anwar masih boleh bertahan. Tapi bila Azmin minta Hj. Mail digantikan oleh Hj. Osman, Anwar terus ikut. Apa jadi? Tak sampai enam bulan, Perak lingkup. Pasai apa? Pasai Anwar dengar cakap orang yang paling dipercayaai.
Apakah kriteria untuk menilai kesetiaan seseorang itu? Dalam PKR ada banyak Ketua-Ketua Cabang yang cukup setia. Malah ada cabang yang keseluruhan keluarga cukup setia dengan parti. Suami Ketua Cabang, isteri Ketua Wanita, anak Ketua Pemuda. Tapi…itu sajalah kekuatan PKR.
Aku tak akan menghargai kesetiaan macam ni. Semua jawatan dibolot anak beranak.
Dan aku jugak tak akan setia, kalau kesetiaan itu bergantung kepada ihsan jawatan dalam GLC.
MSK.

No comments:

Post a Comment