Thursday, September 2, 2010

Kerusi ‘panas’ Ketua Cabang di PP jadi rebutan

Sim
 Kekosongan bagi kerusi Ketua Cabang PKR di beberapa kawasan di Pulau Pinang di antaranya, – Bayan Baru, Balik Pulau dan Jelutong – menjadi rebutan dalam pemilihan kepemimpinan parti di negeri itu tidak lama lagi.
Ahli Dewan Undangan Negeri Pulau Pinang (Adun) Pantai Jerjak Sim Tze Tzin meluahkan hasratnya bertanding untuk merebut kerusi Bayan Baru setelah kerusi tersebut dikosongkan oleh bekas ketuanya Datuk Zahrain Hashim yang melompat parti.

Ketika dihubungi Free Malaysia Today, hari ini Sim berkata, kerusi ketua cabang Bayan Baru yang mempunyai 5,495 ahli itu bakal dicabar oleh mantan timbalan ketua M Nyanasegaran yang dilantik oleh Zahrain ketika menjadi ketua cabang dahulu.
Beliau yang juga bekas setiausaha politik Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, penamaan calon 13 kerusi cabang PKR Pulau Pinang bakal berlangsung pada 4 September ini, di pejabat-pejabat cabang PKR di seluruh negeri Pulau Pinang.
"Saya bersyukur dan bersedia untuk bertanding memenangi kerusi cabang Bayan Baru kerana barisan pemimpin cabang dan juga Angkatan Muda Keadilan (AMK) memberi sokongan penuh kepada saya menjadi calon di kawasan itu.
Datuk Halim"Tiada masalah untuk saya memenangi kerusi ini kerana saya sudah lama mempunyai hubungan kukuh bersama penduduk di sini dan ini akan memudahkan saya melaksanakan tanggungjawab kelak," katanya.
Ditanya mengenai pencalonan di kawasan lain beliau berkata, kerusi ketua cabang Balik Pulau mungkin dicalonkan kepada Datuk Abdul Halim Hussien manakala jawatan timbalan pula diperuntukan kepada Ahli Parlimen Balik Pulau Yusmadi Yusoff.
Tambah beliau, fenomena pemilihan ketua cabang bagi sesetengah kawasan lain di Pulau Pinang akan berjalan lancar berikutan kebanyakannya tidak akan dicabar.
Halim ketika dihubungi mengakui beliau bakal bertanding sebagai ketua cabang Balik Pulau tetapi bagaimanapun menafikan mengenai pencalonan Yusmadi sebagai timbalan ketua.
"Saya memang akan bertanding jawatan ketua cabang Balik Pulau tapi mengenai Yusmadi akan bertanding timbalan ketua ….. saya tidak pasti.
Penamaan calon pada 4 September
Yusmadi Yusoff2"Semua pencalonan cabang akan diketahui pada Sabtu 4 September ini dan calon yang ingin menarik diri diberi masa hingga 8 September ini," katanya yang juga Setiausaha PKR negeri Pulau Pinang.
Halim berkata, mengenai pemilihan ahli Majlis Pimpinan Pusat (MPP) Pulau Pinang, mesyuarat agong setiap cabang akan diadakan dari 9 hingga 26 September untuk memastikan calon yang sesuai dipilih untuk bertanding.
"Saya yakin akan dapat mengganti kerusi mantan ketua cabang Dr Mansor Othman yang bakal bertanding di Pematang Pauh, walaupun bakal dicabar oleh orang lain kerana saya mempunyai komitmen tinggi untuk mengukuhkan PKR di Balik Pulau.
"Tidak pasti lagi siapa yang bakal mencabar saya dan saya tidak kisah kerana ianya satu persaingan sihat untuk membantu parti PKR supaya dapat bergerak lebih jauh dan lebih memberangsangkan di masa hadapan," jelasnya.
Yusmadi ketika dihubungi pula berkata, beliau tidak akan bertanding mana-mana jawatan dalam pemilihan cabang dan mungkin akan bertanding dalam pemilihan MPP jika dicalonkan.
"Saya tidak pasti lagi sekarang ini dicalonkan di mana dan kalau ramai inginkan saya dicalonkan di MPP, saya akan terima," katanya.
Di kawasan Bukit Gelugor pula, Adun Batu Uban Raveen Tharan akan menentang peguam Lim Boo Chang dalam merebut kerusi ketua cabang.

No comments:

Post a Comment