Monday, September 13, 2010

Syed Husin tidak pertahan jawatan no 2 PKR

Kini rasmi - Syed Husin Ali hari ini mengumumkan bahawa beliau tidak akan mempertahankan jawatan timbalan presiden PKR yang disandangnya pada pemilihan parti hujung tahun ini.

Bagaimanapun menurut ahli politik veteran yang pernah menerajui Parti Rakyat Malaysia sebelum partinya bergabung dengan KeAdilan pada 2003, beliau akan tetap aktif dalam politik.

"Saya akan berusia 74 tahun minggu depan. Saya rasa saya belum begitu tua lagi tetapi saya mahu merintis jalan supaya mereka yang berdarah muda dapat mengambil-alih,” katanya.

No comments:

Post a Comment