
Saingan sengit dalam pemilihan PKR bukan sahaja di kalangan jawatan-jawatan utama tetapi juga merebak kepada peringkat Cabang (Bahagian).
Difahamkan banyak cabang PKR di Selangor khususnya akan menyaksikan ketua cabang akan dicabar dalam pemilihan parti bulan depan.
Cabang Subang disebut-sebut bahawa ketuanya Sivarasa Rasiah yang juga naib presiden PKR bakal menghadapi saingan empat penjuru.
Bagaimanapun, sehingga ini belum dapat mengesahkan mereka yang dikatakan berminat mencabar Sivarasa yang sudah tiga penggal menjadi ketua cabang PKR Subang itu.
Pemilihan ketua cabang akan diadakan pada 26 September ini. Hanya dua pencalonan dari ranting (cawangan) untuk bertanding sebarang jawatan dalam cabang.
Menurut sumber, ramai ahli parti di peringkat akar umbi kurang gembira dengan ahli parlimen Subang itu yang menurut mereka jarang menemui penduduk termasuk ahli dan penyokong parti.
"Barangkali Sivarasa sangat sibuk dengan tugasan parti dan parlimen menyebabkan beliau tidak cukup masa untuk berjumpa dengan ahli dan penyokong parti.
"Kini orang PKR di Subang mula bercakap mengenai kegagalan Sivarasa untuk hadir dalam majlis-majlis rakyat," katanya.
Menurutnya, orang yang mahu mencabar Sivarasa itu kerana mereka tidak puas hati dengan naib presiden PKR itu.
Selain Subang, beberapa cabang lain termasuk Kelana Jaya juga menyaksikan penyandang jawatan dicabar.
Ketua Cabang PKR Kelana Jaya ialah Syed Shahir Mohamud yang juga presiden MTUC.
No comments:
Post a Comment