Wednesday, September 1, 2010

Ugutan Calon, Dua Laporan Polis Telah Di Buat Terhadap Ahli Perlimen Indera Mahkota YB Azan Ismail Di IPD Kuantan Awal Pagi Semalam !!



KUANTAN, 1 Sept - Dua laporan polis telah dibuat terhadap Ahli Parlimen Indera Mahkota, Azan Ismail (foto) semalam. Laporan dibuat oleh dua orang calon yang menawarkan diri untuk pemilihan parti di cabang itu. Laporan telah dibuat di Ibu Pejabat Polis Daerah Kuantan (IPD) sekitar jam 10.00 pagi. Kami tidak dapat memastikan kesahihan laporan tersebut, namun begitu difahamkan ia berkaitan dengan "unsur ugutan terhadap calon". Siasatan sedang dilakukan dan kami akan mendapatkan kenyataan Azan Ismail atas laporan tersebut. Difahamkan juga, laporan berkenaan berkisarkan kepada kekecewaan pihak-pihak tertentu atas sedikit perubahan yang mahu dibuat di cabang itu. Apapun, ia hanya berkisarkan kepada masalah peribadi masing-masing dan tidak berkait rapat dengan parti secara keseluruhannya. Azan sebelum ini pernah menggemparkan politik Pahang, apabila membuat sidang media khas berhubung perletakkan jawatan beliau daripada Parti Keadilan Rakyat (PKR). Kini beliau hanya memegang jawatan Ketua Cabang dan Ahli Parlimen sahaja. Apakah laporan polis itu juga ada kaitannya dengan tindakan Azan tersebut?. Segalanya kini terletak ditangan ahli-ahli parti di cabang itu untuk menentukannya. Azan akan dicabar oleh Razali Alias dalam pemilihan parti cabang itu nanti. Cabang Indera Mahkota dikatakan cabang yang paling panas kerana jawatan Ketua Cabang ditandingi dua penjuru antara Azan dan Razali.

[Apapun yang terjadi, kami amatlah berharap agar perselisihan faham antara sesama individu dalam parti yang sama dapat diselesaikan secara berhemah. Rakyat gusar, jika musuh mengambil peranan untuk terus mengkucar-kacirkan PKR Pahang selepas ini. Di fahamkan, laporan polis yang dibuat semalam bukanlah untuk tujuan saman menyaman, tetapi hanya lebih kepada tindakan mempertahankan diri pihak-pihak terbabit. Soalnya, apakah Azan akan berdiam diri dengan tindakan tersebut?. Sementara itu, ketika dihubungi Pengerusi Perhubungan Negeri PKR Pahang Dato' Fauzi Abdul Rahman berkata beliau tidak tahu menahu perkara itu. Malah, beliau juga menyeru supaya semua calon dapat berkempen secara berhemah dan tidak membuat tuduhan atau tohmahan terhadap individu tertentu. Adalah lebih elok, masing-masing mewar-warkan kepada rakyat dan ahli apakah agenda perubahan yang ingin dibawa oleh mereka dalam parti pada masa akan datang kata Dato' Fauzi. Kami turut berharap agar segala perselisihan faham yang terjadi dapatlah diselesaikan secara "adik beradik" bagi mengelakkan sesuatu yang tidak diingini berlaku di cabang itu nanti hendaknya].

No comments:

Post a Comment